BAB 4

Romance Completed 14511

Aku menoleh kiri dan kanan. Di mana aku sekarang? Aku cuba mengerakkan kaki dan tanganku. Aduh! Sakitnya. Apa yang sudah terjadi dengan diriku? Aku cuba mengimbas kembali kejadian semalam.

Semalam kami berseronok sakan. Kami menari dan menyanyi hingga lewat malam. Kami teguk arak bagaikan meneguk air mineral tanpa rasa bersalah. Sepanjang malam aku merangkul Mimi yang cukup seksi dengan baju tanpa lengan dan skirt paras paha. Geram aku melihatnya.

Aku baru memegang pahanya yang putih gebu itu, Mimi sudah memberi amaran 'bendera merah' padaku. Aku mengeluh dalam hati. Kempunan aku malam ni.

Kami pulang bila malam menjengah pagi. Dalam keadaan mabuk aku memandu kereta dan menghantar Mimi pulang ke rumahnya. Bila aku tinggal sendirian di dalam kereta aku hampir terlelap dan aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu.

“Assalamualaikum abang! Abang dah sedar? Leha bawakan sarapan. Abang nak makan? Leha suapkan abang ya!” sedang asyik aku memerah minda untuk mengingati apa yang berlaku seterusnya aku disapa oleh suatu suara.

Aku menoleh dengan wajah tak puas hati. Kenapa dia? Kenapa bukan Mimi yang membawakan makanan dan menawarkan diri untuk menyuap aku? Aku mendongkol di dalam hati.

“Abang! Leha belum bagitau mama dan papa lagi mengenai abang yang kemalangan. Abah dan ibu pun belum tahu. Leha ingat nak datang tengok keadaan abang dulu baru nak bagitau mereka. Bila doktor cakap abang hanya patah kaki dan tangan, Leha nak tunggu abang sedar dulu dan Leha ingat biar Leha minta izin abang dulu. Nak bagitau mereka atau pun tak! Macam mana abang? Boleh Leha call bagitau mereka?” aku mendengus kasar mendengar pertanyaannya. Bendul punya betina. Benda kecil macam ni pun nak minta izin aku dulu? Huh!

“Abang,.pandanglah sini! Leha tanya abang ni? Leha tak berani nak bagitau mereka tanpa kebenaran abang. Nanti abang marah Leha macam mana?” aku pandang wajahnya yang kelihatan takut-takut itu.

Aku beliakkan mata padanya. Dia menjauh sikit dari katilku. