Bab 10

Romance Completed 32537

"Sampai hati kau tinggalkan aku tadi berdua dengan lelaki nerd tu kan?" soal aku geram.

Amila tersengih jelah mampu. Apa lagi. Itu jelah dia mampu buat pun.

"Janganlah marah. Sarah, ceritalah. Nak tahu juga. Apa yang korang berdua sembangkan." Amila membuat suara sedih berserta dengan mimic muka sekali walaupun Sarah tidak nampak wajahnya kerana tidak mahu memandangnya kerana geram.

"Tak ada apa lah. Kami tak sembang apa-apa yang penting pun."

"Iyeke ni Sarah. Aku rasa ada sesuatu tapi kau tak nak share degan aku." Amila tersengih macam kerang busuk dah. Sarah dah kecilkan mata dan ketap gigi.

"Maksudnya?"

"Maksud apa pula? Kau lah kena beritahu aku apa!"

"Mengada betul kau ni kan. Kau tahu apa sebenarnya. Ni mesti kau berkomplot dengan dia kan. Sebab tu kau boleh tinggalkan aku macam tu je dengan dia tadi. I smell something fiishy here Amila."

"Eh, jangan nak salahkan aku ye. Aku cuma nak tolong kawan-kawan." katanya sambil angkat tangan surrender kononnya sebab takut Sarah mengamuk kat situ.

"Benda ni jadi terlalu pantas. Dia kata dia suka pada aku.”

"Aku dah agak dah...Dia memang suka kat kau. Tak syak lagi kan."

"Kau ni memang nak kena dengan kau la"

"Ala janganlah marah-marah. Habis tu apa jawapan kau? Kau terima dia ke tidak?"

"Aku tak bagi jawapan lagi, kawan dia dah datang ajak dia pergi masuk kelas."

"Ceh, ingatkan dah selesai tadi."

"Apa kau cakap ni? Aku tak tahu lagi nak terima diia ke tidak. Tapi..."

"Tapi apa pulak ni Sarah?"

Sarah terdiam memikirkan apa yang dirasakannya tadi selepas Haris membuat pengakuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience