Bab 7

Fantasy Series 3040

Kakinya melangkah laju kearah sekumpulan lelaki yang merupakan classmatenya.Nafas diambil seketika. Apron yang dipakainya dilepaskan. Tidak sedar pula dia yang apron masih terikat elok dipinggangnya.

"Choi!! Ada awek datang la!"Kata Lucas dalam nada terujanya. Yang lain sudah memalingkan wajahnya kearah gadis yang serupa tidak cukup oksigen itu.

"Kenapa?"Tanya Nick.

"T... tolong!!"Kata Asuna yang dadanya masih lagi turun naik mengambil bekalan oksigen.

"Why?"Serentak mereka berlima bertanya.

"Jen.. jenna, Shark..."

"Siapa dorang tu? kenapa datang dekat kitaorang?"Tanya Lucas.

"Ish kau ni luc! Bukan ka Jenna tu classmate kita yang beku dan takda mode senyum tu?Tapi Shark tu siapa?"Joep memandang Asuna.

"Shark tu musuh Jenna. Saya rasa Jenna nak pergi selamatkan adik dia.Tapi saya risau sangat dengan Jenna sebab Shark tu bukan calang calang orang.Saya nak mintak tolong. Saya nak mintak tolong awak ikut dia. Saya tak nak apa apa terjadi dekat dia. Please."Rayu Asuna.

Terus tegak badan Azad tatkala mendengar perkataan 'Beku'. 'Jadi nama dia Jenna?'

"Dekat mana dia sekarang?"

keempat empat sahabatnya memandangnya.

"Kau nak pergi ke bro?"Tanya Brent.

"Classmate kita mintak tolong. Takkan kita nak 'kacang' pulak.So, Jenna dah pergi jauh ke sekarang?"Azad mencapai kunci bike kesayangannya.

"No, dia baru saja nak pergi dengan dia punya bike.Saya rasa dia dah nak pergi kot"Kata Asuna. Dia lega kerana ada orang yang sudi membantu.

"ok"

Azad lantas pergi dan meninggalkan sahabatnya yang terkebil kebil.

"Kau sure ke Kawan kau tu pergi jumpa musuh dia. apa nama dia tadi? Shrek?Sukahatilah.."Tanya Lucas.

"Of coures saya sure. Tapi takpa kalau dia jumpa pun. Kawan saya tu kuat. So takda apa yang nak dibimbangkan."Kata Asuna.

"Hah?!! Habis yang kau mintak tolong macam kawan kau nak kena bunuh tadi tu apehal?"Lucas membulatkan matanya.

"Langkah berjaga jaga."

Mulut mereka berempat sudah ternganga.Langkah berjaga jaga? kebende siak dia ni? ni dah masuk kes nak mempergunakan lelaki ni!

"T.. tapi jangan salah faham.Saya sebernanya betul betul risau kalau jadi apa apa dekat kawan saya tu."Terang Asuna apabila lelaki lelaki ini memberikan pandangan yang agak tajam. Alahai lutut. Kau kuatlah sikit.

"erk.. okay, saya balik dulu ya.Tidak sempat asuna mahu melangkah pergi. Terdengar satu suara yang memanggilnya. Dia memalingkan wajahnya. Sesosok tubuh lelaki telah berdiri dihadapannya.

"Kau datang naik apa?Setahu aku cafe dengan dorm kau jauh."Kata lucas. Wajah terkejut Asuna dipandang. 'heh, dekat sangat ke jarak aku dengan dia?'

"J.. ja.. jalan kaki"Kata Asuna tergagap gagap. Mana lah dia sempat nak naik apa apa kalau dah gelabah tahap gaban masa ternampak pistol Jenna tadi. Nasib dia merupakan atlet lumba lari sewaktu dahulu. Jadi tak pelik kan?

"Aku hantar kau"Lucas lantas menarik tangan Asuna untuk mengikutinya pergi kearah kereta miliknya.

"Wooo Luc, sejak bila kau jadi gentleman ni?Tak sangka aku"Kata Nick dalam nada sindiran.Lucas? Gentleman? hahaha!! Sejak bila?

"Diam ah kau!"

Gelak ketawa sahabatnya tidak dihiraukan. Dia sambung menarik tangan Asuna yang sudah merah wajahnya.

Kini hanya tinggal Nick,Brent dan Joep sahaja sekarang.Hampeh punya kawan!

..........

Bang!! Bang!!

Melopong mulutnya tidak percaya apa yang dilihat. Tidak sangka perempuan juga mempunyai kehandalan seperti itu dalam menembak.Nampaknya dia sudah ada saingan yang tidak kurang hebat sepertinya.

Badannya diseimbangkan supaya tidak jatuh dari pagar rumah yang tingginya minta ampun.Dia melihat aksi itu melalui tingkat besar yang jelas memaparkan situasi di dalam rumah ketika ini.

Function aku dekat sini apa?Jadi tunggul? Pompuan tadi punya pasal la ni.Aku ingatkan kawan dia ni dah nyawa nyawa ikan. Ceh!

Tetapi makin lama makin asyik pula dia menonton 'Tanyangan aksi' tembak menembak dengan free.

Azad tergelak apabila melihat Jenna yang berusaha menarik almari lama supaya dirinya dapat membuka pintu basement. Tetapi gelakkannya itu berakhir apabila melihat Shark yang ingin bangun dan mencapai pistolnya.

Bang!!

Satu das tembakan dilepaskan di betis Shark. Shark kembali rebah.

Selepas memastikan Sharks betul betul sudah pengsan,Azad dapat melihat dua sosok manusia yang keluar dari basment.Dia Melihat Jenna sedang memapah seorang lelaki yang sama tinggi dengan tubuh Jenna. Tidak dinafikan lagi bahawa Jenna mempunyai tubuh yang tinggi. Sekilas pandang dia fikir bahawa tinggi Jenna adalah 175 cm. Nasib tubuh badannya lebih tinggi dari Jenna iaitu 187 cm. Jika tidak, memalukan kaum je.

'Mungkin itu adik dia yang perempuan tadi cakap' Gumam Azad.Hoodie yang dipakai ditarik menutupi rambut hitam pekatnya.

Dia berlalu menaiki bikenya apabila Jenna sudah selamat membawa adiknya pergi dari tempat ini.
...........

S/N: Hey...asal aku rasa novel ni hambar sangat ii?lagi ii chapter ni?Huhuhuhu..Iya Maap rds...:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience