Bab 6

Romance Completed 32537

Cuti semester pun tiba dan semestinya aku jadi paling gembira. Mana tak nya? Tak payah la aku hadap lagi wajah-wajah yang buat aku bengang. Benci!!! Tiba masa aku tinggalkan sekejap kolej ni dan balik ke rumah mak dan ayah. Tiket bas dah pun aku beli siap-siap, awal lagi. Mak pula dah aku maklumkan akan balik sekejap jadi apa lagi, gembiralah mak, anak dia nak balik. Hehe

Sepanjang perjalanan pulang aku menarik muka. Berwajah ketat pada semua. Termasuklah yang duduk sebelah aku. Dia tak buat apa pun tapi entahlah aku geram. Hahah suka hati sajakan!

Tapi yang duduk sebelah satu lagi kat dalam bas ni pula yang kadang-kala tersengih sinis. Sakit benar hati ini. Aku mula pasang earphone. Lantas menguatkan volume telefon. Mata ku pejam rapat-rapat. Sakitnya hati ini!

Mujurlah tak lama naik bas untuk tiba ke rumah. Ayah dah pun menunggu di stesen bas yang dijanjikan sebelum aku naik bas tadi. Lega tak payah lah tunggu lama kan.

Aku cuba menguatkan volume radio sebab bosan. Tapi ayah dah menjeling maut. Tak berkenanlah dengan lagu-lagu yang aku dengar tu. Fine!

Bagai naik teksi pula kerana langsung tidak boleh buat sesuka hati. Lagipun apa guna radio terpasang andai langsung tidak jelas didengari. Langsung tidak pernah aku faham.

Toyota Vios terus memasuki perkarangan rumah kami. Kelihatan hanya kereta mak juga ada di situ, kelisa lama. Abah seperti selalu masih lagi belum pulang. Sebaik di parking elok terus aku keluar dengan meluru laju masuk ke dalam rumah. Kelihatan tiada sesiapa di tingkat bawah dan pasti makberada di atas. Terus aku menuju ke atas seraya mengetuk pintu mak. Sebaik saja mak membalas aku terus masuk.

"Anak mak dah balik. Ni kenapa masam mencuka aje muka tu?" tanya mak sambil tangannya mendepa untuk memeluk ku.

"Mak...Sarah bengang la dengan ayah!”, bukan main dengan nada kuat aku luahkan. Mak dah tercengang. Ni mesti ayah marah tadi agaknya.

"Apa pula bergaduh dengan ayah ni?"

"Takde lah gaduh tapi bengang la Sarah dengar lagu dalam kereta pun terbatas." kataku menjeling sambil tangan menguis hujung meja.

"La tu je. Tak mungkinlah akan menyebabkan anak mak ni masam muka macam ni. Mesti ada hal lain." Tebak mak memang tepat.

"Mak ni macam tahu-tahu je. Ada kuasa apa ni? Ada lelaki kat tempat Sarah belajar yang buat sakit hati. Seorang pelajar, seorang lagi pensyarah. Hish geram. Benci dorang. Nasib lah cuti, tak payah tengok muka yang menyakitkan hati."

“Kenapa pula ni, sayang? Tak elok benci-benci. Beritahu mak, apa yang dorang dah buat?”,Mak senyum menggeleng.

Pelik pula dengan sikap anak gadisnya hari ini bagai diserang angin puting-beliung. Tiba-tiba datang mengadu pula. Tidak pernah-pernah. Kebiasaan hanya menarik muka. Itu tak kena, ini tak kena. Pelbagai tingkah rasa pada orang lain. Dia saja yang betul.

Entah apa yang mereka gaduhkan sangat pun sendiri tidak tahu. Kadang-kala hanya kerana hal remeh-temeh boleh menjadi isu besar pada pemikiran Sarah. Padahal dia sendiri yang suka menambah itu dan ini. Maklum lah terlebih manja.

“Ada ke patut mak, dah lah tadi pensyarah panggil Sarah dua kali ke depan. Tak boleh jawab terus marah, suka-suka dia. Habis, soalan tu memang susah giler pun. Geram tau. Kecil hati sangat-sangat. Bukan tu je, dah tu yang student lelaki nerd tu pun suka senyum sinis dan cari gaduh dengan Sarah. Semuanya menyakitkan hatilah”, luahku dengan wajah yang sudah merah padan bagai udang kena salai. Dahi yang berkerut sedari tadi pula usah dikenang.

“Mmm...sejak bila anak mak ni tak merungut, marah-marah?”, terus aku pandang mak. Termanggu tiba-tiba dengan soalan Umi. Betul juga, entah sejak bila? haha.

“Jangan benci sangat. Karang lain pula jadinya. Sudah, pergi mandi dan solat. Biar tenang sikit hati, sejuk luar dalam. Biar hilang rasa marah. Kalau tak hilang juga rasa marah tu, pergi je gigit kucing kesayangan kau tu sampai puas!”, terus mak tergelak sendiri. Pasti mak teringat peristiwa waktu aku kecil dulu.

"Mak ni...", terus aku peluk tubuh mak seraya dia membalas. Rambut aku diusap penuh mesra. Terubat sikit hati ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience