BAB 1

Romance Completed 14511

Hambik ni!

Panggggggggg! Panggggggggg!

PIPINYA yang putih mulus bertukar merah. Satu lempangan dariku seorang lelaki tanpa belas menyakiti seorang isteri. Pandai saja nak mengarah aku itu dan ini. Kalau nak solat,buatlah seorang diri. Kenapa nak suruh aku solat sekali? Aku tak solat pun,aku mampu hidup hingga ke hari ini.

Aku kahwin dengan Solehah atas permintaan orang tuaku. Sedikit pun tiada perasaan sayangku padanya. Demi kerana tidak mahu menjadi anak derhaka,aku turutkan saja permintaan kedua ibu bapaku.

Solehah seorang wanita yang bertudung labuh. Rupanya tidaklah secantik mana. Saban hari aku sentiasa menyakitinya kerana aku nak dia membenci aku dan meminta cerai. Sebenarnya,sebelum berkahwin dengan Solehah,aku sudah punya kekasih.

Azamimi seorang wanita yang suka bersosial. Parasnya lebih cantik berbanding solehah. Mimi juga tidak suka menutup aurat. Berbaju sendat dan berseluar ketat itulah pakaian kesukaannya.

Aku pun suka berdampingan dengan Mimi kerana aku dapat melihat segala miliknya dengan percuma. Mimi juga tak kisah kalau aku menyentuhnya di mana-mana hatta menyentuh miliknya yang paling bernilai sekali pun.

Mimi tak pernah nak marah. Mimi hanya ketawa ceria setiap kali aku menyentuh khazanah berharga miliknya.

Dengan isteriku Solehah pula,aku langsung tak berkeinginan. Nak menyentuhnya pun aku rasa jijik. Solehah tak pandai bergaya macam Mimi. Solehah juga tak pandai make-up macam Mimi. Penampilannya terlalu sederhana. Aku tak kuasa nak menyentuh tubuhnya.

Aku langsung tak terliur melihat penampilannya. Aku abaikan Solehah dari segi layanan zahir dan batin. Untuk apa aku mengauli isteri yang langsung tak ku cintai? Kadang-kadang,aku cuba membayangkan Solehah tanpa pakaian dan apa yang terjadi,aku jadi semakin membenci Solehah. Aku tak dapat menerima Solehah untuk bertahta di hati aku. Untuk apa aku mengizinkannya sedangkan Mimi kekasihku sudah lama bertahta di dalamnya.

“Abang nak ke mana tu bang?” suara Solehah bergema di telingaku. Walau pun suaranya begitu perlahan tapi ku rasakan suaranya seakan memekakkan telingaku.

“Aku nak keluar!” aku bersuara keras. Ahh!,.peduli apa aku? Siapa dia nak halang aku? Aku berdongkol di dalam hati. Api amarah akibat disuruh menunaikan solat oleh Solehah sebentar tadi masih menyala-nyala di hatiku.

“Dah lewat ni bang! Leha takut bang tinggal sorang-sorang!” demi mendengar suara Solehah yang seakan ingin melarang aku dari keluar,aku berpusing ke belakang dan Solehah yang masih terduduk di atas lantai akibat tamparan aku tadi,ku hampiri dengan laju. Aku menarik rambutnya dengan rakus agar dia berdiri. Solehah menjerit kesakitan sambil memegang tanganku.

“Ehh,.siapa kau hah!,.nak larang-larang aku? Kalau kau takut sangat,minta dekat Tuhan kau tu agar ada malaikat yang datang temankan kau!” aku bersuara lantang. Sambil merintih kesakitan,aku dengar Solehah beristighfar.

“Mengucap bang! Ingat Allah!” hatiku semakin membara mendengar ayat Solehah yang seterusnya.

Aku tolak Solehah hingga dia terdorong ke belakang dan jatuh tersadai di tepi dinding. Solehah sudah mula menangis teresak-esak. Aku tak pedulikan dengan tangisannya. Aku tinggalkan Solehah dan menuju ke pintu. Malam ni aku dah berjanji dengan Mimi dan kawan-kawanku untuk berjumpa mereka di kelab malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience