BAB 5

Other Completed 6318

Apa yang menyedihkan, ada kalanya projek projek tertentu yang diusahakan oleh kawan kawan dan ahli keluarganya yang menemui kegagalan.

Sebagai contoh dalam kes pembinaan Maju Jaya Mall itu yang menelan belanja sebanyak 25 bilion terbengkalai begitu sahaja. Begitu juga dengan pembinaan stadium Teratak Kasih yang menelan belanja sebanyak 70 bilion boleh runtuh secara tiba tiba. Namun begitu, semua pemaju itu tidak dikenakan tindakan undang undang sementelahan mereka adalah ahli keluarga dan kawan kawan Perdana Menteri.

Satu keluhan dihempaskan oleh Datuk Borhan apabila mengenangkan tingkah laku bossnya yang gila kuasa dan mengamalkan sikap seperti diktator itu. Seorang diktator yang bertopengkan demokrasi. Dia masih lagi berdiri di hadapan tingkap pejabatnya yang besar itu. Tiba tiba matanya tertancap pada sekumpulan warga Bangladesh yang lalu lalang di sekitar Bandaraya K itu.

Sejak dasar pemodenan yang dijalankan oleh Datuk Seri Mohar, begitu ramai pendatang asing yang membanjiri Negara M.Bukan sahaja warga Bangladesh, malah warga Indonesia, Filipina, Thailand. Myanmar, Vietnam, Pakistan dan ramai lagi sudah menjadi sebahagian daripada hidup rakyat Negara M. Ya, dari satu segi khidmat mereka diperlukan bagi membantu membangunkan negara ini memandangkan mereka sahaja yang sanggup bekerja sebagai ‘kuli batak’ di negara ini namun dari satu segi yang lain kehadiran mereka mengundang pelbagai masalah.

Bukan sahaja jenayah meningkat malah kadar kemasukan mereka secara haram terus bertambah dari tahun ke tahun seolah olah tiada penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak pihak yang bertanggungjawab seperti Imegresen contohnya. Apa yang mereka lakukan untuk membasmi masalah ini? Datuk Seri Mohar selaku Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pun hanya sekadar membutakan mata dan memekakkan telinga. Tiada tindakan undang undang yang dilakukan untuk menangani masalah yang semakin meruncing itu.

Jumlah warga asing ke dalam negara ini semakin lama semakin bertambah malah sudah mencecah jutaan orang! Tetapi masih tiada tindakan yang diambil. Masalah yang berlaku masih lagi ditakuk yang lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience