Sebaik menghantar Zana balik ke rumah, Zana mengajaknya singgah sebentar. Dia menurut sahaja. Sebaik masuk ke dalam banglo Zana, dia tercari-cari wajah yang dirindu saban malam. Dia pasti anak itu masih ada dalam rumah itu. Ternyata anak itu benar-benar ada sebaik dia terpandang frame gambar yang tergantung di satu sudut dalam rumah bangglo itu. Anaknya sudah besar. Kalau diikutkan, anaknya sudah berumur enam tahun. Pasti sudah bersekolah tadika.
“Kau duduk dulu yer. Aku buat air sekejap.”
Liza mengangguk.
Sebaik mendengar bunyi derapan kaki seseorang yang turun tangga, dia pantas duduk. Tiba-tiba sahaja hatinya bedebar-debar. Dia cuba menyembunyikan gelodak dendam yang semakin mencengkam dadanya.
Zariz Fattah turun tangga. Semalam dia telah berjanji dengan Nurin Natasya untuk mengajak anak itu pergi shopping. Sudah lama mereka berdua tidak membeli-belah. Sebaik turun dia terpandang seseorang berada di sofa di ruang tamu. Gadis itu membelakanginya.
‘Pasti kawan Zana.’
Detiknya.
Dia memanggil anaknya yang masih belum lagi turun.
“Tasya, cepat sikit sayang. Kata nak pergi shopping.”
Laung Zariz Fattah dari bawah. Liza mendengar suara Zariz Fattah. Benci dia dengan suara itu.
‘Sayang! Apakah lelaki itu telah berkahwin.’
Telah hatinya.
“Tasya dah siap papa. Jap lagi Tasya turun.”
Laung Nurin Natasya dari biliknya.
Apabila terdengar suara anak itu, barulah kini dia tahu Zariz Fattah telah mengambil anak itu sebagai anak angkatnya. Kalau tidak masakan anak itu memanggil Zariz Fattah papa.
Sementara menanti anaknya, dia mendapatkan tetamu yang masih berada di sofa. Terkejut dia sebaik melihat wajah itu. Perasaan cinta dan sayang terhadap gadis itu kembali menggunung. Sudah lama dia menanti kehadiran Liza. Sejak kejadian malam tu, dia rasa bersalah kerana merosakkan Liza. Dulu dia berfikiran sempit. Sekarang dia telah menyesal dengan perbuatannya itu.
“Liz! Bila Liz pulang?”
Soalnya pada Liza.
Liza buat-buat tidak mendengar pertanyaan Zariz Fattah.
“Papa… Tasya dah siap. Siapa ni papa?”
Soalnya pada papanya sebaik menyedari tetamu yang tidak diketahui siapa gerangannya.
Dia berpaling pada Nurin Natasya sebaik dia mendengar suara anak itu berhampiran telinganya. Matanya tiba-tiba berkaca. Perasaan rindu untuk memeluk anak itu membuak-buak. Sudah lama dia mengimpikan untuk mencium pipi gebu itu. Tapi, sekarang dia tidak boleh. Nanti apa pula kata orang dalam rumah ini apabila dia mencium anak itu nanti. Saat ini dia hanya mampu memandang sahaja.
“Kawan che su. Salam dengan Auntie Liz.”
Nurin Natasya menurut arahan papanya. Dia mencium tangan yang bernama Auntie Liz itu. Dia duduk di sebelah papanya. Kemudian dia berbisik sesuatu di telinga papanya
“Cantiklah auntie ni papa. Tasya suka dia la.”
Zariz Fattah ketawa kecil sebaik mendengar ayat itu. Itu sebab dia suka wajah itu. Kerana kecantikan semula jadi itu dia terpikat. Tapi kerana hatinya yang jahat, dia sanggup memusnahkan hidup gadis itu. Dia memandang wajah Liza, tapi Liza tidak memandangnya. Mungkin Liza tidak berani bertentang matanya. Atau mungkin Liza masih belum memaafkannya di atas perbuatannya itu.
“Tasya nak tak kalau dia jadi mama Tasya? Tapi, Tasya jangan beritahu che su, atuk dengan nenek tau.”
Secara spontan dia berbisik di telinga anak itu dan anak itu tiba-tiba…
“Nak… Nak…”
Sebaik mendengar ayat pertama itu, terus dia bersorak gembira. Sebaik mendengar perkataan nak keluar dari mulut anak itu, Zana pantas bertanya sambil membawa dulang berisi jus oren.
“Apa yang nak ni Tasya?”
“Tak ada apalah che su. Jomlah papa. Tadi kata nak shopping.”
Dia berkata sambil mengeleng kepalanya. Dia menarik lengan sasa papanya supaya bangun. Dia sudah tidak sabar untuk keluar shopping dengan papanya.
Zariz Fattah ingin menatap lagi wajah Liza, tapi kerana Nurin Natasya sudah tidak sabar untuk keluar dia membatalkan niat itu. Dia pasti akan ada peluang lagi untuk menatap wajah itu.
Selepas bersalam, Nurin Natasya berkata sesuatu pada Liza.
“Auntie, nanti datangla umah Tasya lagi. Boleh kita main-main.”
Ajak anak itu. Liza hanya mengangguk dan cuba menyembunyikan perasaan rindunya. Zariz Fattah hanya mendengar anaknya berkata-kata. Dia berharap Liza sudi bertandang ke rumahnya lagi. Dengan persetujuan itu dia yakin, Liza akan datang lagi memandangkan Nurin Natasya mengajaknya. Pasti Liza tidak mahu mensiakan permintaan anak kecil itu.
Liza memandang anak itu setelah kelibat Nurin Natasya menjauh pergi dengan Zariz Fattah. Dia berkalih memandang semula Zana.
“Siapa budak tu?”
Soal Liza sengaja bertanya walaupun dia sudah tahu siapa anak itu. Dia perasan anak itu ada irasnya. Bibir dan kening seakan menyerupainya.
“Namanya Nurin Natasya. Itulah budak yang aku cakap kat kau dulu. Mama aku ambil dia sebagai cucu angkat dia. Tapi bila umur dia setahun lebih, abang aku tu pulak nak ambil dia sebagai anak angkat dia. Padahal dulu dia tak setuju mama aku ambil sebagai cucu angkat. Entah kenapa dia tiba-tiba suka. Lekatlah sampai sekarang. Lagipun, kalau abang aku ambil tasya tu sebagai anak angkat dia, sekurang-kurangnya dia dapat merasai kasih seorang ayah walaupun dia tidak tahu siapa ibu bapa kandungnya.”
Berjela-jela Zana bercerita. Ayat di hujung membuatkan hati Liza bagai mahu gugur.
Liza berdehem sebelum meminta diri.
“Tak palah Zana. Aku balik dulu. Nanti kita berbual lagi.”
Zana mengangguk. Liza pula sudah bersedia untuk bangun.
“Nanti kirim salam kat abah dengan ibu kau.”
Kata Zana selepas mereka berpelukan.
“Insha Allah…. aku balik dulu yer.”
Pinta Liza sebelum berlalu dari rumah itu.
Share this novel