Bab 2

Fantasy Series 3040

Matanya meliar ke sekeliling rumah agam yang terletak di tengah tengah bandar. Dia menyusup masuk ke dalam rumah melalui balkoni. Masker hitam yang dipakainya dibetulkan.

'Uish, terangnya rumah dia. kalau macamni memang cepat kantoi lah aku nanti!'

Kepalanya dibengkokkan sedikit bagi memudahkan lagi kerjanya untuk mengintai.Senyumannya sedikit lebar tatkala melihat lelaki berusia sekitar 40-an itu berjalan menuju ke ruang tengah rumah. Hello, my new target!

Dia meluru laju ke arah lelaki tua itu dan segera menutup kedua belah mata menggunakan sebelah tangan. Manakala sebelah tangannya lagi mengunci pergerakan lelaki tua itu.

"Apa ni?!Lepaskan aku!"meronta ronta David tiano mahu dirinya dilepaskan.

"Kau diam! Kalau kau bergerak lagi aku tembak kepala kau sekarang!"Ugut jenna. Pistol ditangannya ditekap di kepala David Tiano. Menggigil ketakutan terus Lelaki tua itu kerana sangat takut. Jenna dapat rasakan betapa sejuknya tangan yang ia pegangi sekarang. Terbit rasa kasihan Jenna kepada David.

"Kau kena tinggalkan negara ni sekarang.kalau tidak, nyawa kau akan melayang ditangan orang lain."Bisik Jenna rapat ditelinganya. perlahan lahan dia melepaskan tangannya daripada terus mencengkam. Wajah pucat lelaki itu membuatkan hatinya pilu. Dia rindukan ayahnya. Muka lelaki ini amat serupa dengan ayahnya.

Terangguk angguk kepala David Tiano. Dia berundur ke belakang sedikit. perlahan lahan tanggannya mengabil pisau dapur di atas meja lalu dihalakan kearahnya.

Membulat mata Jenna melihat keberanian David Tiano yang terketar ketar menghalakan pisau dapur kepadanya saat ini.

"K.. kau jangan datang dekat!"Kata David.

Jenna yang tidak mengendahkan kata kata David segera meluru ke arahnya.kau nak main main dengan aku ya? kau tunggu! Jenna maju, manakala David undur. Semakin terselah muka ketakutan lelaki tua itu tatkala Jenna mendekatinya. Dia sudah terkepung. di belakannya hanya dinding dan di kedua belah sisinya pula adalah almari lama.

Jenna mengecilkan matanya sambil memandang wajah David. "why...?kau takut dengan aku?aku datang nak selamatkan kau tahu tak? so, aku rasa kau dah boleh letak pisau tu sekarang." Kata Jenna dekat dengan telinga David

"Ni pula tiket untuk kau fly nanti. Make sure kau dah naik flight sebelum pukul 10 malam!"Jenna meletakkan tiket penerbangan di atas bahu lelaki itu.

"S.. se.. selamatkan aku?Kenapa pula? setahu aku, aku tak buat apa apapun."

'heish orang tua ni. dia tak tahu ke ada orang tak suka dia hidup. dah la banyak tanya! aku suruh pergi tu pergi jela! kang aku bunuh kau macam mana Mr.X suruh kang baru kau tahu.'Jenna menghela nafas.

"Mr, kau kenal siapa Carlos Isaac Shah?"soal Jenna.

"Isaac?He's... my cousin"Jawab David. kenapa dengan icas? dia nak bunuh aku ke? Takkan la salah faham lama tu dia nak nyawa aku.Atau dia memang nak aku mati dari dulu lagi? berbagai macam andaian David kepada Isaac.

"Your cousin? but why? kenapa dia suruh aku bunuh kau?kenapa dia suruh aku lenyapkan kau dari dunia ni?"

Membulat mata David Tiano. Jadi betul la andainnya sebentar tadi. Dan orang yang bunuh anak anak aku tu Icas? David Tiano melorot jatuh ke bawah.Dia terus teringatkan akan arwah anaknya yang sudah tiada. Dennys, Deren, Talia...Maafkan Daddy! Maafkan daddy sayang!! Sebab daddy kamu bertiga mati.

"Ermm, Can i know why dia nak bunuh kau?"Soal Jenna seraya duduk bertinggung di hadapan David Tiano. Keadaan menjadi jeda seketika.

David Tiano menunduk..Dia berdehem sebelum menceritakan hal sebenar kepada wanita di hadapannya ini.

"Mungkin dia masih lagi berdendam sebab salah faham dahulu.Dia fikir aku yang bunuh mak bapak dia sebab aku orang pertama yang jumpa mayat orang tua Isaac di belakang ladang arwah atuk kami. Masa tu muka arwah penuh dengan calar. Kalau sekali tengok memang dah takda rupa macam manusia.Isaac marah sangat masa tu and bawak kapak nak bunuh aku. mujur ada pegawai polis yang bertugas untuk menyiasat datang tolong. Isaac dah takda tempat untuk bergantung harap. Ibu dengan ayah aku pun jaga dia."David menarik nafas dalam dalam.

"Setiap hari ada saja cubaan membunuh. Masa tu Isaac dah berubah menjadi psyco. Setiap malam dia dia bawa kapak dan hancurkan pintu bilik aku. Ibu dengan ayah aku risau dengan keselamatan aku dan hantar aku ke asrama."

Tiba tiba Jenna dapat mendengar suara esakan kecil daripada David. Dia melihat muka David yang merah padam. sesekali air hidung disedut oleh David. "Come on David, Apa yang jadi lepastu?" Soal Jenna ingin tahu.

"Ma... masa aku balik dari asrama, aku tengok arwah ibu ayah aku dah tak bernyawa. Keadaan mayat juga sama persis seperti mana mak bapak dia dibunuh . muka ibu dengan ayah aku hancur!"Meleleh terus air mata tua itu.

Jenna tidak terkejut dengan kenyataan tersebut kerana dia tahu betapa kejamnya Isaac atau Mr.X. Rasa kasihannya kepada David semakin membuak buak.Baru saja Jenna ingin bertanyakan sesuatu tetapi diganggu oleh satu suara.

"Abang,saya dah balik!Tadi dekat traffic light ada kemalangan la abang.Takut saya!"

Tiba tiba sahaja kedengaran suara isteri David yang baru pulang di ruang tamu bawah.Jenna segera menoleh dan menatap wajah David Tiano."Dengar sini,apa pun yang terjadi,jangan balik Malaysia kalau kau nak hidup lama.Faham?"

David mengangguk kecil. sisa air matanya disapu perlahan. Terbit rasa malu terhadap wanita dihadapannya kerana tangisannya tadi. "Terima kasih"

Jenna segera pergi kearah bilik dan keluar dari rumah agam itu menggunakan balkoni yang sama.

Setelah memastikan bahawa wanita itu sudah pergi,David segera menuruni anak tangga dengan laju dan mendapatkan isterinya. "Kemas baju awak, kita pindah. Call anak anak suruh dia pindah juga. Bawak anak bini mereka sekali."Arah David Tiano kepada isterinya.

"Kenapa ni abang? awak nampak je. Awak baru lepas menangis ke? kenapa hidung awak merah?"soal isterinya.

"Tina, kita kena pergi dari negara ni sekarang! kita dah kesuntukan masa.tolong kemas baju sekarang! saya akan call anak anak. kita fly malam ni juga!"

"Tapi abang, apa yang sebenarnya...."Belum sempat isterinya menghabiskan soalan, David segera memotong.

"Tina! please! saya sayangkan awak! saya sayangkan anak dan cucu saya! jadi tolong dengar cakap saya. buat masa sekarang ni saya tak boleh cerita lagi."Kata David Tiano.

"B.. baiklah, saya pergi kemas sekarang"

David Tiano mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi anak anaknya melalui aplikasi whatssap.

"Hello, Daniel, Tania and Teixeira...."

S/N:Sorry sebab aku tak pandai sangat buat cerita macam ni tapi aku nak buat jugak. Kalau ada typo ke apa abaikan sebab aku malas nak check satu satu...hahahha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience