BAB 3

Other Completed 6318

Dia berbeza dari mana mana Perdana Menteri sebelum ini. Dia mempunyai visi dan misi yang tidak pernah terfikir oleh mana mana individu dalam negara M itu. Walaubagaimanapun, disebalik kemewahan, kemajuan dan pemodenan yang telah dinikmati di negara ini terdapat banyak kesan kesan buruk yang melanda. Tindakan tindakan politik Datuk Seri Mohar dalam politik telah mengundang pelbagai polemik sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri selama tujuh belas tahun itu.

Tindakan tindakan yang beliau lakukan semata mata hanya untuk menjaga kedudukannya sebagai Perdana Menteri telah menyebabkan ramai orang menjadi mangsa. Ramai orang ‘mati’ di bawah kekuasaanya itu.Beliau menggunakan segala jentera kerajaan yang ada seperti polis dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalang kepada sesiapa yang cuba mengganggu gugat takhta kekuasaanya.

Siapa yang tidak kenal akan Datuk Seri Mohar. Dia dikenali bukan sahaja di Negara M tetapi juga di seluruh dunia. Dia dianggap sebagai wira dunia ketiga. Dia begitu berani menentang Amerika dan Israel. Oleh itu, secara tidak langsung dia telah banyak mengumpul musuh musuhnya di luar sana.

Bukan sahaja di luar negara dia mempunyai musuh, di dalam Negara M pun dia turut mempunyai ramai musuh. Selain dari pemimpin pemimpin parti pembangkang dan aktivitis politik yang cuba mengganggu keutuhan singgahsana kuasanya, di dalam partinya sendiri iaitu Parti U juga dia turut mempunyai ramai seteru.

Tidak hairanlah dia mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri sebelum ini. Kedua duanya tersingkir kerana cuba menghalang cita citanya dan cuba mengganggu gugat takhta kekuasaanya. Dan sekarang dirinya pula yang akan menjadi TPM seterusnya yang akan tersingkir dari jawatan itu.

Dia tahu mengapa Datuk Seri Mohar Mahadi mahu menyingkirkannya. Datuk Seri Mohar tidak bersetuju dengan langkah pengurusan ekonominya yang cuba mengelak dari dipegang oleh kuasa kapitalis. Datuk Seri Mohar juga tidak bersetuju dengan pengurusan ekonominya yang terlalu mengutamakan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience