BAB 11

Other Completed 6318

“Saya tahu Datuk. Saya tahu… semua ini rancangan awak untuk menjatuhkan saya. Semua ini satu konspirasi untuk merosakkan kerjaya politik saya. Awak jangan ingat saya tak tahu Datuk Mohar. Awak memang licik Datuk Mohar.” Ujar Datuk Borhan dengan kegeraman.

“Awak jangan nak tuduh sebarangan Datuk Borhan. Awak yang sengaja cari masalah dan sekarang awak nak salahkan saya pula? Lebih baik awak balik Datuk Borhan. Tempat ini bukan untuk awak lagi. Semalam saya dah bermesyuarat dengan semua ahli Majlis Parti U. Kami sebulat suara memecat awak sebagai Timbalan Presiden Parti U.”

Tersentak Datuk Borhan apabila mendengar kata kata Datuk Seri Mohar. Dia tidak menyangka Datuk Seri Mohar telah bertindak lebih awal dari apa yang dia jangkakan.

“Kenapa pihak majlis buat keputusan tanpa kehadiran saya? Saya Timbalan Presiden Parti U. Saya patut hadir untuk membela diri saya. Kenapa saya tak dipanggil untuk membela diri?” Soal Datuk Borhan yang masih dalam keadaan terkejut.

“Parti U parti yang bersih Datuk Borhan. Takkan kami nak ambil orang yang sudah ‘kotor’ macam awak untuk masuk dalam parti kami. Kami tidak mahu orang yang imejnya tercemar berada dalam parti kami. Sebab itu saya panggil semua ahli majlis Parti U supaya berbincang tentang masalah awak dan kami mengambil keputusan untuk pecat awak serta merta.” Jawab Datuk Seri Mohar.

Tiada kata yang keluar dari mulut Datuk Borhan. Dia tahu bahawa parti ingin memecatnya sebagai Timbalan Presiden tetapi pada fikirannya sudah tentu dia akan dipanggil untuk membela diri namun lain pula yang berlaku. Ahli majlis Parti U bersidang tanpa kehadirannya. Dia tahu ini semua adalah rancangan jahat dan licik Datuk Seri Mohar. Lelaki ini memang sang diktator!

Tiada apa yang dapat dilakukan oleh Datuk Borhan pada waktu itu. Fikirannya benar benar kusut. Dia tidak mampu melakukan apa apa untuk membela dirinya. Dirinya kini bukan sahaja sudah jatuh malah ditimpa tangga pula. Dia benar benar sudah hilang semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience