Bab 9

Romance Completed 32537

“Saya nak tahu satu dulu...” Aku cakap sambil bermain mata dengan dia. Tapi tak lama. Sebab cara Haris tengok aku buat aku segan. “Awak nak apa dari saya? Apa yang awak expect ni?"

"Saya harap awak boleh maafkan saya dan kita berkenalan lebih rapat. Saya mahu kenal dan menjadi teman awak yang paling rapat."

Aku terdiam dengar kata-kata dia tadi. Straight forward.

Haris pun turut sama berdiam sampailah kawan dia, si ngok ngek apa aku lupa nama datang tegur dan ajak dia pergi. Haris minta izin jalan dulu dan minta aku whatsapp dia nanti.

Sudahnya aku tengok saja Zharul pergi dengan kawan dia ke kelas. Sebelum Haris berjalan meninggalkan aku, aku nampak dia senyum kepada aku. Senyum yang memberitahu aku dengan jelas bahawa dia belum habis dengan aku. Kami akan berjumpa lagi.

Biasanya aku tidak begini. Semua kata-kata Haris aku telan saja walaupun memang pahit dan menyakitkan hati. Sekadar buat muka. Tapi entah mengapa kini bagai ada satu perasaan yang sukar untuk aku fahami dalam hati. Bagai aku mahu luahkan segala yang selama ini aku pendam. Terus jadi malu seraya tersengih segan. Memang aku sudah buang tabiat agaknya!

'apa pula nak jadi ni.'

Aku terus mendapatkan Amila di kelas. Rasa berdebar nak cerita ke tak nak cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience