Bab 9

Fantasy Series 3040

Kaca mata hitam dibetulkan. T-Shirt lengan pendek berwarna putih sudah tersarung elok di tubuhnya. Dia tidak sempat mahu memakai lens berwarna hitam dek kerana Mr.X dengan tiba tiba mengubah jadual permainan ini menjadi siang dan bukannya malam.

Semua sudah berkumpul di depan hutan. Hanya dia sahaja yang masih belum pergi.Dia langsung tidak membawa sebarang peralatan untuk membela diri kerana dia sangat yakin yang dia akan lepas dalam permainan ini.Sangat yakin...

Kasut disarung ke kaki lalu rambut diikat gaya messy bun.Jenna keluar dari bilik dan terus mengunci pintu.Dia terus pergi ke tempat tujuan dimana suatu permainan bodoh akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
*********************

"Dalam tengah hutan nanti akan ada satu khemah yang dimana aku dah pacak bendera kecik warna hitam kat sana. kalau kamu dah dapat bendera tu. Itu bermakna korang selamat dan boleh pulang balik ke sini dengan membawa bendera tersebut,okay?!"Suara garau Mr.X membuatkan kepala mereka terangguk angguk mengiakan katanya.

Melihat mereka yang sudah memahami peraturan permainan itu,Mr.X terus memulakan permainan itu.

"Okay,kita akan mulakan dalam kiraan,3....2....1....dan..."

Bang!!

Semua pelajar perempuan sudah mula berlari ke arah hutan tatkala mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan oleh Mr.X ke udara.Pelajar lelaki masih lagi berada di depan hutan memberikan sedikit peluang untuk pelajar perempuan berlari sejauh yang boleh kerana mereka semestinya lebih laju dari pelajar perempuan.

"Kamu yang lelaki ni dah boleh pergi..."Belum sempat Mr.X menghabiskan ayatnya,Semua pelajar lelaki sudah hilang dari pandangan matanya.Aik,laju pula dorang hari ini.Sebelum ni kalau ada aktivi atau latihan yang lain bukan main lesu lagi...Gatal punya anak murid!!
*****************

Laju langkah mereka berlari mencari sebuah khemah yang dikatan Mr.X sebentar tadi.Mereka semua masih lagi bersama dalam kumpulan yang besar.Mereka semua berehat di bawah pokok besar tatkala mereka sudah kepenatan.Mereka sudah berada ditengah tengah hutan.

Tiba tiba mereka semua mendengar suara yang agak riuh menghala ke sini.Jenna yang baru sahaja menyandarkan badannya ke pokok terus tegak bagai tiang lampu.

"Guys,Hurry up!! Boys dah datang!!"

Mendengar sahaja suara lantang Kenzie,Semua pelajar perempuan menjadi panic. Keletihan yang dialami tidak sesekali mereka hiraukan.Mereka terus berpecah belah mengikut haluan masing masing.ada yang sudah memanjat pokok kerana sudah tahu bahawa larian mereka tidak sehebat pelajar lelaki.

Sudah ada beberapa pelajar perempuan yang terpekik terlolong kerana sudah ditangkap oleh pelajar lelaki.Ada yang berebut rebut sehingga pening Jenna melihatnya.Lariannya diteruskan tanpa menoleh kebelakang. Kenzie,Karen,Asuna,Meika dan juga Eva sudah meninggalkannya semasa bayangan pelajar lelaki kelihatan lagi.Hampeh betul...

Kini dia hanya berseorangan.Bunyi ranting kayu yang seolah olah dipijak oleh seseorang menyentakkannya.Liur ditelan.Jenna Mempercepatkan lariannya.Dan akhirnya....

Dia dapat melihat bayangan khemah yang sudah tidak jauh darinya.senyum diukir sebelum dia meneruskan lariannya.

Senyuman itu tiba tiba sahaja hilang berserta dengan kerutan dahi apabila terasa ada satu tangan yang diletakkan dipinggang rampingnya.

Jenna berpusing mahu melihat siapa yang telah memeluknya.

Alangkah terkejutnya dia melihat siapa gerangan yang sudah dapat 'tangkap' dirinya.

"Leo?"

Jenna cuak apabila dia sudah ditangkap oleh Leo.Lelaki yang obses dengan dirinya dari hari pertama mereka semua masuk ke Isaac lagi.Bukan dia tidak tahu bahawa lelaki ini sudah kerap sekali ponteng latihan dan aktiviti semata mata mahu melihatnya.Lelaki ini juga pernah menghendap masuk ke dalam dorm mereka.I mean,Hampir.Kerana Jenna sempat melihatnya memanjat pagar dorm mereka walhal pagar disitu sangat tinggi bahkan susah untuk dipanjat.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu?Sekarang sayang dah jadi milik abang.So,apa kata ikut abang?" Leo sudah tersenyum seram
seraya menarik badan Jenna untuk mengikutinya.

