BAB 2

Romance Completed 19482

Sewaktu di dalam kereta, Zana galak bercerita itu ini. Dia pula hanya menyampuk sekali sekala. Zariz Fattah yang memandu sering kali memandang dari cermin. Seperti biasa mengukir senyuman menggoda padanya. Seperti biasa juga dia hanya tersenyum biasa. Tiba-tiba Zariz Fattah memandu ke arah rumah mereka bukan rumahnya. Dia pula tidak rasa apa-apa apabila Zariz Fattah berhenti di depan rumah mereka.

“Zana turun dulu. Biar abang hantar Liz ke rumahnya.”

Ujar Zariz Fattah seketika.

Setelah melihat wajah Zana yang seolah-olah berat hati untuk membenarkannya menghantar kawan baiknya dia berjanji untuk menghantar Liza balik ke rumahnya dengan selamat.

“Zana jangan risau abang akan hantar Liz sampai ke rumahnya dengan selamat. Liz, nanti abang hantar Liz balik rumah yer.”

Pintanya pada Liza.

Liza sebenarnya risau jikalau dia balik berduaan dengan Zariz Fattah. Nanti apa pula kata ayahnya. Ayahnya memang tidak suka dia keluar berdua-duaan dengan lelaki. Takut jadi apa-apa pada anak gadisnya.

“Liz, sorry aku tak dapat nak hantar kau balik. Nanti abang aku hantar kau balik. Kau jangan risau yer. Abang aku baik. Dia pasti akan hantar kau dengan selamat sampai depan rumah kau.”

Bersungguh-sungguh dia bercakap. Dia berfikiran. Zariz Fattah seorang yang baik. Tidak pernah Zariz Fattah mengambil kesempatan padanya sebelum-sebelum ini. Pasti Zariz Fattah akan menghantarnya balik ke rumahnya dengan selamat.

“Abang hantar Liz balik betul-betul depan rumah dia tau.”

Ujar Zana lagi dan Zariz Fattah mengangguk.

“Iye!!! Abang akan hantar kawan Zana ni betul-betul depan rumah dia. Abang janji. Liz pun jangan risau, nanti abang akan hantar Liz depan rumah dengan selamat.”

Sewaktu di dalam kereta, Zariz Fattah bercakap-cakap dengannya. Sepatah lelaki itu bertanya, sepatah sahaja dia menjawab. Dia bukannya gadis yang suka bercakap-cakap seperti Zana. Dia tidak terlalu mesra tetapi dia bukanlah seorang yang sombong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience