BAB 12

Other Completed 6318

“Sudahlah Datuk Borhan. Bersaralah dari politik. Semakin lama awak dalam politik semakin bertambah musuh musuh awak. Tapi awak jangan risau. Saya dah aturkan satu rancangan untuk awak. Kalau awak nak saya boleh hantar awak jadi Duta ke Amerika Syarikat. Bukankah awak baik dengan ramai pemimpin negara Uncle Sam tu? Kalau awak nak lagi sebulan datang jumpa saya. Saya aturkan segala galanya untuk awak asalkan awak tak ganggu kedudukan saya sebagai PM di negara ini. Itu sahaja.” Ujar Datuk Seri Mohar.

Datuk Borhan memandang dengan tajam ke arah Datuk Seri Mohar. Lama dia memikirkan tentang tawaran itu. Adakah aku patut ambil tawaran itu? Bisik hati kecilnya.

“Awak jangan ingat awak boleh beli maruah saya dengan pangkat dan wang ringgit Datuk Mohar. Saya sesekali takkan gadaikan prinsip saya. Saya takkan berdiam diri. Saya akan lawan awak. Saya akan jatuhkan awak. Awak ingat tu Datuk Mohar!” Kata Datuk Borhan dengan keras.

“Hahaha… Jangan cakap pasal harga diri dengan saya. Harga diri awak tu saya boleh dapat dekat pasar malam saja tau. Saya boleh beli sepuluh dengan harga satu ringgit je maruah awak. Hahaha…” Nyaring sungguh ketawa Datuk Seri Mohar. Terserlah sifat kesyaitanan yang bersarang dalam dirinya sejak sekian lama.

“Ketawalah sepuasnya Datuk Mohar selagi awak boleh ketawa. Lepas ni nak senyum pun awak belum tentu boleh.” Ujar Datuk Borhan lalu bangun dari kerusi itu dan mula mengatur langkah untuk meninggalkan bilik Datuk Seri Mohar itu.

“Dartuk Borhan, apa yang awak nak buat?” Soal Datuk Seri Mohar.

“Saya akan gulingkan kerajaan awak melalui jalan raya.” Jawab Datuk Borhan dan lantas pergi. Dia terus berjalan tetapi tidak menuju ke pejabatnya sebaliknya dia menuju ke luar bangunan Pejabat Perdana Menteri. Dia melihat ramai orang yang berkumpul di hadapan pejabatnya itu. Mereka dikawal oleh pihak polis agar mereka tidak boleh merempuh masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan itu.

Apabila mereka lihat sahaja dirinya, mereka lantas melaungkan namanya dengan lantang dan penuh semangat. Hidup Datuk Borhan! Hidup Datuk Borhan! Hidup Datuk Borhan!

Dia tersenyum dalam keadaan terharu apabila melihat begitu ramai rakyat jelata yang menyokong dirinya. Mereka yang datang ini adalah mereka yang telah mendengar berita tentang pemecatannya lantas tidak mahu mempercayainya. Mereka yakin ada konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Borhan yang mereka kenali sebagai seorang pemimpin Melayu yang berjiwa Islam.

Mereka akan bersama Datuk Borhan dalam memperjuangkan nasib pemimpin yang mereka kagumi dan mereka sayangi itu. Mereka tega sehidup semati bersama Datuk Borhan. Mereka akan bersatu untuk menentang Datuk Seri Mohar – sang diktator itu.

Datuk Borhan sudah menanam azam. Dia akan bela nasib rakyat yang tertindas seperti mana yang telah dia lakukan semasa berada dalam kerajaan dahulu.Dia akan berjuang seperti mana ketika dia menjadi Presiden Persatuan Belia Islam dahulu. Berjuang melalui jalan raya…

EVA F

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience