BAB 6

Romance Completed 14511

Hari kedua aku pulang ke rumah selepas simen di kakiku dibuang. Tanganku sudah sembuh sepenuhnya. Berbulan lamanya Solehah menjaga aku dengan penuh sabar. Walau adakalanya aku membentak marah, Solehah tetap melayan aku dengan baik dan tak pernah merungut. Mimi pula, selepas mendapat tahu aku kemalangan dan doktor pula mengesahkan aku hilang upaya untuk selamanya, dia bertindak memutuskan perhubungan kami. Kawan-kawanku yang sama-sama berseronok dan berpesta sakan di kelab-kelab malam semuanya ghaib dalam sekelip mata. Hanya Solehah, kedua ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku yang mengambil berat akan diriku. Solehah yang paling setia menemaniku dan melayan aku setiap hari.

“Abang dah solat?” aku menoleh ke arah suara yang menegurku. Solehah tersenyum manis walau wajahnya sedikit pucat. Aku perhatikan isteriku yang semakin kurus. Entah kenapa dengan dia? Adakah kerana terlalu letih menjagaku sepanjang hari?

“Belum! Abang tunggu Leha. Kita jemaah?” aku lihat Solehah terpegun dengan ajakanku. Ya! Ini kali pertama aku mengajaknya solat berjemaah. Sepanjang aku sakit, aku buat pengakuan kepada kedua orang tua Solehah. Aku mengaku, aku telah mengabaikan Solehah selama ini dan tak pernah bersolat. Kedua ibu bapa mertuaku tidak pula marah, malahan dengan tenang mereka menyuruh aku kembali ke Jalan Yang Benar. Ayah mertua aku yang mengajar aku solat dan memberi aku tazkirah.

Aku insaf seinsafnya. Mulai hari itu aku melayan Solehah dengan baik dan mula mencari siapa diriku. Aku kembali mencari Redha Allah. Aku sedar, aku hanya seorang hamba pada-NYA. Aku mula bersolat walau hanya mampu duduk di atas kerusi roda. Kadang-kadang aku bersolat di atas katil sambil duduk dan melunjurkan kaki ke hadapan. Ya Allah! Ampunkan dosaku! Bila ditimpa musibah begini, baru aku mula mengingati -MU.

“Errr,.Leha,..Leha cuti bang!” Solehah menundukkan wajah selepas berkata begitu. Aku tahu dia malu denganku. Sengaja aku ingin menduganya dan aku menyoalnya kembali.

“Haa,.cuti apa? Bila Leha bekerja?” aku pura-pura naif untuk melihat reaksi Solehah. Wajahnya berubah merah. Aku tak perasan pun sebelum ni Solehah isteriku begitu ayu bila dia diterpa perasaan malu. Aku ingin tersenyum melihat tingkahnya. Aku cuba menahan rasa dan mengulum senyum dalam diam.

“Tak! Bukan cuti kerja. Leha ABC!” aku selalu dengar perkataan itu. ABC membawa maksud Allah Bagi Cuti. Walau pun begitu, aku terus pura-pura dungu.

“Air Batu Campur pulak dah! Abang ajak solat jemaah aja pun. Kenapa banyak sangat alasan ni? Leha tak percaya ke, abang mampu jadi imam? Alaa,..abang tahulah, siapa diri abang ni!” aku sengaja bernada sayu. Aku dengar Solehah menghembus nafas perlahan.

“Leha periodlah bang! Hiesy!!” Solehah bersuara lagi sambil memusing untuk berlalu pergi dan sedetik kemudian,..

“Allah hu Akhbar! Aduhhhh!,..” aku dengar Solehah mengaduh perlahan. Dia sakit apa?

“Kenapa Leha?” aku ingin menerpa ke arah Solehah tapi dia berpusing kembali ke arahku dan mengukirkan senyuman.

“Tak ada apalah! Abang nak solatkan? Ada apa-apa yang Leha boleh bantu ke atau abang nak buat sendiri?” aku tak puas hati dengan jawapan Solehah. Tentu ada sesuatu yang disembunyikan dari aku. Walau bibirnya mengatakan tidak tapi mimik wajahnya yang berkerut seolah dia sedang menahan sakit.

“Takpa! Abang boleh bangun sendiri!” bila mendengar aku berkata begitu, Solehah terus berlalu pergi walau langkahnya nampak goyah. Aku perhatikan langkah Solehah yang sedikit capek. Kakinya sakitkah? Aku masih bersoal jawab di dalam hati. Sejak aku mula berbaik dengan Solehah, aku baru perasan Solehah seorang yang perahsia. Dia tak suka menceritakan perihal dirinya kepada aku. Dia hanya akan menjawab bila soalan yang kuajukan berkenaan kedua orang ibu bapanya. Rancak dia bercerita. Bila aku bertanyakan tentang dirinya, katanya tiada yang istimewa untuk diceritakan.

Kadang-kadang timbul rasa simpati aku kepadanya. Dulu, aku abaikan dia tapi bila aku dah sembuh, aku tetap tak mampu menunaikan tanggunjawab aku sebagai seorang suami. Aku tak mampu nak memanjakan dirinya lagi. Akibat dari kemalangan itu aku hilang upaya untuk memberi Solehah zuriat. Dengan kata lain aku disahkan 'mati pucuk'. Aku ingin nak lepaskan Solehah agar dia mampu hidup bahagia dengan lelaki lain tapi aku tak mampu melepaskannya kerana aku sedar, aku mula menyayanginya.

Teruk sangat ke aku ni? Suami dayuskah aku ni kalau masih mengikat Solehah sebagai isteriku sedangkan aku tak mampu nak bahagiakannya zahir dan batin? Ya Allah! Berilah aku petunjuk-MU. Tunjukkan aku jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience