BAB 1

Other Completed 6318

Kedinginan yang muncul dari pendingin hawa yang terpasang kuat di pejabatnya itu tidak mampu untuk mendinginkan dirinya yang dilanda masalah itu. Suhu di dalam bilik itu sudah tinggi tetapi kepanasan masih lagi menyelubungi dirinya. Peluhnya masih membentukmanik manik di dahinya. Dia melonggarkan ikatan tali lehernya untuk memberi ruang bagi memudahkannya bernafas.

Dia sendiri tidak tahu apakah benar berita yang baru diterimanya pagi tadi? Apakah benar yang dia akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri? Jika benar apakah sebab musabab yang menyebabkan dirinya dipecat dari jawatan itu? Dia teringat akan perbualannya bersama Ah Chong, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri di lobi Pejabat Perdana Menteri itu.

“You tak ada dengar apa apa khabar ke semalam?” Soal Ah Chong ketika dia bertemu dengan Borhan yang baru keluar dari keretanya untuk menuju ke pejabat.

“Tidak. Khabar apa Ah Chong?” Soalnya bingung.

“Betul youtidak tahu? Masakan you tak tahu. You Timbalan Perdana Menteri tau. Takkan you tak tahu.” Kelihatan Ah Chong agak ragu ragu dengan jawapan yang dia berikan.

“Saya tak tahu la Ah Chong. Saya Timbalan Perdana Menteri bukan Tuhan. Apa la you ni Ah Chong.” Ujar Borhan sambil berseloroh.

“Saya mahu cakap pun tak sampai hati la…” Ah Chong kelihatan serba salah untuk memberitahu.

“Cakap saja la Ah Chong. You sudah tanya sama saya lepas tu you tak nak cakap pula.”Borhan sudah mula tidak senang hati dengan kata kata Ah Chong.

“Semua Menteri kabinet sudah tahu tau yang hari ni you akan dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.” Jawab Ah Chong dalam keadaan serba salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience