Ketika melalui lorong gelap, tiba-tiba sahaja Zariz Fattah berhenti. Dalam hati semua doa dibacakannya agar mudah-mudahan dia selamat dan tidak dipengapakan. Tapi apakan daya syaitan durjana sememangnya suka mengacaubilau orang-orang apabila berduaan dengan lelaki yang bukan muhrim. Malam itu menjadi titik ngeri buatnya apabila dia dirogol dengan rakus oleh syaitan durjana bertopengkan manusia itu tanpa sedikit belas kasihan.
Dia pernah merayu pada Zariz Fattah, tapi lelaki itu tidak mendengar rayuannya. Sebagai seorang perempuan yang lemah, dia hanya mampu menangis apabila lelaki itu dengan rakusnya merobek satu-satunya mahkota seorang perempuan yang selayaknya hanya diberikan pada lelaki yang berhak iaitu suaminya. Apakan daya dia tidak mampu mempertahankan kesuciannya itu.
Setelah merobek kesuciannya, lelaki itu tiba-tiba meminta maaf. Maaf tidak akan pernah diberikan kerana kemaafan itu hanya layak untuk diberi pada sesuatu kesalahan yang kecil. Kalau berkaitan ini, minta ampun pun tidak mampu diberikan apatah lagi maaf.
Selepas itu, dia dihantar balik ke rumahnya. Memang dia selamat sampai tapi setelah selamat mahkotanya diragut. Sebelum dia keluar daripada kereta, Zariz Fattah sempat menggugutnya supaya tidak menceritakan hal ini pada orang lain hatta keluarganya sendiri. Kalau tidak Zariz Fattah akan memperkosanya lagi.
Kerana takut dengan ugutan itu, tidak pernah sekalipun dia menceritakan hal itu. Sebulan kemudian dia didapati hamil setelah menguji dengan test pregnancy. Ketika kandungannya masuk 2 bulan, dia mula mengikat perutnya untuk melindungi perutnya yang semakin hari semakin membesar. Pernah sekali Zana bertanya dia hanya mampu menjawab ‘sekarang ni aku kuat makan, itu yang tubuh aku makin berisi.’ Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.
Selepas kejadian itu, dia tiba-tiba berhenti daripada pusat tuisyen. Dia juga jarang mengulangkaji pelajaran di rumah Zana. Dia benci untuk berhadapan dengan Zariz Fattah. Itu sebab dia jarang berjumpa Zana walau Zana sering mengajaknya. Lagipun dia tidak mahu lelaki itu tahu yang dia sedang mengandungkan anak lelaki itu.
Setiap kali dia teringat kejadian itu, hatinya hiba. Sedih mengenangkan hidupnya yang telah musnah tanpa relanya. Demi anak dalam kandungannya, dia harus kuat. Dia tidak boleh lemah lagi. Saat kekuatannya datang, dia bertekad untuk membalas dendam suatu hari nanti.
Dia juga berjanji pada dirinya, dia takkan pernah sesekali memaafkan syaitan itu.
“Dendam aku pada kau takkan sesekali aku lupakan. Sampai mati pun aku tak kan maafkan kau syaitan!!!”
Dia bertempik sambil melemparkan botol air yang masih berbaki sedikit. Dia bertempikan sebagai luahan rasa sakit hatinya. Rasa bencinya. Tiba-tiba perutnya sakit. Apakah mungkin dia sudah ingin bersalin. Perutnya teramat sakit. Sangat-sangat sakit. Dia menyandar kemas di dinding. Dinding itu digunakan sebagai kekuatannya. Dia menarik nafas dan menghembuskan nafas beberapa kali bagi mengurangkan kesakitan.
Dia mengambil kain batik dalam beg bajunya. Kain batik itu digunakan untuk membalut anaknya nanti. Manakala kain kecil pula dimasukkan ke dalam mulutnya. Kain itu akan digunakan sebagai kekuatan untuk dia meneran anaknya nanti.
Dia menarik nafas dalam kemudian dihembusnya. Kain tadi digigitnya dengan kuat. Dia sudah tidak dapat menahan lagi. Dia meneran dengan segala kudratnya. Dengan sekali push, anaknya terus keluar dengan selamat. Sebaik keluar terus bergema tangisan bayi di ruang tamu di rumah usang itu.
Dalam keadaan tidak berdaya itu, dia mendakap anaknya dengan seerat-eratnya. Sekali lagi dia menangis di situ. Kesakitan tadi tiba-tiba menghilang setelah melihat anak itu. Kain batik yang dikeluarkannya tadi, membalut badan anaknya yang dipenuhi darah. Kemudian dia mengambil air dalam botol lalu dibasahkan ke muka anaknya.
Share this novel