BAB 4

Other Completed 6318

Bagi Datuk Seri Mohar, apa yang Negara M perlukan adalah menumpukan kepada bidang perindustrian tanpa memikirkan nasib rakyat yang susah di luar sana. Datuk Seri Mohar tidak peduli apa yang akan berlaku asalkan Negara M menjadi negara perindustrian setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan.

Dia juga tahu Datuk Seri Mohar Mahadi marah dengannya kerana dia bercadang untuk bertanding merebut jawatan sebagai Presiden bagi Parti U yang telah disandang oleh Datuk Seri Mohar sejak sekian lama. Memandangkan Datuk Seri Mohar terkenal dengan sikap sang diktatornya, maka dia cuba mencantas peluang untuk dirinya naik bagi merebut jawatan itu. Maka, Datuk Seri Mohar menggunakan taktik memecat dirinya sebagai TPM dan Timbalan Presiden Parti U.

Itulah Datuk Seri Mohar. Dia akan menggunakan apa sahaja cara asalkan cita citanya tercapai. Terserlah sikap sang diktatornya.

Apa yang Datuk Seri Mohar tidak pernah buat? Semua perkara dia buat semata mata untuk mempertahankan kekuasaanya. Dia sanggup buat apa sahaja malah menghina Rasulullah dan Islam sendiri. Dia pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina orang yang berjanggut semata mata kerana dia benci akan Parti P yang berideologi Islam itu memandangkan ramai pemimpin parti itu mempunyai janggut. Bukankah janggut sunnah Rasulullah? Mengapa perlu dihina?

Itu tidak masuk lagi apa yang Datuk Seri Mohar lakukan kepada kerajaan negeri K yang ditadbir oleh Parti P. Dia bukan sahaja mengenakan sekatan ekonomi kepada negeri K malah juga melarang kerajaan negeri K yang ditadbir oleh Parti P itu untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas. Dia bukan sahaja menentang malah menghina pula dengan mengatakan bahawa hukum hudud tidak ada dalam Al Quran sebaliknya hanyalah ciptaan ahli feqah! Semua orang terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut seorang yang beragama Islam seperti Datuk Seri Mohar ini.

Ramai dalam kalangan rakyat Negara M yang tidak berpuas hati dengan sikap Datuk Seri Mohar yang mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya. Sewaktu dia menjadi Perdana Menteri, anak anaknya juga tiba tiba sahaja menjadi jutawan. Dia juga lebih banyak mengutamakan kawan kawan dan ahli keluarganya dalam pemberian tender tender kerajaan.

Ramai lagi rakyat Negara M yang lebih layak untuk menerima semua tender tender itu namun diketepikan oleh Datuk Seri Mohar. Dia mahu semua kawan kawan dan ahli keluarganya kaya raya. Terserlah sikap sang diktatornya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience