Bab 13

Fantasy Series 3040

Beberapa tahun kemudian...

Matahari yang panas terik membuatkan badan mereka berpeluh.Semua rebah dek penat dengan latihan hari ini.

Jenna menyelak rambutnya yang hampir menutupi semua bahagian wajahnya.Rambut yang melekat di leher kerana peluh disisir menggunakan jari sebelum diikat kemas.

"Karen,kau tak nak balik dorm lagi ke?"Jenna duduk mencangkung di hadapan Karen.

"Sabarlah Jenn,Kasi aku baring dulu dekat sini..Kalau masuk dorm pun lagi panas aku rasa"

Dengan selambanya Karen memusingkan badannya membelakangi Jenna.Dibiarkan sahaja sahabatnya itu.Baring lagi penting!!

Jenna tanpa membuang masa terus bangun dan pergi ke arah Azad dan yang lainnya.

"Zad,kau ada air botol lebih?"

Azad mendongak sambil mengecilkan matanya kerana silau dengan cahaya matahari.Perlahan kepalanya menggeleng.

"Kau nak buat apa?"Tanya Azad.Matanya mengerling ke arah Karen yang elok landing diatas lumpur.Dah macam kerbau dia tengok.Ni mesti Jenna mahu menyirami sahabatnnya bukan?

"Aku nak minum la!Apa bende soalan kau ni?"Jenna mula menayangkan wajah bengisnya.

Cepat cepat Azad menjauh dari Jenna ketana takut dipukul.Fuh,Dia sudah trauma sejak dipukul oleh Jenna beberapa tahun lalu akibat tidak membuka ikatan tali pada pergelangan tangan gadis itu.Habis lebam wajahnya dikerjakan oleh seorang perempuan.Sempat juga Maruah dia jatuh masa itu.Tak pasal pasal kena gelak dengan semua orang.Kalah dengan perempuan Beb!

"Err...Sorry Jenn,Aku dah minum habis"Kata Azad dengan muka yang tidak boleh ditafsirkan?Gentar dengan perempuan?Apa kau ni?!

Jenna langsung mengalihkan pandangannya kearah Joep seraya membuat muka ketat."Kau ada?"

Bergerak halkum Joep menelan air liur.Naik bulu romanya melihat wajah Jenna yang sengaja disingakan.

"Ha..Ada ada..ni!!Ambil lah!"Botol minuman yang masih belum dibuka dilempar perlahan kearah Jenna.

Tiba tiba sahaja wajah Jenna berubah menjadi ceria.Satu senyuman diberikan kepada Joep sebelum dia berlalu pergi ke arah Karen dan sahabatnya yang lain.

"Apasal dengan pompuan tu Zad?Aku tengok emosi dia selalu je bertukar..sekejap marah,sekejap baik.Dia tu manusia ke apa Zad?"Joep separa berbisik dengan Azad seraya matanya melihat Jenna yang sakan meneguk air.Nikmat sangat ke air botol yang aku bagi tu?

Azad hanya terseyum.Sudah 6 tahun persahabatannya dengan Jenna.6 tahun itu juga dia sudah cukup mengenali perangai Jenna Freya William Wakingston.

Si dingin yang sudah dilatih oleh Mr.X untuk menjadi Assasin.Si Psiko yang suka dengan darah.Seorang yang boleh membuat banyak kerja dalam satu masa.Dia juga merupakan Agent khas yang dilantik oleh Mr.X sendiri,sama sepertinya.Malah Jenna hampir sama hebat dengan dirinya.

Tetapi ada satu perkara yang dia masih belum diketahui hinngga saat ini.

Siapa keluarga Jenna?

Ya,Mungkin semua Isaac tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga masing masing,tetapi ianya hanya peraturan yang lama.Semua sudah bisa meluangkan masa dengan keluarga tetapi jadual masing masing masih lagi padat.

Mungkin nasib Jenna sama sepertinya?Siapa tahu bukan?Tidak tahu siapa ibu dan bapa kandungnya.Dibesarkan oleh seorang pasangan suami isteri yang telah meninggal dunia akibat dibunuh semasa dia berumur 16 tahun.

Dan dari situ jugalah dia mula kenal dengan seorang lelaki.Lelaki yang berwajah bengis.Badan Sasa yang hampir sama sepertinya.

Mr.X,Lelaki itulah yang membuat dirinya menjadi pembunuh buat pertama kali.Mr.x memberi tahu siapa yang rancang pembunuhan ini kepada dua orang ibu bapa angkatnya.Tidak usah cakap bagaimana cara dia menamatkan riwayat si pembunuh.Sangat tragis!

Dari situlah dia tahu betapa puas hatinya dapat membunuh seseorang.Bagai dapat melepaskan semua beban yang selama ini dia tanggung.

"Woi Zad!!Kau termenung apa?!Bodohla kau ni,Biarkan aku cakap benda best sesorang tadi"Joep membuat muka merajuk.

"Kau cakap benda best ke kutuk Jenna?"Kata Nick yang masih enak berbaring diatas lumpur itu.Nanti nantilah mandinya.Apa salahnya kotor sekali sekala kan?

Azad menjeling Joep.Sukahati je kutuk yang kite punya...

Baru sahaja tangannya ingin melempar kasut yang bertapak tebal itu kepada joep,tiba tiba sahaja muncul seseorang dengan berpakaian yang penuh dengan lumpur.

"Papa!!"

Ah sudah,anak sapa pulak ni?jangan cakap...

Kanak kanak lelaki itu terus berlari Kearah Lucas dan membuat lompatan serta Landing yang perfect di atas perut Lucas.

"Auch!!Curt,Papa dah cakap kan duduk je dalam office Uncle X,Kenapa degil sangat?"Kata Lucas kepada anak lelakinya,Lu'Curtis yang berumur 5 tahun itu.

"Kau ingat office aku ni tempat asuh kanak kanak ke apa?"

Entah darimana munculnya si tua mafia ini,Terkejut Lucas disergah sebegitu rupa oleh Mr.X

"Kalau Tak nak jaga anak,tak payah menggatal dari dulu lagi..Muda muda pun dah ada anak"Sindir Mr.X.

Azad,Joep,Nick dan Brent mengembungkan pipinya menahan tawa.Setepek!!

"Ala Mr.X ni,Saya sebernanya nak je jaga anak saya,Tapi Mr.X jugak yang ketatkan jadual saya macam tak nak kasi anak saya tahu je bapaknya sapa."Jawab Lucas selamba.

PFFFTT

Sahabatnya yang lain hampir memburaikan tawa mereka.

"Lagipun Mr.X cakap saya muda muda dah ada anak.28 tahun tu kira ok la ada anak.Bukan macam Mr.X,Tua tua pun ada anak kecik"Tambah Lucas lagi.

Tanpa dia sedar,Mr.X sudahpun mengangkat tinggi kasut botnya untuk dibaling kepada Lucas namun ianya dihalang oleh Lu'Curtis.

"Uncle X jangan la baling kasut tu dekat papa,nanti Curt besar nanti Curt baling dekat Uncle X pulak tau..tapi mesti mama marah kalau Curt buat camtu,Jadi Curt simpan je la hasrat tu.."Kata Lu'Curtis panjang lebar.

Kasut yang diangkat tinggi diturunkan semula.

"Pandai anak kau bercakap Luc,Mesti ikut mak dia ni.Kalau ikut bapak dia dah sah sah la bodoh"

Ternganga mulut Lucas dibuatnya.Tang mana aku bodoh pulak ni?

"Kalau saya tahu Tuan nak perli saya macam ni,baik saya suruh anak saya panggil tuan ni 'atok'."

PAP!!

Akhirnya bertemu juga tapak kasut tebal Mr.X bersama dengan kepala Lucas.

Lucas memegang kepalanya yang bersenyut itu."Apa ni tuan?!Saya main main jela..Curt,tengok atok Issac ni Buat papa"Lucas sengaja mengubah suaranya menjadi sedih.

Lu'Curtis bercekak pinggang.Tajam dia memandang Wajah Mr.X.

"Atok issac,Curt tahu la badan atok ni sasa.Tapi jangan la buat papa macam ni.Kesian papa tau!Nanti kalau Curt betul betul buat dekat Atok Isaac Cart tak tahu eh..."Seluar soldier untuk kanak kanak yang mahu terlondeh diangkat tinggi.Lengan baju t-shirt hitam Lu'Curtis disising sehingga bahu.Nampak sangat comel tika ini namun Mr.X pandai mengawal reaksinya.

Mr.X bercekak pinggang. "Lu'Curt,tolong panggil uncle balik.Uncle takkan buat papa macam tu kalau papa Lu'Curt tak buat masalah dengan uncle.ok?"

Lu'Curtis mengganguk."Uncle Isaac,Nak aiskrim"Pinta Lu'Curtis.

Mr.X hanya meng'hmmkan sahaja permintaan Lu'Curtis itu."Uncle beli dua nanti kasi dekat Amelia satu ok?"

Lu'Curtis mengangguk sekali lagi dan tersengih sehingga menampakan giginya yang terususn cantik.Tangan Mr.X diraihnya lalu ditarik supaya mengikuti langkahnya.Ditinggal sahaja bapaknya disini demi aiskrim.

"HAHAHHAHAHA"tawa mereka terburai akhirnya apbila melihat si kecil dengan Mr.X sudah hilang dari pandangan mata.

"Tak sangka tho Mr.X suka budak.Patutla still ada nak kecik lagi"Kata Nick dengan sisa tawanya.

"Haah,hilang flavour mafia dia tu"Tambah Joep pula

Terkekek ketawa Lucas dan Azad dibuatnya.

"Korang kat belakang boleh la bahan dia kan?Cuba depan depan,kecut..."Tangan Brent mula bermain main dengan Lumpur.

"Hek eleh kau,cakap je,kau pun suka bahan dia jugak kan?Nak ambik ni"Azad membaling lumpur kepada Brent.

"Apa ni Zad?main baling baling pulak dia.Kotorlah la muka aku"Nada suara Brent sudah separa merajuk.Nak balas balik kang tak pasal pasal jadi perang lumpur.Nanti di cop perangai budak budak pula walaupun sudah tua bangka.Jadi dia hanya diam seraya menayangkan wajah merajuknya.

"Heh,Manja!"
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

PAKK!!!

PAKK!!!

PAKK!!!

"ARGH!!"

Tidak berhenti kapak itu memotong jarinya.Darah juga tidak berhenti memancut.Bau hanyir darah di ruangan itu sangat kuat.

Mr.X tersenyum melihat Jenna yang tekun memotong habis jari milik Arnold.Si penghedap.

"Aku nak kau bunuh dia terus Jenn Will.Dan kau bagi amaran dekat Kelvin.Jangan sesekali hantar orang untuk menghendap dalam Isaac lagi.Faham?Dan aku nak kau hantar balik mayat dia dekat Kelvin."

Jenna hanya diam.Tidak menganggup mahupun menggeleng.Tangannya sibuk memilih pisau belati tumpul yang sesuai untuk membunuh kali ini.Dia mahu menyeksa dulu mangsanya sebelum membunuh.

"T..tolong lepaskan aku...."Pinta lelaki itu tersekat sekat.Tangannya yang sudah tiada jari dipandang.Perlahan air matanya mengalir.

"Aku nak Kelvin tahu macam mana nasib kalau korang berani pecah masuk ke sini"

Pisau belati perlahan ditekankan sedikit diatas lengan Arnold.Lelaki itu mula tidak keruan.Semakin lama semakin dalam Jenna membenamkan pisau itu di lengannya.

SAKK!!!

Sekejap sahaja lengan lelaki itu terkoyak dan menampakkan isi.Kuat jeritan lelaki itu bergema di dalam ruangan yang cukup seram ini.

"T..tolonglah...aku tak mahu mati lagi..."Katanya bersama suara yang serak.Tali yang mengikat pergelangan tangan dan kakinya cuma digerakkan namun tidak berhasil.Ikatan tali ini sangat kuat.

Jenna tersenyum sinis.

"Baru takut mati?Datang sini tak fikir dulu pasal mati?"

Mr.X yang sedari tadi hanya menjadi penonton mula bersuara."I think you just need to kill him Jenna William.Jangan seksa lama sangat.Banyak lagi kerja aku nak buat."

Jam tangan dikerling sepintas.

"Oh Sh*t!!"

Jenna menyumpah seranah.Sekejap lagi masa latihan untuk kelasnya.Tidak sedar dia yang beberapa minit lagi dia akan terlewat dek kerana sakan menyeksa mangsanya tika ini.

'Mesti marah orang tua tu nanti'Bisiknya kepada diri sendiri.Sudah lali dengan perangai Madam Anne sejak dia masuk ke Issac ini.Asyik memekak je kerja.

Dia mula menukar pisau belati yang tumpul kepada pisau belati yang tajam. Kakinya melangkah perlahan kearah Arnold yang semestinya gentar melihat alatan yang dia pegang tika ini.

"N..no..noo!!"Jeritnya.

Jeritannya sama sekali tidak dihiraukan oleh Jenna.Pisau belati itu ditilik seketika sebelum diarahkan kepada lelaki itu.

"Kau pilih nak aku bunuh kau dekat mana"

"Jangan!!!!Tolonglah....aku merayu"Kata Arnold walau dia tahu rayuannya diendahkan oleh Jenna.

"AKU TANYA DEKAT MANA?!"Tempelaknya kuat.Namun hanya kedengaran suara tangisan seorang lelaki.perlahan lahan anak matanya jatuh kearah leher lelaki itu.

Jenna tersenyum psiko.Mungkin dahulu dia takut untuk membunuh orang.Namun,Ianya telah bertukar menjadi hobinya.

Darah,Darah,Darah!!

Hanya itu saja di kepalanya.

"Now,Say goodbye to world ma brother..."

PRAKK!!

Laju pisau belati itu dibenamkan ke leher lelaki itu sedalam dalamnya.Terpancut pancut darah keluar mengenai wajahnya.

Women spike boot yang dipakainya turut terkena darah.Sapu tangan diambil lalu dia mengelap mukanya walaupun masih ada darah kering yang melekat.

Sapu tangan yang sama diambil dan digunakan untuk mengelap bootnya yang tercemar dengan darah.Kepala Arnold yang sudah terpisah diletakkan diatas meja bersebelahan dengan alatan tajam lainnya.

"Mayat dia nanti aku uruskan.Aku dah lewat nak pergi latihan"Kata Jenna.

Tanpa menunggu Mr.X,Jenna terus keluar dari bilik itu dan pergi ke tempat dimana latihan akan dimulai.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤

'Should i change my shirt?or not?takkanla aku nak pergi latihan dengan baju berdarah macam ni'Bisik Jenna di dalam hatinya.

'Never mind.Dorang bukan kesah pun aku pakai apa'

Denga selambanya Jenna melangkah kearah mereka semua yang sudah terlopong melihatnya tika ini.

Dengan muka yang mempunyai kesan darah kering.Baju yang sudah bertukar warna.wajah selamba Jenna.

Ternganga Meika,Karen,Azad dan yang lainnya melihat keadaannya."Meik,Jenna baru lepas buat apa tu.."Bisik kenzie ke telinga Meika.

"I dont know,bukan kali pertama kau tengok"Jawab Meika.

Madam Anne melangkah kearah Jenna.Matanya melihat Jenna dari hujung kaki hingga hujung rambut.Terbit senyuman sinis dari tubir bibirnya.

"Berapa orang harini?"Tanyanya.Sinis sahaja kedengaran di telinga Jenna.

Wajah Jenna tiada reaksi mendengar sindiran dari Madam Anne.

"Not your problem Madam"

Kakinya melangkah pergi kearah sahabatnya namun sedikit jauh.Tidak mahu mereka mencium baunya yang hanyir dengan darah.

"So,shall we begin our training?"

Madam Anne tidak menjawab.Buku record diambil diatas meja.Mereka memulakan latihan seperti biasa tanpa tertanggu dengan perkelahian antara Jenna dan Madam Anne.Dan mungkin tidak lagi.Jenna sudah mula matang dan tidak suka memulakan pergaduhan dengan sesiapa kecuali orang itu yang mencari masalah dengannya.

Nak kata dia acah hebat macam lelaki?

Pura pura kuat untuk tunjuk diri ini hebat?

It's up to you nak judge dia macam mana.Dia sudah malas mahu layan perangai manusia.Lebih lebih lagi spesies seperti makcik bawang.Dapat dekat dia memang lunyai dikerjakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience