Bab 2

Romance Completed 32537

Alamak! Dah 7.30 pagi. Habislah aku! Kelas jam lapan kot. Solat subuh apa lagi, burn lah juga nampaknya. Astaghfirullah, apa nak jadi dengan kau ni Sarah. Muka je macam mat saleh sebab ayah kahwin dengan mak bangsa Bosnia, so dapatlah genetik Eropah sikit tapi kau tetap Muslim oit! Maafkan aku Ya Allah...

Mandi.... Siapa pula dalam bilik air ni...

"Hello, siapa kat dalam? Boleh cepat sikit tak?" tanyaku dalam nada gabra.Inilah yang susah kalau dah duduk di kolej kediaman. Kongsi bilik air untuk residen wanita pula. Masing-masing duduk perap dalam cubicle tempat mandi. Buat apa tak tahu. Geram betul bila dah lambat, lamgi lama pulak budak perempuan ni nak spend dalam bilik air tu.

"Tolong cepat sikit boleh? Saya dah lambat ni." Terpaksa juga cakap macam tu.

"Lain kali kalau dah tahu ada kelas pagi, bangun awal." Setepek aku kena bila satu perempuan ni buka pintu. Siap bagi jelingan dan senyum senget. Dah la berkemban, aku tarik juga tuala tu jap lagi.

ahhh. Aku terus masuk dan mandi lepas tu bersiap. semua kena laju. Kalau tak habislah aku tak sempat sampai kelas tepat jam lapan nanti.Dah lah kena naik bas ke sana. Semasa nak turun bas, satu lagi masalah. Ramai sangat yang bertolak-tolak. Aku sampai tak nampak jalan.

Gedebup! Sebijik macam nangka busuk. Terasa cukup perit akan pinggul. Kedengaran gelak tawa di sekeliling. Amila pantas menolong dengan wajah cukup cemas bagai orang hilang anak. Pantas saja aku bangun menggosok bahagian pinggul yang mula terasa kebas. Terdengar akan tawa yang paling kuat dan cukup terhibur itu membuatkan aku mula naik radang. Terasa hilang segala sakit yang aku tanggung tika ini. Satu muka mula terasa panas dan merah. Tiba-tiba saja ada blusher semulajadi!

“Sebijik macam nangka busuk!”, semakin menjadi-jadi pula. Seronok benar kerana dapat mengenakan aku. Bertahan sekali pun aku sudah hilang sabar. Pantas aku memandang akan dia.

Lelaki nerd pakai cermin mata bingkai hitam tebal ni masih dengan gelak-tawa yang tidak luak padaku. Namun, sebaik menatap pandangan tajam ini dia terdiam. Mula memegang kepala sambil tersengih-sengih kerang busuk memandang aku. Tidak habis-habis mahu menggelakkan apa yang tejadi pada aku.

“Diam!!!”, sebaik itu juga dia mula lari. Pantas saja aku mengejar. Sudah lupa dengan skirt yang tersarung di badan.

Setinggi lutut kain skirt aku angkat bagai mahu melepasi air banjir.musim tengkujuh. Mana lagi aku mahu fikir akan orang di sekeliling apabila amarah sudah menguasai segala-galanya. Sudahnya satu bilik kuliah kami berkejaran.

“Sarah, sudahlah!”, suara jeritan lembut milik Amila langsung tidak berkesan. Aku mahupun lelaki nerd, masing-masing tidak mahu mengalah. Gamat bilik kuliah dengan perangai kebudak-budakkan kami. Rakan- rakan lain bersorak terhibur bagai sedang meyaksikan aksi badut sarkas. Antara aku dan dia, pasti drama sebabak seperti ini sering berlaku. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan sangat.

Berhenti buat perangai tepat bila pensyarah menolak pintu bilik kuliah itu. Nasib kau baik lelaki nerd!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience