Bab 3

Fantasy Series 3040

Jenna masuk ke kantin Isaac dengan senyum yang tidak lengkang diwajah. Naik hairan semua pelajar perempuan yang berada di kantin itu saat ini. Jarang Jenna mahu senyum seperti itu kalau bukan ada benda yang baik berlaku. Tapi apa benda baik itu?

"Jen, akhirnya kau sampai juga. lama kitaorang tunggu kau tahu tak? naik berbulu ketiak aku tunggu kau mandi.ni tak lagi tumbuh misai."Bebel sahabat sehidup semati Jenna, Kenzie. Meika dan Karen juga merupakan sahabat Jenna.

"Hahaha... cuba tunjuk mana bulu kau, aku nak tengok!"Jenna ketawa. Jarang moodnya baik begini. selalunya dia hanya akan menunjukkan muka beku dan bengisnga. kerana itulah pelajar lain pandang pelik terhadap dirinya tadi. mungkin ada yang tak pernah tengok dia senyum kot.

Kenzie yang sudah putus urat malunya terus mengangkat tangannya menunjukkan ketiak putih melepak hangit bontot kualinya itu tinggi tinggi. "Korang! cantik tak ketiak aku?!"Laung Kenzie sehingga terlopong semua orang termasuk sahabatnya.

"Woi!! jijik la aku dengan ketiak kau!Dah la hitam! lain kali sental la kuat sikit bagi suci kau punya ketiak.Ni tak, penuh kutu pergi buat umrah dekat ketiak kau tu!"Balas Karen selamba.

Membulat mata Kenzie apabila Karen mengutuknya seperti itu secara live. Kepalanya ditoleh kekiri dan kekanan untuk memastikan crush tercintanya tiada disitu.Haila, Nasib baik Ammar tak ada. Walaupun dahulu Lelaki dan perempuan di Isaac dipisahkan menjadi dua, Kini dia sangat senang kerana tahun baharu ini Mr.X memutuskan untuk menggabungkan kedua duanya sekali. Hanya dorm mereka sahaja yang kekal. Dan macam mana Kenzie kenal dengan Ammar? Diorang pernah terserempak masa Kenzie pergi ke Isaac sebelah lelaki untuk memanggil Mr.x. Dan dari situlah bermulanya pencurian hati milik Kenzie.

Naik geleng kepala Jenna dan Meika melihat karenah dua orang sahabatnya itu.

"Hey,hey....tak malu ke orang tengok tu?korang berdua ni buat aku loya tahu tak?eeee!!"Meika menjentik dahi dua orang itu menggunakan jari telunjuk dan jari hantunya.

"Apa ni Meik? sakitlah!"Jerit Karen sambil menggosok bahagian yang telah dicemari oleh jari asing sebentar tadi.Kenzie mengangguk mengiakan kata Karen. Sakit mak oi!!

"Tu balasannya kalau tak senonoh"Jawab Meika selamba. "Dah, jom pergi ambil breakfast, aku lapar gila dah ni."Dia memegang perutnya yang dari tadi hanya mengeluarkan bunyi.

"Jom!!"Tempik Karen dan juga Kenzie. Mereka memilih Set C iaitu telur mata dan juga roti bakar sekadar untuk mengisi perut pada waktu pagi.

Jenna tersenyum melihat Sahabat baiknya itu. Senyuman orang yang dia sayangi cukup membuatkan dirinya senang. Tapi, adakah senyuman itu akan kekal lama? Mereka sekarang berada di Isaac.Jadi bila bila masa sahaja senyuman itu boleh dihapus. Memikirkan tentang itu, tiba tiba Jenna memasang muka bekunya kembali.

"Jen,kau tunggu apa lagi? jomlah!!"Ajak Meika yang masih lagi belum memesan apa apa makanan.

Jenna tersenyum nipis sebelum berlari anak mengejar langkah Meika.

...............

"Korang! Cantik tak ketiak aku?!"

Serentak itu kelima lima mereka berpaling ke arah suara tersebut. Terdapat empat orang gadis yang sedang berdiri di hadapan pintu kantin.

"Weyh, kau tengok budak perempuan tu? perghh selamba dia ja tunjuk ketiak dekat kantin."Kata salah seorang dari geng mereka. Dia tidak percaya yang perempuan di Issac ada yang seperti ini. 'Kenapalah sir nak combine lelaki dengan perempuan? kalau dapat classmate macam ni boleh sewel aku.Huhuhu....'

"Aku harap kita tak dapat classmate macam dorang nanti."Jawab salah seorang daripada mereka.

"Me too"

"Aku pun"

"Azad, kau macam mana?"tanya rakannya yang berada di sebelah.

"Entah, tapi aku tak kesah kelas mana mana pun.If ditakdirkan aku sekelas dengan diaorang pun, reda je lah. Tapi kalau diaorang kacau aku! Aku sekeh kepala sesorang!"Jawab Azad yang merupakan ketua kepala mereka.

Nick, Lucas, Brent dan Joep memandang Azad pelik. Sejak bila dia seorang yang 'reda'? Selalunya dialah yang paling kuat melawan. Reda konon. takpe... kitaorang nak tengok kau macam mana kalau betul la ditakdirkan sekelas dengan perempuan perempuan tu...

"Heh...."Kata mereka berempat serentak.

"Apa?!"kata Azad dengan mata yang membulat. Tangannya dipanjangkan untuk mencapai piring yang berisi toast and bread milik Lucas.

Lucas yang tidak sempat berbuat apa apa terpaksa 'reda' seperti mana Azad kata sebentar tadi. "Hmmm... Aku order tu memang nak suruh kau makan pun.Yelah datang je kata tak nak makan apa ,Dah kenyang la kan dari tadi duk usha pelajar yang popular tu.Apa nama dia?Helena?Eh,entah la. Tapi kau kena ingat sikit. sekolah kita bukannya ada pelajar belasan tahun pun. semuanya dah nak sama taraf dengan mak nenek kau tahu?"Kata Lucas dengan selamba sambil mengutuk pelajar perempuan. Dia mungkin tidak tahu bahawa pelajar perempuan disitu kuat kuat. Kalau dengar dek salah
seorang daripada mereka, mahu tak patah tulang Lucas nanti.

"Ceh,Aku saja je nak 'cuci mata'. Mana tahu ada yang kena dengan taste aku ke..."Jawab Azad.Tapi hukan Helena yang menjadi tatapan matanya seperti yang dikatakan Lucas. Tetapi seorang gadis berwajah beku yang berada di antara student perempuan yang sewel itu tadi. Dia berharap dapat duduk di kelas yang sama dengan gadis yang sudah menarik perhatiannya. Serta merta sebuah senyuman terukir di bibir nipisnya.

"Nick, aku rasa virus awek tadi dah terjangkit dekat Azad la.Cuba kau tengok tu, sengih sorang sorang.Bukan selama ni muka dia beku ka?Aku rasa memang dia suka dekat Helena la, Sampai boleh sengih sorang sorang macam tu.Eee..."

Lucas buat muka jijiknya.

"Ye la kot...seram aku! Takut pula aku kalau berjangkit dengan pompuan tu!"Jawab Nick. Dia menggosok bulu romanya yang meremang.

"Enough guys, Dah, jom! Nanti tak sempat nak masuk kelas. Lagipun ni first day kita pindah kelas kan? Kalau korang rasa nak duduk dekat atas lantai, Silakan"Kata Azad Seraya meletakkan sekeping not bewarna merah di hadapan Lucas.Kakinya melangkah menuju kearah pintu keluar. Nick, Lucas dan Joep segera mengikuti langkah Azad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience