Bab 1

Fantasy Series 3040

Aku sarankan korang baca ni sambil dengar lagu yang sesuai dengan cita guna earhp kalau nak rasa gempak. Dengar lagu Nf kee hahahaha... kalau rasa cadangan aku ni x bagus, x yah ikut la ye :) peace cikit.... enjoy membaca ya!!
........

Tangannya ligat menumbuk punching bag yang tergantung. Rasa geram dan sebal dilepaskan semahu mahunya. kakinya menendang dengan sekuat hati bagai mahu menunjukkan perasaannya pada ketika ini.

"HAARGHHH!!"Dia berteriak bagai dirasuk. Rasa tertekan yang dihadapinya saat ini tiada siapa yang tahu. Air matanya yang hampir menitik segera diseka. Terjejut beruk semua yang ada di dalam gym mendengar dia berteriak keras seperti itu. Tak lama kemudian, seseorang datang mendekatinya.

"Jenna, stop it! sampai bila kau nak ada dekat gym ni? tak habis lagi dengan marah kau? stop please. Masa dah tak boleh diundur Jen.kalau kau baru rasa menyesal sekarang dah takda gunanya.Kau kena terima takdir !Kitaorang pun kena benda sama jugak!so please Jen, please!!"

Jenna berhenti menumbuk punching bag. habis berpeluh satu badannya akibat melepaskan geram berjam jam disitu. Rambut ikal panjangnya dikusutkan menggunakan sebelah tangan. Mata dan mukanya merah menahan marah yang sudah membuak buak bak lava gunung berapi.

"Kenapa aku yang dipilih?kenapa aku?!"Soal Jenna. Dia tidak tahu mengapa dia dipaksa untuk menyelesaikan misi yang tak masuk akal. botol minuman yang terletak di belakang topi hitam berhampiran dengan begnya diambil lantas diminum. Gayanya sudah tidak seperti perempuan tulen.

"Lagi satu, apa kau cakap tadi? benda yang sama? hey setakat pergi rumah mansa lepastu ambil barang yang setan tu suruh kau ambil kau kata sama? Aku kena Bunuh orang la! kau dengar tak?!kalau aku tak bunuh nanti family aku yang jadi mangsanya..."Rintihnya. Bibirnya terketar ketar saat ini. Sangat berat hatinya mahu menamatkan riwayat seseorang biarpun bukan orang yang dikenalinya olehnya.

Terdiam Meika dibuatnya. Benar kata kata sahabatnya sebentar tadi.Kalau dibandingkan, misi Jenna lagi teruk dari mereka semua.Sejahat jahat jenna, mana mungkin orang sepertinya mahu mengotorkan tangan demi seorang yang penuh dengan benci bukan?

"So, apa kau nak buat sekarang ni?kau nak bunuh dia or what?Kau tahu kan, nak tak nak kau kena buat jugak benda tu."Soal Meika. Dia membulatkan matanya sedikit menunggu jawapan dari Jenna.

"Aku takkan buat"

Makin membulat mata Meika mendengar jawapan Jenna. "Kau serius?! tapi family kau...."

"You know it Meika, mak bapak aku dah tinggalkan aku dari dulu. diaorang hidup dengan haluan masing masing. aku? Masa 1 tahun dah kena tinggal dengan bapak. And then masa umur aku 10 tahun mak aku pula tinggal aku pergi ikut jantan lain. Kau rasa dia nak bunuh sapa?Dia kenal ke family aku? sibling aku pun aku tak tahu ada berapa orang..."Terang Jenna panjang lebar.

"Mak angkat kau?walaupun dia bukan darah daging kau tapi dia still boleh jadi mangsa tahu?"

Jenna menunduk memikirkan sesuatu. Hoodie yang menutup bahagian kepalanya ditarik ke belakang.
"Aku tahu apa yang aku perlu buat"

"Hah?kau nak buat apa? kau jangan macam macam Jen! Kalau 'Dia' tahu ni masak kau nanti!"Kata Meika.Setan yang dipanggil Jenna tadi adalah lsaac atau dikenali sebagai Mr.X di tempat mereka. Isaac Kampus. Nama saja high school tapi usia mereka telah menginjak ke 20-an . Mereka juga telah terjebak di Isaac selama 7 tahun. Isaac juga merupakan tempat yang menerapkan latihan yang tidak ubah seperti millitiary bahkan lebih teruk daripada itu.

"Aku tak kisah apa yang dia nak buat dekat aku lepasni. Apa yang aku tahu, aku kena selamatkan nyawa yang tidak bersalah."Jawab Jenna. Dia tidak tahu kenapa ketua mereka sangat benci akan keluarga David Tiano. Hampir kesemua ahli keluarganya dibunuh dengan kejam oleh ketua mereka.

Sesiapa sahaja yang berani ingkar perintahnya akan direjam dan akan dikurung di penjara bawah tanah. Ada juga yang dipaksa untuk makan muntah sendiri. Sudah ramai juga yang telah mengakhiri hidupnya kerana tidak tahan akan penyiksaan yang diterima secara berterusan.

"Malam ni aku akan selesaikan misi aku. Aku nak kau simpan rahsia. Aku akan suruh dia tinggalkan negara ni secepat mungkin."

"Okay.But Jenna...Behave, Kalau Mr.X tahu, dia akan mengamuk dan banyak yang akan terkorban nanti termasuk kau"

Jenna mengangguk tanda faham. Rambutnya ikalnya diikat kemas dan menutup kepalanya menggunakan hood.Botol minuman digenggam kemas.Misinya malam ini harus berjaya.

jenna william. seorang pelajar isaac

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience