Setelah pulang dari kerja petang itu, ibunya memberitahunya ada orang masuk meminangnya. Apabila bertanya siapakah gerangannya, ibunya berkata Zariz Fattah. Terkejut juga dia apabila diberitahu Zariz Fattah yang meminangnya.
Setelah dua minggu, barulah dia dapat membuat keputusan itu. Sukar juga untuk dia terima. Tapi hatinya yang satu lagi memberi alasan. Bila dia terima Zariz Fattah, dia berpeluang mendekati Nurin Natasya dan seterusnya dapat membalas dendam pada lelaki itu. Kerana itulah dia menerima Zariz Fattah. Kalau bukan hal yang satu itu, tidak sekalipun dia ingin menerima Zariz Fattah. Seolah-olah dia menyerah diri dan jatuh ke dalam tangan lelaki jahat itu.
Tiga bulan kemudian mereka mendirikan rumah tangga. Di hadapan semua orang dia berlakon bahawa dialah wanita paling bertuah kerana dapat mendampingi lelaki sekacak Zariz Fattah. Tapi di belakang dialah pengarah yang berjaya mencipta scene yang hebat itu.
Semasa mereka berada dalam bilik, seboleh-bolehnya dia cuba mengelak dari lelaki itu. Dia tidak membenarkan Zariz Fattah menyentuhnya. Cukuplah sekali itu Zariz Fattah menyentuhnya tanpa rela. Walaupun sekarang ini dia isteri kepada lelaki itu, dia tak kan sesekali membiarkan Zariz Fattah menyentuhnya.
Zariz Fattah cuba menyentuh Liza, tapi Liza cepat-cepat mengelak.
“Kenapa ni? Kitakan dah sah suami isteri. Tak kan abang tak boleh menyentuh sayang.”
Meluatnya dia rasa apabila lelaki itu memanggilnya sayang. Hendak termuntah rasanya. Dia menarik nafas dan cuba mengumpul kekuatan untuk menatap tajam mata Zariz Fattah.
Setelah mendapat kekuatan itu, dia berpaling menghadap suaminya. Dia menatap tajam mata Zariz Fattah tapi Zariz Fattah membalasnya dengan renungan lembut. Dia tidak akan terpedaya dengan renungan lembut itu. Hatinya sedang membara untuk membalas dendam. Dia terus menatap mata Zariz Fattah dengan tajam. Akhirnya Zariz Fattah mengalah setelah yakin isterinya tidak akan mengalah. Sinaran dendam dalam mata Liza dapat dilihatnya.
“Okay, tell me why I can’t touch you… hmm?”
Ujar Zariz Fattah dengan lembut. Dendam dalam mata isterinya akan diubah menjadi sayang. Dia perlu berusaha memenangi hati Liza perlahan-lahan.
“Kau sanggup menyentuh isteri yang dah ditebuk tupai?”
Liza membalas soalan Zariz Fattah dengan soalan juga. Dia tidak perlu menjawab pertanyaan lelaki itu sedangkan lelaki itu tahu kenapa.
Terkejut Zariz Fattah apabila Liza membahasakan kau dengannya dan dia lebih terkejut dengan ayat terakhir yang keluar dari bibir cantik itu.
“Maksud sayang?”
Zariz Fattah membalas pertanyaan Liza dengan soalan balik walhal dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Liza. Liza tahu Zariz Fattah sedang berpura-pura dengannya dan sengaja menyuruhnya mengingati kembali peristiwa yang menjahanamkan seluruh hidupnya.
“Takkan kau dah lupa apa yang kau buat enam tahun lalu.”
Kasar suara dia menuturkan kata itu. Pandangan matanya masih lagi tajam. Sebaik perkataan itu menerjah cuping telinganya, Zariz Fattah mengeluh kecil. Dia ingatkan Liza sudah melupakan peristiwa itu. Ternyata peristiwa itu memberi kesan mendalam pada jiwa isterinya.
“Abang tak pernah lupa. Kerana itu abang meminang Liz sebab abang nak bertanggunggjawab. Abang ingatkan Liz dah melupakan hal itu sebab itu Liz terima abang.”
Ayat terakhir Zariz Fattah, menyebabkan gelodak dendam Liza semakin membara. Semudah itukah dia mahu melupakan peristiwa hitam itu. Semudah itukan dia dapat melupakan dirinya dinodai tanpa sedikit pun belas kasihan. Berkali-kali dia merayu tapi Zariz Fattah tetap tidak menghiraukan rayuannya.
“Oo.. Kau ingat aku terima kau sebab aku dah lupa. Kau ingat aku boleh lupa tentang tu. Kau jangan nak bermimpilah kalau kau ingat aku dah lupa. Sampai mati pun aku tak kan pernah lupa apa yang telah kau buat.”
Kuat dia menekan ayat terakhir itu. Walau dia hiba apabila mengungkit kembali kisah dulu, dia tak kan menunjuk lemah di hadapan lelaki itu. Dia tak kan mensia-siakan kekuatan yang dia kumpul sejak bertahun-tahun dulu.
“Abang tahu Liz tak kan pernah melupakan hal tu. Mana-mana perempuan pun tak kan pernah dapat lupa dirinya ternoda sebelum masanya. Tapi abang benar-benar dah menyesal dengan apa yang abang dah buat. Itu sebab abang meminang Liz. Abang nak bertanggungjawab dan menebus balik kesilapan lalu.”
Zariz Fattah cuba menyentuh Liza, mengharapkan Liza membalas sentuhan itu. Seperti tadi juga, Liza mengelak daripada disentuh. Melihat tangan Zariz Fattah pun dia sudah jijik apalagi tubuhnya. Tangan itulah yang menutup mulutnya saat dia menjerit dan merayu agar dia tidak dipengapakan.
“Okay… abang tak kan sentuh Liz kalau itu yang Liz mahu. Abang masih perlu tahu kenapa Liz terima pinangan abang kalau Liz masih belum maafkan abang?”
Kalau bukan sebab itu pasti ada sebab lain sehingga Liza terima pinangan dia. Dia ingat Liza akan menolak, tapi tak sangka Liza menerima lamaran dia. Kerana itu dia berfikiran Liza sudah memaafkannya.
Liza cuba menarik nafas kemudian menghembusnya dengan perlahan. Dia tidak mahu apa yang akan diberitahunya nanti dapat ditangkap oleh Zariz Fattah. Dia perlu berhati-hati dengan tindakannya dan dia juga perlu mengatur rancangan perlahan-lahan.
“Nurin…”
Hanya itu tapi sebutan nama itu membuatkan Zariz Fattah pelik. Apakah kaitan Nurin Natasya dengan hal Liza menerima pinangannya.
“Liz terima abang sebab tasya? Tak mungkin Liz terima abang sebab tasya.”
Zariz Fattah mengeleng. Tidak percaya yang Liza menerima dia sebab Nurin Natasya. Ingin bertanya lagi, tapi Liza sudah menghampiri sofa untuk tidur di situ. Sebagai suami yang masih punya perasaan, dia tidak akan membiarkan isterinya tidur di tempat yang tidak selesa itu.
“Liz nak ke mana tu? Kalau Liz tak sudi tidur sekatil dengan abang, biar abang tidur atas sofa tu. Takut Liz bangun pagi esok, sakit badan pulak.”
Liza tidak menghiraukan kata-kata Zariz Fattah. Dia terus merebahkan badannya di sofa. Dia tidak kisah tidur di mana pun. Di atas lantai pun dia sudah biasa. Tiga bulan dia berada di rumah usang itu tanpa berlapik apa pun. Hanya kain batik dijadikan tempat pengalas tidurnya.
“Degil.”
Ucap Zariz Fattah geram. Setelah Liza tidur lena, dia mengangkat Liza dan menggantikan tempat Liza dengannya. Dulu dia tidak berperasaan, tapi selepas kejadian itu dia berubah menjadi manusia yang penuh dengan perasaan.
Share this novel