Bab 12

Fantasy Series 3040

Azad menolong Nick untuk naik keatas atap.Brent dan joep menyalakan pelita minyak tanah...ermm cam tu la.

Loteng yang gelap itu hanya diterangi oleh cahaya malap dari pelita itu.Azad memegang pelita itu dengan berhati hati.yang lain hanya mengikutinya dari belakang.Ianya bermula dari Nick,Brent dan Joep.

Buat masa ni, Joep terasa seram sejuk kerana kedudukannya di bahagian belakang.Takut oi...karang ada yang join dia dari belakang macam mana?

"Zad,lambat lagi ke nak sampai bilik diorang tu?"Tanya Brent dalam nada separuh berbisik.

"Ish!!Sabar lah!!Yang kau gelabah beruk ni kenapa?!Jantan la sikit"Marahnya juga dalam nada berbisik.

Azad dan yang lain lain berjalan berjengket jengket tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi dari loteng kayu itu.Sebenarnya ni bukan loteng...atap je besar nak mampus!

"Ahha!!"

Kayu yang reput itu ditarik dengam berhati hati.Matanya dikecilkan untuk memudahkan kerjanya untuk mengintai.Aip,Bukan mengintai apa eh...

Selepas memastikan 'Kawasan pendaratan' mereka selamat,Azad dengan berhati hati turun dari loteng itu.Dia lompat keatas peti dan turun terus ke lantai kayu.Mujur sahaja bunyi tidak sekuat mana yang dianggapi.

keempat empat mereka sudah selamat turun.Habis dapur milik gadis gadis itu diteroka oleh mereka berempat.Joep dengan selamba membuka peti.

"Woah!!Air sejuk!!"Teriak Joep perlahan serupa kanak kanak yang terjumpa gula gula.Lantas air itu diteguk rakus.Haus sia dari tadi duk menghendap hendap dalam loteng tu macam perompak...

"Jangan la habiskan gila!!nak jugak"Nick merambas botol kaca dari tangan Joep.Cemberut habis muka Joep apabila dirinya tidak puas lagi meneguk air sejuk bak salji itu.Ecewah

"Dah lupa ke dua orang kawan kau ni?"Perli Brent.

Baru sahaja tangannya mahu mengambil botol kaca di tangan Nick.Tetapi perbuatannya terhenti melihat Nick dan Joep yang selamba menghabiskan air botol itu.

Brent dan Azad bengang.

Lantas Senduk diambil oleh Brent lalu diketuk kepala Nick dan Joep bergilir gilir.

Tidak lupa juga dengan Azad.Selipar berbulu yang dikhaskan untuk ke dapur diambilnya.sengaja dia memilih senjata itu supaya ketukannya tidak berbunyi.

Joep dan Nick pula terpaksa teriak dalam 'Silent mode'

"Shhhh!!Diam lah"Kata Brent.Dia nampak kelibat seorang perempuan yang terhenti di hadapan pintu bilik.Dia menghembus nafas lega apabila melihat gadis itu telah masuk ke dalam tanpa apa apa kata.Nasib tak kantoi...

BAM!!

terhinjut bahu mereka dek kerana terkejut dengan hempasan pintu bilik yang kuatnya minta ampun.

"Terkejut aku gila!!Yang hempap tu perempuan ke apa?!Bukan main kuat choi"Bebel Brent.Nasib dia takda penyakit jantung.Kalau ada macam mana?Tak ke arwah dia nanti.

"Okay,now kita fikir apa nak buat sekarang ni"Kata Azad mengetuai mereka berempat.Dah memang Leader,nak buat macam mana?

"Kita main masak masak nak?"Kata Joep dalam nada teruja.Giginya lebar mengukir senyuman yang dapat membuatkan sahabatnya mual.

Tiba tiba saja kepala Joep diketuk kuat oleh Nick.

"Kau ni,Fikir la matang sikit!Umur dah 20-an tapi otak sama je dengan budak mentah.Memalukan kaum Isaac tahu tak?!!Tak padan dengan tua kau ni.Baik kau tukar je badan kau dengan badan budak.Biar kau jadi budak pompuan yang sebijik macam annabelle and then dia pulak jadi assasin,Ambil semua ujian militer yang kita kena hadap bertahun tahun ni.Jadi pembunuh or ejen"

Bebelan Nick membuatkan yang lain menahan tawa dari pecah.Joep pula hanya menayangkan muka sedihnya.Sapa tak sedih kena marah dengan baby titew...Ewww (apa aku karang ni?)

"Eleh,gurau je pun.Membebel kalah makcik.Huh!!Nanak kawan dengan Nick lagi"Joep menyilangkan tangannya dan memasang muka merajuk.

Yang lain sudah terlopong.Biar betul?Muka cam bapok merajuk?Ni kalau aku tumbuk best ni.

Belum sempat mereka mahu menumbuk lelaki gedik ni.Terlihat dua orang perempuan sedang melangkah menuju kearah dapur.Tempat mereka berkumpul sekarang ini.

Apa lagi?Gelabah monyet sekor sekor.Tambah lagi dengan muka Jenna seperti mahu membunuh saja.Tak terkejut kalau hantu pun lari kalau terserempak dengan Jenna.Takut mati kali kedua.

Sepantas kilat Azad mendapat Idea.Matanya melirik kepada tali yang tersangkut di paku.Tanpa membuang masa.Dua utas tali itu dicapainya.Salah satunya telah diberikan kepada Brent.

Kakinya melangkah kearah suis elektrik.

TAP!!

Keadaan disitu menjadi gelap.

Tanpa membuang masa,dia langsung melangkah kearah dua orang gadis itu dalam keadaan samar samar.Duh,mana satu Jenna ni?

"Jenn!!Bapak setan peluk aku Jenn.Help!!"

Dengar sahaja suara teriakan Karen,tahu sahaja yang duduk di hadapannya kini adalah Jenna.

Apa lagi?Terus tubuh Jenna dipeluknya supaya Jenna tidak melawan.Langsung tali diikat di pergelangan tangan Jenna.

Nick menekan suis untuk menghidupkan semula elektrik.sekelip mata sahaja ruangan itu jadi terang benderang.

"Hai you guys,Lama tak nampak.Dari petang tadi kan?rindu pulak rasa"Kata Azad sambil duduk mencangkung di hadapan Jenna.

"Azad?"tanya gadis itu.

Azad mengangguk walhal Jenna tidak bisa lihat dia tika ini dek kerana satu kain yang menutupi matanya.

Kain yang menghalang penglihatan Jenna dibuka.

"Nak apa datang sini?!Orang nak tido la!"marah Karen.

Eh eh minah ni,nak marah marah pulak.aku tibai kang.

"Oi budak,diamlah"Brent menampar perlahan bibir Karen.Karen cebik bibirnya.lucu pula dia lihat.

"Aku datang sini saja saja je nak tengok korang.yelah,mana tahu ada mana mana lelaki yang berani ceroboh bilik ni kan?"

Azad terpaksa reka alasan yang tidak munasabah langsung.Huh!!Nak tengok Jenna tu cakap jelah.

"Aku rasa tekaan kau tu betul sebab memang ada lelaki yang dah masuk bilik ni.Ko..."

"Korang la!!"Tempik Karen.

Dan sekali lagi bibir Karen ditampar lembut oleh Brent.Hailah,pompuan ni tak menyampuk memang tak sah.

Dan mana perginya Joep dan juga Nick sekarang?ni tak lain tak bukan mesti usha anak dara orang tidur kan?heish,perangai beruk sungguh.

Azad hanya menjeling karen yang berada disebelah Jenna.Bahaya kalau lama lama duduk kat sini.Esok ada jugak yang meracau cari lidah.

"Mr.Zein Azad,Did you see pintu dekat depan sana?"Tanya Jenna.

Azad hanya mengangguk.

"And you Mr.Brenthon Daniel?"tanya Jenna lagi.

Brent juga mengannguk.

"Then,dipersilakan heret dua orang kawan awak yang ada dalam bilik kitaorang ni pergi dan jangan muncul muncul dekat sini lagi!"

Kecut perut Brent melihat wajah Jenna seperti ahli sihir yang sedang murka.Eh murka?

Azad hanya mengangguk sekali lagi.Kena halau nampak?tapi takpa,dah tengok wajah Jenna pun buat dia senang hati.

"Okay Miss Jenna,I will"

Sebelum itu dia masuk ke dalam bilik dan mengheret dua orang jantan yang masih tidak puas menilik muka gadis gadis.

"Agak la Azad,Tak puas lagi kot aku nak usha dia"Rungut Nick.Dapat usha Muka Meika sekejap pun jadilah.Begitu juga dengan joep.

Namun langkah dia tetap mengikuti Azad pergi kearah pintu.Diikuti juga dengan Brent.

"Okay Jenna,See you tomorrow.Jangan kasi sesiapa masuk dalam ni terutama 'Lucas',Faham?"

Azad dan yang lain sudah keluar dari bilik mereka.

Jenna yang baru teringat akan sesuatu terus memekik memanggil nama Syaiton durjana yang jahat sealam itu.

"AZAD!!"

Namun Azad dan yang lain hanya memekakkan telinganya.

Jenna mendengus.Sengaja ke apa setan?!

Sekarang siapa yang nak tolong bukakan tali ni?Karen?Dia pun sama sama jadi lembu dengan aku.Dan jangan harap Meika dan Karen mahu bangun dari lena semata mata ingin membuka ikatan ini.Tidur mati gila!!

"Jenn,nak bukak camna ni?"Tanya Karen.benda tajam semua ada dekat almari paling atas..nak ambil macam mana?Pisau dapur pun dorang sorok dekat atas.tak guna betul!!

"Tunggu jelah esok.Gerak dua orang tu bukannya diorang bangun pun"

Karen mengeluh.Tak pasal pasal dia kena tidur dalam keadaan tangan yang terikat.macam tebusan pun ada gayanya.

Tunggu jelah esok.Sekor sekor aku bunuh!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience