BAB 10

Other Completed 6318

“Bukalah.” Kata Datuk Seri Mohar tenang. Datuk Borhan membuka sampul surat itu. Dia mengeluarkan sekeping surat dari sampul itu dan lantas membacanya. Seperti yang telah dia duga, itu adalah surat pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta semua jawatannya dalam kerajaan.

“Tapi kenapa Datuk pecat saya? Apa saya dah buat?” Soal Datuk Borhan tidak berpuas hati.

“Datuk Borhan, awak tak nampakkah yang rakyat dah mula hilang kepercayaan kepada awak. Bukan rakyat sahaja, malah semua ahli parti pun dah hilang kepercayaan kepada awak.” Ujar Datuk Seri Mohar.

“Kenapa tiba tiba isu kepercayaan ini dibangkitkan? Datuk pernah terfikir tak rakyat jelata juga sudahtidak mahu lagi Datuk jadi Perdana Menteri. Berapa lama lagi Datuk nak duduk di kerusi tu? Sampai mati?” Datuk Borhan membidas.

Datuk Seri Mohar hanya tersenyum sinis mendengar kata kata Datuk Borhan. Hati Datuk Borhan sudah meletup melihat senyuman kejahatan yang terukir cantik di bibir lelaki yang berusia dalam lingkungan 70an itu.

“Awak dah lupa, berapa banyak tuduhan yang awak dapat. Tuduhan sebagai homoseks, suka tidur dengan isteri orang, rasuah, pecah amanah, bersetongkol dengan Amerika dan Israel untuk menjahanamkan Negara M. Awak dah lupa semua itu? Atau… awak pura pura lupa?” Tekan Datuk Seri Mohar.

“Awak sendiri tahu itu semua firnah?”

“Fitnah atau bukan bukan soalnya. Yang penting persepsi rakyat terhadap awak sudah berubah. Kalau awak kata itu fitnah, kenapa awak berhampiran dengan fitnah. Bukankah Islam suruh kita menjauhi fitnah. Saya rasa awak lebih tahu sebab awak pemimpin bekas Presiden Persatuan Belia Islam Negara M.”

Datuk Borhan merenung Datuk Seri Mohar dengan renungan yang tajam. Kalau diikutkan nafsu amarahnya, sudah lama dia bunuh ‘orang tua kutuk’ yang ada dihadapannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience