Bab 3

Romance Completed 32537

Sejak pagi itu memang aku announce war dengan lelaki nerd. Aku tak sempat balas lagi masa habis kuliah tempoh hari. Tak pe. Ada satu lagi perjumpaan kelas ini kejap lagi. Pasti kau datang dan masa tu aku akan tuntut pembelaan atas apa yang kau lakukan pada aku lelaki nerd. Ish. Geram!!!!

"Hey, lelaki nerd. Biadap betul kau hari tu kan?" Aku bertanya dengan nada kasar sebaik diia masuk ke bilik uliah. Oh ya, sejak aku terlewat tempoh hari, aku dah belajar untuk bangun awal, siap cepat dan masuk kelas awal, lebih awal dari si lelaki nerd tu.

"Tak baiklah perempuan cakap kasar macam ni... Kau tak puas hati lagi ke kejar aku satu bilik kuliah ni?"

"Banyak cakap kau kan? Apa nama kau? Atau kau nak aku laung nama kau lelaki nerd je?"

Lelaki nerd dah geleng kepala. Masih nak tunjuk baik. Hari tu gelakkan aku macam syaitan tak ingat pulak kan. Hari ini nak tunjuk suci pula. Menyirap darah au naik. Air sirap?

"Apa kau nak sebenarnya ni?"

"Aku nak tahu nama kau dan aku nak kau minta maaf pada aku! Sekarang juga, depan semua orang. Sebab kau biadap sangat hari tu. Eeee..." Mata dah aku jegilkan besar pada dia. Kolar baju dia pun aku dah cengkam kuat.

Masa tu kami memang macam bagai anjing dan kucing. Ada aku kisah?

“Sarah, behave yourself!”, terus saja aku terpacak tegak bagai tiang bendera. Kolar baju lelaki nerd aku lepaskan. Suara nyaring macam mak cik kat pasar itu membuatkan aku terus membetulkan baju.

Tersipu-sipu aku memandang akan dia bagai Wanita Melayu Terakhir yang cukup ayu. Tapi balas pandang mata dia cukup tajam bagai menusuk kalbu terus tembus ke jantung. Nyata hanya dia seorang saja yang boleh membuatkan aku menurut segala perintah.

“Mmm garangnya!”, terlerai ketawa satu bilik kuliah sebaik aku terlepas cakap begitu. Pantas aku menekup mulut. Tersipu-sipu memandang akan Puan pensyarah kami, Puan Jamilah. Beliau terus menggeleng balas.

Baru beberapa kali masuk kelas dia dah buat onar. Itulah agaknya yang dia fikirkan. Mesti jenis budak tidak makan saman sebab buat bilikk kuliah ni macam kat rumah sendiri. adus... habislah aku!

Lihat saja cara dia memandang aku. Sudah bagai guru disiplin pula aku lihat. Masak aku hari ini kerana pasti dipanggil ke depan! Ini semua sebab kau lelaki nerd! Dan betul sangkaan aku. Baru je aku dan lelaki nerd duduk di kerusi, dia dah bagi soalan mencabar. On the spot punya soalan. Dan untuk menjawab soalan mencabar dia tu kena pergi depan dan bercakap! Malah, perlu dijawab terus pada whiteboard sana.. Ei... Nasib betul!

Jika salah pasti disindir oleh dia. Tidak tertanggung malu buat seminit dua.

“Tolong duduk depan”, terus dia berlalu ke depan kelas. Aku mencebik, memandang pada Amila yang sudah tersengih-sengih. Suka benar pula dia. Pelajar-pelajar yang lain pun sama juga.

Tak pe. Aku tak habis lagi dengan kau lelaki nerd!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience