Setelah dia yakin yang dia sudah dapat memenangi hati Nurin Natasya, dia merancang untuk pergi ke step yang seterusnya. Hanya enam bulan dia mengambil masa untuk merapatkan hubungan dengan anaknya. Dalam masa itu dia telah membuat test DNA untuk mengesahkan bahawa Nurin Natasya anaknya dengan Zariz Fattah hasil daripada rogol. Selepas makan malam dia meminta diri untuk masuk ke bilik.
Ketika dia berada di sofa, Zariz Fattah baru masuk ke dalam bilik. Sejak kelmarin dia merancang untuk memberitahu perkara sebenar kerana dia merasakan itulah masa yang paling sesuai untuk membongkarkan segala rahsia yang terpendam bertahun-tahun. Api kemarahan untuk membalas dendam semakin memuncak. Haba dalam dadanya semakin mencapai darjah celcius yang paling tinggi.
“Aku nak ucap tahniah dan terima kasih.”
Ucap Liza sambil memandang tajam suaminya. Zariz Fattah yang baru keluar dari bilik air terkejut apabila perkataan tahniah dan terima kasih keluar dari bibir isterinya. Dengan kerutan di dahi, dia bertanya maksud di sebalik ucapan itu.
“Untuk apa?”
“Sebab kau sanggup menjaga Nurin. Aku tengok kau sayang Nurin macam kau sayang anak sendiri.”
Sinis sahaja dia berkata begitu. Zariz Fattah tergelak kecil. Ingatkan untuk apa.
“Ohh… sayang tak perlu ucap tahniah ataupun terima kasih. Memang dah tanggungjawab abang untuk menjaga dia dan menyayangi dia sebab dia anak abang. Dari kecil dia tinggal bersama dengan keluarga abang. Walaupun dia cuma anak angkat, abang dah anggap dia macam anak abang sendiri. So, sayang tak perlu nak ucap terima kasih tapi abang yang perlu ucap terima kasih pada sayang.”
Terang Zariz Fattah sambil mendekati liza. Seperti biasa liza mengelak darinya.
“Terima kasih?”
Liza pula mengerutkan dahi sambil bangun dari sofa. Surat di tangannya di sorok ke belakang. Dia akan bertarik tali dulu dengan Zariz Fattah dan dia akan menyerahkan pada Zariz Fattah sekejap lagi. Zariz Fattah pula mengambil alih tempat di sofa.
“Iyelah… sebab dapat terima Tasya dalam hidup Liz. Abang tengok Liz pun menyayangi Tasya macam anak Liz sendiri. Abang suka sangat tengok Liz menyayangi Tasya. Dapatlah juga Tasya kasih sayang seorang ibu walaupun dia tidak tahu siapa ibu bapa kandungnya.”
Zariz Fattah melepaskan keluhan gembira. Liza pula tersenyum sinis. Setelah mengambil sedikit kekuatan, dia bersedia untuk mendedahkan rahsia yang sekian lama tersimpan.
“Tak perlulah nak ucap terima kasih. Dah selayaknya aku menyayangi dia sebab… dia anak kandung aku.”
Sebaik perkataan anak kandung mencecah gegendang telinganya, dia memandang Liza dengah wajah yang terkejut.
“Maksud Liz? Tasya anak kandung Liz?”
Zariz Fattah kini juga sudah berdiri berhadapan dengan Liza. Memandang tajam mata Liza mengharapkan penjelasan daripada Liza. Apa maksud di sebalik kata-kata itu.
“Ya… Nurin Natasya tu anak aku. Kalau kau nak tahu itulah anak hasil kau merogol aku dulu. Pasti kau tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya.”
Zariz Fattah mengeleng.
Tidak! Dia tidak percaya yang Nurin Natasya tu anak dia. Darah daging dia. Tidak… Aku tak percaya.
“Abang tak percaya.”
Liza tergelak sinis.
Gelakan dia menunjukkan dia sudah hampir berjaya tapi itu baru sikit. Selepas ini dia akan membuatkan Zariz Fattah menderita sebagaimana Zariz Fattah membuatnya menderita sepanjang hidupnya.
“Terserah pada kau nak percaya atau tidak. Ini buktinya.”
Liza mengunjukkan hasil test DNA yang dipegangnya dan Zariz Fattah pantas menyambar surat itu.
“Kau bukak dan kau tengok hasilnya. Kalau kau tak percaya lagi, aku tak boleh buat apa-apa sebab itu memang hakikatnya.”
Zariz Fattah pantas membuka surat itu dan dia terduduk. Dia tidak menyangka Tasya yang dia sayang selama ini, rupanya anak kandung dia. Anak hasil daripada dia merogol Liza tujuh tahun lalu. Patutlah anak itu memang ada irasnya dan juga iras Liza. Ternyata memang Tasya anak kandung dia. Ya Allah! Apakah ini balasanmu kerana aku telah merosakkan kesucian seorang gadis yang baik.
Liza kembali ke katil. Dia menarik nafas dalam dan menghembusnya. Perasaan lega terbit dari bibirnya. Akhirnya, dapat juga dia melepaskan rasa sakit hatinya. Dia memandang Zariz Fattah yang masih terduduk. Dia tidak menghiraukan apa perasaan Zariz Fattah setelah mengetahui hakikat sebenar siapa Nurin Natasya itu sebenarnya. Yang dia tahu dia telah berjaya membuatkan Zariz Fattah lebih rasa bersalah.
“Aku nak bercerai dengan kau dan aku akan bawa Nurin pergi daripada sini. Aku beri kau masa selama sebulan. Kalau kau masih belum membuat keputusan, aku tak teragak-agak untuk membuat laporan polis.”
Zariz Fattah memandang Liza yang sudah keluar daripada bilik. Dia tidak menyangka Liza akan bertindak begitu. Dia sedar Liza sekarang tidak seperti Liza yang dia kenal dulu. Liza sekarang lebih suka berdendam. Penyebab Liza berdendam adalah dia. Dialah penyebabnya.
“Ya Allah, ampuni aku Ya Allah.”
Air matanya menitik. Sekian kalinya air matanya tumpah menyembah bumi.
Share this novel