Tapi siapa yang mahu mengikutinya.Jenna menumbuk perut Leo sebelum dia mahu mengambil bendera yang terpacak di depan khemah tersebut.

Rambut Jenna yang diikat ala messy bun telah terlepas apabila Leo menarik rambutnya dengan kuat sehingga membuat Jenna mengerang kesakitan.

"Eee bodoh! Si*l la kau ni!"Tempik Jenna.Kaca matanya sudah jatuh entah kemana perginya.

Baru sahaja Tangan kekar Leo ingin menarik Jenna.Terasa ada satu tendangan yang telah membuatkannya jatuh tersungkur ke tanah.

Leo mengetap gigi menahan marah.

"Sorry Leo, Mr.X tak cakap yang kita tak boleh nak merampas.So dia ni, aku punya."

"Azad?Apa si*l kau tetiba nak menyibuk hal aku.Jenna,aku yang tangkap dulu.Kau..."Belum sempat Leo mahu menghabiskan ayatnya, satu tendangan diberikan kepada wajahnya.Siapa lagi kalau bukan Jenna.

"Thanks"Ucap Jenna sebelum beredar.

Kakinya baru sahaja mahu melangkah pergi.Dia dapat rasa ada tangan yang menarik lengan baju t-shirt putihnya.

"Nak pergi mana?Ingat hati aku murni sangat ke apa? dah,kau kena terima kenyataan bahawa kau dah kalah dengan aku."Kata Azad dengan selamba.

Tali dikeluarkan melalui poketnya seluarnya.

Berkerut dahi Jenna melihat tali sebesar dua ibu jarinya dipegang oleh Azad.Pebenda sia kau nak buat dengan tali tu.Nak ikat aku macam lembu ke apa?

Jenna berkira kira mahu lari dari Azad.Tetapi hasratnya terpadam apabila tali itu sudah mula terikat di pergelangan tangannya.

Jenna cuba untuk membuka ikatan tali itu namun diketawai oleh Azad.Dia hanya mampu pasrah sahaja ketika ini.

'Ketat siot dia ikat'

"Hahaha!!Kau fikir boleh bukak ke?"Azad Ketawa melihat Jenna yang berusaha melepaskan ikatan itu.Dia hanya membiarkan Jenna berbuat demikian manakala dia meletakkan tubuh Leo ke dalam khemah kerana pengsan akibat tendangan Jenna dimukanya.'Kuat nak mampos pompuan ni tendang.'
'Gelak tu tak payah la nak gagah sangat'bisik hati Jenna.

"Lepaslah"

Azad berpaling.

"Aik, Aku dengar yang kau ni boleh tahan kuat.Hati kental.Takkanlah setakat tali ni pun kau tak boleh nak bukak?" Provok Azad.

Jenna hanya diam.Tak larat dah bodoh. Fikir berlari nak cari khemah ni senang ke hah?Tengah tengah hutan pulak tu.memang habis la tenaga Jenna duk berlari dari tadi.

"Sukahatilah"

Azad memundukkan sedikit kepalanya bagi menyamai ketinggian Jenna.Tetapi sedikit sahajalah.Jenna ni pun bukannya pendek sangat.

Azad tersenyum sinis sebelum terpegun apabila Jenna memandangnya.

Mata dia....

Subhanallah

Tidak terkelip mata Azad melihat warna mata yang dimiliki oleh Jenna.Sebelah berwarna biru manakala sebelah lagi berwarna hijau.Macam mana dia boleh tidak perasan tadi?

Jenna buat rolling eyes.Dah asal.mamat ni tengok dia macamni?Jenna membesarkan matanya tatkala dia teringat akan kaca mata hitamnya.Oh my!Patutla...

Jenna menutup matanya menggunakan kedua dua belah tangannya yang diikat.Azad mengeluh kerana tidak dapat melihat mata yang indah itu lebih lama lagi.

Tanpa berlengah,Azad terus menarik kedua belah tangan Jenna mengikut langkahnya.

Badan Jenna yang sengaja dikeraskan membuatkan Azad geram.Kau liat sangat kan?kau tunggu apa yang aku nak buat....

Azad terus sahaja mendukung Jenna dengan selamba.

"Now, you are mine"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience