Bab 13

Romance Completed 32537

“Oleh sebab ketika itu Sarah masih sedang belajar, kami tidak terima tetapi kami juga tidak menolak walaupun Sarah ada kata akan terima,” ujar maknya lagi.

“Maksudnya?” soal Sarah sepatah.

“Kami beri dia masa dan pilihan. Kami pinta dia tunggu sehingga Sarah habis belajar sebelum datang semula. Kalau dia tidak sanggup, kami benarkan dia cari orang lain sebab kami tak mengikat dia dengan apa-apa ikatan lagi pun di asendiri sedang belajar. Kini dia juga sudah tamat pengajian macam Sarah,” balas mak.

Sarah lega sedikit. Dia bersyukur kerana mak dan ayahnya memahami dirinya.

“Walaupun kakak belum officially graduate tetapi sekarang kakak sudah tamat belajar dan ayah dapat tahu bahawa dia masih menunggu kakak,” ujar ayahnya kembali.

Sarah tergamam kembali. Pemuda itu masih menunggunya? Kenapa? Kenapa tidak cari sahaja gadis lain?

Mungkin ke betul kata Amila, dialah Lelaki Luar Biasa untuk aku?

“Kalau Sarah sudah ada pilihan sendiri, kami tidak memaksa. Kami juga bukan mahukan keputusan Sarah sekarang. Kami hendak Sarah buat solat istikharah dulu banyak-banyak sebelum beri keputusan. Kalau boleh, dalam masa seminggu. Boleh, Sarah?” maknya pula menyambung bicara.

Sarah diam seketika. Dia tidak mempunyai pilihan sendiri tetapi cukupkah masa seminggu yang diberi?

“Ayah nak Sarah tahu bahawa kami yakin bahawa dia adalah pemuda yang baik, jujur dan serius. Dia bukan sahaja tidak bertemu dan menaburkan janji-janji manis pada Sarah tetapi dia datang pada ayah dan mak sebagai wali dan ibubapa, dengan cara yang berhormat untuk bertanya tentang kakak.”

Sarah diam apabila mendengar sifat-sifat yang disebut oleh ayahnya itu. Sarah jadi tertanya siapakah pemuda yang begitu berani pergi bertemu dengan ayahnya secara terus tanpa memberitahunya itu. Betul kata ayah, pemuda itu serius dan sanggup menunggunya. Walau apapun, dia perlu meminta petunjuk daripada Allah apa yang terbaik buat dirinya terlebih dahulu.

Hatinya masih teringat dengan pengakuan Haris dahulu. Perasaannya juga berbelah bagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience