Bab 6

Fantasy Series 3040

Matanya sedang memerhati gerak geri seseorang yang hampir meragut nyawanya dan juga telah menculik adik angkatnya yang berumur 17 tahun. sudah 2 minggu dia mendapat pesanan melalui whatssap daripada nombor asing bahawa Shawn telah diculik.Dia sangat pasti itu adalah angkara Shark. Dia cuba untuk mencari keberadaan adiknya namun hampa. Mujur sahaja dia pernah terserempak dengan salah seorang konco Shark dan mulai menyiasat tentang keberadaan markas Shark.

Hari ini dia bakal menyelamatkan adikknya.

Tin latte dan juga air mineral diletakkan diatas meja kaunter.Setelah sudah membayar kesemuanya, Jenna terus keluar dari 7eleven itu dan terus melangkah ke arah bike kesayangannya.

Motor berkuasa tinggi itu dihidupkan dan segera mengikuti kereta yang dipandu oleh musuh utama.

"We will end this today, Shark!" Gumam Jenna seraya meningkatkan lagi kelajuan motor berkuasa tingginya.

Shark yang sedang memandu tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang mengekorinya selamba menguatkan lagi lagu yang keluar dari corong radio. Mulutnya bergerak mengikuti bait bait lagu yang didengarinya.

Kereta Shark sudah membelok menuju ke hutan. Jenna Tergamam melihat rumah agam yang berada di dalam hutan ketika ini.

'Sh*t!Jadi ini markas diaorang selama ni?kenapa aku tak perasan?!" Jenna memyumpah seranah dirinya sendiri. Rupa rupanya markas Shark sangat dekat dengan Banglo miliknya.

Tidak tunggu lama. Jena terpaksa menghendap hendap untuk masuk ke kawasan rumah agam ini. 'Cis! ramai pulak orang dia!' Topi dan masker dibetulkan.

Penumbuk digenggam erat apabila mendengar suara jeritan seseorang dari dalam rumah itu. Dia pasti teriakan itu berpunca daripada Shawn.

'Tak guna kau Shark!! Aku akan pastikan kau dapat rasa peluru aku!'

Tidak tunggu lama. Jenna terus menembak tepat ke arah dada konco konco Shark sehingga mati. Bunyi tembakan ya membuatkan yang lain segera pergi ke arahnya. Dan ya, mereka mati ditembak.

Jenna tersenyum sinis. Tidak sia sia dia menjasi top shooter di Isaac. pistol ditangan digenggam erat.
.....
Suara tembakan yang dihasilkan oleh Jenna berjaya membuatkan Shark rasa terganggu. Giginya langsung diketap geram. Urat hijau mula timbul di bahagian dahi Shark.

"Malaun mana yang datang buat kecoh kat tempat aku pulak ni?!kalau aku keluar memang mati kau aku kerjakan!" Shark segera keluar dari bilik bawah tanah dan membawa sepucuk pistol bersamanya.Alamari lama ditarik menutupi pintu untuk menuju ke basement. Mangsanya dibiarkan sahaja dengan tangan yang diikat di tiang. Dengan hati hati dia melangkah keluar daripada basement dan menuju ke ruah tengah rumah.

Matanya dikecilkan apabila melihat seseorang yang begitu 'tertutup pakaiannya'. Otaknya tidak dapat mentafsir jenis jantina dan kelamin yang dimilki oleh orang yang elok duduk diatas sofa mahalnya. Dia dapat rasakan manusia di hadapannya menghadiahkan satu senyuman kepadanya
saat ini.Senyuman sinis!

"Kau siapa?!"Keras suara Shark bertanya.

"Aku nak adik aku balik"Jenna menjawab. Matanya dihalakan tepat kearah Shark.Mukanya sudah merah menahan marah.

"Ouh! so, you're his beloved sister?Tak sangka cepat jugak kau cari tempat aku ni.Great!! Eh, pandai la kau ni!"Shark ketawa.

Jenna sudah mengetap giginya.

"Pulangkan adik aku balik la BODOH!!" Tengking Jenna. Pistol sudah dihalakan tepat kearah Shark yang masih dengan sisa tawanya.

"Woo... Chill girl.Relax! Tak sangka kau dah berani sekarang ni.Mana kau yang dulu?yang masih mentah dan manja tu?Setahu aku last kita jumpa masa umur kau 16 right?Hampir 3 tahun kita tak jumpa kan?Dah besar kau sekarang ek? hahaha.Aku tak boleh lupa macam mana rupa kau masa kau merayu dekat aku dulu? sayang sangat dekat mak angkat kan? sampai sanggup melutut dekat kaki aku!"

Kata kata Shark membuatkan Jenna naik angin. serta merta Hoodie yang dipakainya ditarik ke belakang.

"Mungkin dulu aku sanggup melutut dekat kaki kau tapi aku takkan ulang benda yang sama. Aku akan pastikan yang kau pula akan melutut dekat kaki aku Shark!Cepat cakap mana adik aku!"

"Kau ingat senang senang kau boleh ambil dia dan balik dengan selamat?Jangan harap?!"

Beberapa das tembakan dilepaskan kearah Jenna tetapi ianya berjaya dielak. Pelurunya masih tersisa dua butir sahaja lagi. Kedua duanya juga sudah dilepaskan tetapi hampa.Tidak sangka wanita yang dahulunya lembik dan mentah sekarang boleh elak semua pelurunya. Perkara ini membuatkan dirinya hina. Hampir kalah dengan seorang perempuan? ouh man, Bukan Shark la namanya.

Shark meletakkan pistolnya diatas lantai. Tangannya diangkat menandakan dirinya sudah putus asa.Shark senyum apabila melihat wanita itu perlahan-lahan melangkah kemari.

Jenna yang sudah dapat menghidu rancangan Shark tatkala melihat senyuman yang dipamerkan oleh pihak lawannya segera melangkah seraya mengalakan pistolnya tepat kearah Shark.

'Kau ingat aku bodoh sangat?kau tunggu!'

Shark tidak tunggu lama. Dia lantas maju dan mahu menumbuk wajah Jenna tetapi perbuatannya itu tidak kesampaian. Jenna lebih bijak dari apa yang disangka. Bahu kiri Shark ditembak. Shark menyumpah seranah apabila cerair pekat mula mengalir di bahagian bahunya. Dia dapat menangkap senyuman sinis daripada bibir Jenna. Sh*t!!

Jenna mendekatkan wajahnya kepada wajah Shark.

"Aku bukan lagi budak bodoh yang kau kenal Shark" Bisik Jenna tepat ditelinga Shark. Satu lagi tembakan dilepaskan kearah bahu kanan dan peha Shark. Shark melorot jatuh kebawah. Buat masa
sekarang dia akan beri Jenna kemenangan. Tetapi masih banyak rancangan jahat yang lain untuk dia membuatkan gadis itu merana.

'Hari ni hari kau. Dan mungkin lepas ni juga hari kau. Hari kematian kau.'

Shark melihat Jenna yang sudah meninggalkannya tanpa membunuh dirinya terlebih dahulu. Pandangan Shark mula kabur sebelum semuanya menjadi gelap. Ya, dia hanya pengsan sahaja.
.......

"Shawn!! Mana kau?!"

Jenna sudah mencari di semua penjuru rumah. Dia masih tidak dapat menjejak keberadaan adik angkatnya. Dia langkah menuruni anak tangga dengan lajunya.

Mahu tanyakan keberadaan adiknya kepada Shark? Tidak mungkin! Mamat gila tu dah selamat pengsan dah pun.

tiba tiba matanya tertancap pada sebuah pintu yang sedikit tersorok di belakang almari.Jenna terus mengalihkan almari itu dengam segala kudrat yang ada.'Bapak berat!'

Pintu itu dibuka dan dia hanya nampak 'kegelapan' yang serupa dengan hidupnya. Torch light dibuka melalui gadget miliknya.

"Shawn??!!"Laung Jenna sedikit kuat.

Kringg Kringg!!

Bunyi loceng membuatkan Jenna tersentak. Dia segera mencari arah datangnya bunyi itu.

Shawn!!

Jenna segera melangkah ke arah Shawn. Banyak loceng yang tergantung di kawasan Shawn diikat. Mungkin itu adalah salah satu cara untuk Shark tahu jika Shawn mahu melarikan diri. Dia segera membuka ikatan yang cukup kemas di tangan Shawn. Kain dimulut turut dilepaskan.

"Oh Gosh!! Kau okay?"Jenna tanya soalan bodoh kepada Shawn. Dah sah sah budak tu kena culik. takkan okay lagi kot?

"Akak... Saya takut~"Rengek Shawn seperti anak kecil. Rambutnya yang serabai dibetulkan oleh Jenna.

"It's okay, kakak ada dekat sini.Dah, cepat keluar dari sini. Kakak tak nak nanti penyangak tu bangun. Nanti susah pulak kerja kena uruskan dia." Kata Jenna seraya mebantu Shawn untuk bangun.

Shawn memberikan senyuman yang sedikit manis kepada Jenna biarpun banyak lebam yang menghiasi wajahnya pada ketika ini.

"Kakak hero saya"

Jenna terseyum.Tangannya membantu adik lelakinya untuk bangun.Shawn dipapah oleh Jenna untuk keluar dari tempat gelap itu.Terbit rasa malu sedikit terhadap kakak angkatnya.

Bang!!

Bunyi tembakan membuatkan Jenna dan Shawn tersentak. Matanya diliarkan ke seluruh penjuru rumah tetapi tiada apa apa yang terjadi.

Namun matanya dihalakan kearah sesosok tubuh yang terbaring dengan keadaan yang berlainan.

'Kenapa posisi dia lain?Bukan tadi dia pengsan dekat tepi sofa tu ke?'Jenna tertanya tanya di dalam hati.Mungkin bunyi tembakan tadi...

"Kenapa kak?"Tanya Shawn.Mungkin pelik kerana Jenna berhenti di ruang tamu ini dan menatap lelaki yang menculiknya.

Jenna menggeleng."Dah jom" Jenna kembali berjalan sambil memapah adiknya keluar dari rumah setan bercampur iblis ni.

Tapi posisi dia...

Ok Fine!!Aku dah malas nak fikir!Baik aku bawak adik aku balik sekarang.

.......
S/N: Guys,aku tak rasa korang faham dengan jalan cerita ni.berterabur habis!! tapi yang mana tingkat setia dia tu tinggi mungkin boleh tahan la kot dengan novel ni ;)

And lagi satu,mungkin korang tak faham sbb Aku tak cerita kisah dia dari awal.Macam mana dia kenal shark? masuk isaac? Aku pun kehilangan idea nak terangkan.padahal dulu bukan main aku reka itu ini.Tak sangka boleh hilang sekelip mata :')

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience