Bab 4

Romance Completed 32537

Sejak itu, aku dan lelaki nerd memang selalu saja bertengkar. Walaupun aku yang selalunya cari fasal sebab tak puas hati dengan dia. Lelaki nerd atau nama dia Haris memang relaks je sebenarnya. Nama dia pun aku dapat tahu lepas stalk fac dia. Gile tak dapat cari. Ini Sarah lah. Tengok tangan la. Hahah. Memang sah dah semua katakan kami memang bagai anjing dan kucing. Tak boleh berjumpa panas. Sampai pensyarah pun perasan juga.

Damn you! Aku dan Haris dah jadi perhatian sekarang ni. Bahkan, kadang-kala Puan Jamilah sengaja memanggil aku atau Haris ke depan. Beliau sengaja berbuat begitu kerana mahu menghukum aku yang selalu mengantuk di dalam kelas. Atau bila Haris membalas bila aku menyakat. Sungguh aku benci akan subjek ini.

Tapi yang buat aku jadi tambah benci bila ramai sangat tergila-gilakan pensyarah pengganti Puan Jamilah, Encik Johan. Ini semua terjadi sebab dialah. Sampai semua pelajar perempuan naik perasan dan berangan. Semua dengan senyuman gedik. Lihat saja cara mereka memandang pensyarah muda ini cukup lain macam. Tapi mereka tidak mahu duduk di barisan paling hadapan kerana takut jadi mengantuk. Atau lebih tepat senang mahu meniru jika ada soalan pop quiz. Encik Johan memang suka dengan cara begitu apabila di penghujung kuliah seringkali membuatkan kami terlopong dan terkulat-kulat kerana itu.

Malah, entah apa yang hebat sangat pada Encik Johan. Ramai yang suka memuji. Dalam hati ini, cukup menyampah sungguh dengan dia.

Tak apa lah. Aku pun bukannya boleh buat apa. Apatah lagi si Amila pun suka juga dengan Encik Johan. Pantas Amila menuju ke meja depan yang selalu kosong apabila kelas bermula. Siap sedia dengan membawa sekali beg dan juga buku rujukkan aku bersama. Jika tidak silap dengar, Encik Johan hanya arahkan aku duduk di sana. Bukan dengan dia pun turut sama serta. Tak tahu mahu betul!

AKu kena duduk depan pun sebab mesti dah di warning oleh Puan Jamilah. Si lelaki nerd aku lihat dari ekor mata dok jeling-jeling aku. Ish, geram pula.

Aku mula tunjuk muka protes. Tapi baik Amila atau Encik Johan, mereka buat- buat tidak faham. Patutnya cukup saja nanti encik Johan memanggil aku ke hadapan sana bagi menyelesaikan soalan. Jadi dia tidak perlu untuk susah-susah mahu menentukan tempat duduk aku pula. Kelihatan Encik Johan terus menarik buku rujukkan lalu bercekak pinggang apabila aku masih berdiri di tengah bilik kuliah. Serius sungguh pandangan itu.

“Cepatlah kami nak belajar ni. Bukan nak tengok show awak lah!”, kedengaran lagi suara Haris si lelaki nerd. Lelaki ini pun satu, perangai tidak semegah rupa.

Semua mata menumpu pada aku dan Haris. Aku dah genggam penumbuk! Sekali lagi kalau berbunyi memang aku naik atas dan hayun kat muka dia. Kejap macam syaitan, kejap lagi macam baik sangat.

“Haris, you pun sama. Duduk sini!”, selamba saja Encik Johan menepuk meja kosong yang masih tinggal. Bersebelahan pula dengan meja yang telah Amila sediakan untuk aku. Bulat terus mata galak aku!

Encik Johan ni memang sengaja. Bukan dia tidak tahu antara aku dan Haris tidak boleh bertembung. Aura kami bertentangan. Tiada baiknya. Sakit pula hati aku.

Mahu atau tidak, aku sudah terhimpit. Pandangan tajam Encik Johan membuatkan aku mengalah. Haris berselisih melepasiku dengan senyuman cukup misteri. Lain macam saja senyuman itu. Namun, aku hanya mencebik sombong. Lebih baik ikutkan saja arahan Encik Johan. Inilah padahnya kerana suka membuat pasal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience