Bab 5

Romance Completed 32537

Semester pertama ni macam-macam hal aku rasa. Untuk kelas ini saja, aku memang jadi perhatian. Aku dan Haris serta pergaduhan kami! Ya. WAR!!!!

Setiap kali masuk kelas Encik Johan... pasti aku akan terkena. Dan ini akan buatkan si Haris syok tengok aku kena bahan oleh pensyarah sendiri. Bengang!

Aku di panggil ke depan sebaik selesai subjek yang diajar. Amila tersengih-sengih melihat aku dengan muka terkulat-kulat. Kalau terkena batang hidung sendiri entah bagaimana. Melihat akan Haris pula semakin menambah sakit hati. Ingin saja aku tolak dahi dia bertubi-tubi. Gara-gara dia aku menjadi sasaran.

Lainlah dia, bijak. Jadi mudah saja soalan ini bahkan juga untuk soalan-soalan lain. Pendek kata, tiada istilah susah untuk orang bijak macam dia. Aku pula macam lambat pick-up. Jika tidak, hanya separuh jalan saja yang lepas.

Encik Johan mempamerkan muka selamba seperti biasa. Seraya dia memeluk tubuh. Lalu pantas aku bangun ke depan bersama buku rujukkan. Peluk sekemas boleh sehingga tangan mencapai marker pen. Hampir seminit aku cuba memahami soalan dalam keadaan kelas sunyi sepi. Jika buka mulut, takut mempunyai potensi besar di panggil pula selepas ini.

Tidak ubah seperti kelas pembelajaran budak sekolah apabila satu-satu pelajar di panggil ke depan. Langsung tidak seperti pelajar diploma. Geram benar dengan cara pembelajaran Encik Johan. Skema woi!

Entah betul atau tidak terus saja aku selesaikan. Jika salah sudah aku bersiap sedia tebalkan cuping telinga ini. Sebaik selesai aku terus berpusing mengatur langkah sambil berdoa agar segalanya betul. Sempat menjeling Encik Johan melihat dia mengangguk-gangguk tersengih tidak seperti biasa. Entah apa yang berlegar dalam fikiran dia sejak akhir-akhir ini. Cukup lain macam dengan aku sekarang.

“Next?”, dia mula mencari mangsa kedua. Fuh, lega dapat juga aku memahami apa yang Encik Johan ajarkan. Kelihatan Amila mula memandang buku. Giliran aku pula yang tersengih. Azab aku sudah lepas. Masaklah Amila kali ini. Jika tidak sedari tadi mata dia langsung tidak teralih pada wajah Encik Johan. Bukan subjek matematik yang dia fokus tapi setiap inci muka itu. Agaknya setiap garis yang ada pun sudah habis di kira satu-persatu.

“Tidur!”, tersentak aku. Tegas suara Encik Johan sebaik salah seorang pelajar tidak boleh menyelesaikan soalan. Makin sunyi sepi kelas ketika ini. Aku pula sudah boleh mengangkat muka dengan berlagak tapi terpandang juga akan Haris di sebelah. Dia tersengih-sengih pada aku. Naik geram pula dengan lelaki nerd ini. Suka benar memerhati gerak-geri aku sedari dulu dan selepas itu pasti ada saja cara mahu membuatkan aku naik darah.

“Kenapa encik Johan?!”, radangku. Dia menjungkit bahu seraya tersenyum lagi. Cukup menyampah.

“Sarah!”, tersentak lagi lalu kembali memandang encik Johan. Dia memberi isyarat melirik pada whiteboard membuatkan dahi aku berkerut seribu. Takkan bersuara sikit pun tidak boleh. Itulah, siapa suruh dia tempatkan aku bersebelahan dengan Haris ni. Memang sengaja benar bila akhirnya mahu menghukum aku lagi. Ini benar-benar tidak adil!

“Saya lagi?”, soal aku untuk kepastian sebaik dia melirik memberi isyarat agar aku menyudahkan soalan yang tidak dapat diselesaikan oleh pelajar tadi.

“Ha... Siapa lagi yang saya panggil tadi?”, masak. Entah apa yang tidak kena.Tiada siapa pernah dipanggil untuk kali kedua.

Aku pandang Haris dengan riak tidak puas hati. Patutnya sesiapa saja yang belum menjawab akan di panggil. Setiap orang bakal merasa tapi sebaliknya pula. Bukan main menyindir Haris dengan tersengih begitu. Sakitnya hati!

“Hurry up!”, tegas suara itu. Lalu dengan rasa berat aku bangun menayangkan bersama riak wajah tidak berpuashati. Bahkan terasa benar-benar geram sampaikan aku langsung tidak mahu memandang akan wajah Encik Johan lagi. Menatap soalan sama saja seperti rakan kuliah tadi. Langsung aku tidak faham lebih-lebih lagi dalam situasi tegang begini. Mahu atau tidak kesudahannya aku terpaksa tebalkan telinga dan juga wajah ini. Aku benci semua ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience