Bab 12

Romance Completed 32537

Akhirnya Haris, Sarah dan Amila sudahpun menamatkan pelajaran mereka, hanya menunggu majlis graduasi sahaja. Semalam adalah malam terakhir mereka di kolej itu. Sarah yang sedang duduk di luar kolej kediamannya memerhatikan sekeliling. Hatinya sudah berasa rindu pula dengan suasana belajar apabila dia sudah tamat belajar begini. Entah bila lagi dia akan menjejakkan kakinya ke kolej tersebut.

Pelukan Amila semasa dia ingin berangkat meninggalkan kolej tadi, seakan-akan masih terasa. Hatinya berasa sayu walaupun ketika itu Amila sedang tersenyum ceria.

“Sarah, nanti kita jumpa lagi,” ujar Amila, memandang wajahnya.

Sarah mengangguk sahaja walaupun dia tidak tahu bilakah Allah akan mentakdirkan dia untuk bertemu lagi dengan gadis itu. Amila sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri.

Ayahnya membawa mereka makan di restoran ikan bakar sebelum mereka singgah di Masjid terdekat untuk solat.

“Sarah.”

Sarah yang baru sahaja hendak melangkah ke kawasan wanita mengikut maknya itu berpaling apabila ayahnya memanggilnya.

“Nanti ayah tunggu di tangga sana. Ayah dan mak ada sesuatu hendak cakap dengan kakak.”

Sarah memandang tangga di hadapan kawasan masuk lelaki yang ditunjukkan oleh ayahnya sebelum memandang maknya yang ternyata sedang memandangnya itu. Kemudian, dia mengangguk kepada ayahnya.

Muncul persoalan di mindanya. Apakah yang penting sangat sehingga ayah dan mak nya tidak menunggu sehingga mereka pulang ke rumah terlebih dahulu? Walau apapun, dia berusaha untuk melupakan persoaln itu sebelum solat kerana dia perlu khusyuk dalam solat. Kemungkinan besar untuk dia tidak khusyuk sepenuhnya ada. Walau bagaimanapun, apa yang wajib adalah usaha untuk khusyuk itu.

Selesai solat, dia mengikut langkah kaki umminya. Dari jauh, dia nampak ayahnya sedang bersalam dengan seorang pemuda sebelum pemuda itu berlalu. Dia tidak nampak wajah pemuda itu. Terdetik di hatinya, ramah pula ayahnya dengan orang-orang di sini.

“Duduk, Sarah ,” arah ayahnya setelah umminya mengambil tempat di sisi ayahnya di tangga teratas itu. Sarah mengikut sahaja kata-kata ayahnya. Dia melabuhkan punggung berhampiran mak dan ayahnya.

“Ada apa, ayah?” soal Sarah hairan apabila melihat ayah dan umminya sedikit serius.

“Kakak pernah cakap dengan mak dan ayah bahawa kakak hanya akan kahwin selepas tamat belajar. Sekarang, kakak pun dah habis.”

Sarah mengangguk sahaja mendengar permulaan bicara ayahnya. Maknya di sebelah ayah menyuakan senyuman.

"Jadi sekarang kami mahu melaksanakan perkahwinan kamu dengan lelaki yang telah kami terma pinangannya. Kamu setuju?" tanya ayahnya.

Sarah terkaku seketika.

Merisik dirinya? Hatinya berkata-kata tetapi mulutnya tetap senyap. Tiba-tiba dia teringatkan lamaran pertama yang dia dapat dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience