BAB 9

Romance Completed 19482

Sebulan telah berlalu. Maka sahlah dia menjadi janda dalam usia muda setelah Zariz Fattah menjatuhkan talak satu pagi tadi dalam mahkamah. Tapi dia tidak kisah yang penting sekarang Nurin Natasya ada dalam genggamannya. Itu sudah membuatkan dia gembira. Title janda ditolak ke tepi. Yang penting sekali, dia sudah berjaya membalas dendam pada Zariz Fattah. Lelaki yang merosakkan hidupnya bertahun-tahun.

Sejak dua minggu Nurin Natasya berada di rumahnya, anak itu seolah jauh daripadanya. Bercakap dengan dia pun anak itu sudah tidak sudi apalagi bersembang seperti dulu. Nurin Natasya hanya menangis dan menangis saban malam. Dalam tidur pun anak itu sempat memanggil papanya. Hatinya sakit melihat keadaan itu tapi egonya yang kuat menghalang.

Teringat dia kejadian petang tadi. Nurin Natasya merayu-rayu padanya supaya membenarkan dia berjumpa dengan papanya.

“Mama, Tasya rindu papa. Tasya nak jumpa papa. Tasya rayu pada mama. Benarkan Tasya jumpa papa. Tasya nak jumpa papa…”

Air mata Nurin Natasya menitis di atas seluarnya. Dia mengesat air mata itu.

“Tasya sayang. Dengar sini. Mama nak Tasya tahu. Mama sayangkan Tasya. Tasya anak mama. Mama yang melahirkan Tasya. Mama tak boleh beritahu Tasya kenapa mama jauhkan diri Tasya dari papa. Bila Tasya dah besar nanti barulah Tasya mengerti kenapa mama jauhkan Tasya dari papa. Mama nak jaga Tasya. Mama nak jaga Tasya. Mama nak tebus balik kesalahan mama meninggalkan Tasya. Mama harap Tasya faham.”

Anak itu hanya mengeleng. Tidak mengerti apa yang diperkatakan Liza. Yang dia tahu dia rindu papa dia dan dia nak jumpa papa dia.

“Tasya pun sayang mama. Tasya pun sayang papa. Tapi Tasya nak jumpa papa. Tasya rindu papa…”

Liza memeluk anaknya erat. Dia mengosok-gosok tubuh anaknya bagi meredakan tangisan anak itu.

Ketika berada di beranda, dia merenung langit malam yang dipenuhi dengan bintang. Dia memegang dadanya. Dia gembira kerana telah berjaya membalas dendam tapi dalam masa yang sama hatinya sakit. Sakit sangat sehingga mencucuk-cucuk dadanya. Lebih-lebih lagi apabila melihat Nurin Natasya semakin jauh daripadanya. Dia sedih dengan keadaan itu.

“Papa… jangan tinggalkan Tasya. Tasya rindu papa…”

Liza berpaling ke arah anaknya yang terpejam mata stapi mulutnya berkata-kata. Dia mendapatkan anaknya. Dia mengucup dahi anak itu.

“Maafkan mama sayang…”

Seiring dengan katanya, air matanya menitis.

“Ya Allah ampunilah dosaku kerana aku cuba memisahkan anakku daripada papanya. Maafkan aku Ya Allah.”

Liza kembali ke beranda. Sekali lagi dia merenung langit malam. Mungkinkah Nurin Natasya akan bahagia bersama dengan papanya. Ikatan yang kuat antara anak dengan ayah. Apakah dia tega untuk memisahkan anak itu setelah bertahun-tahun dia tinggal dengan keluarga itu. Dia telah berjaya membalas dendam tapi apa yang dia dapat hanyalah kesakitan.

Dia mencapai telefonnya di meja solek dan mendail nombor Zariz Fattah.

“Petang esok aku nak jumpa kau. Kat mana nanti aku beritahu.”

Selepas bercakap seketika terus dia mematikan talian. Sekali lagi dia memandang anaknya yang lena tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience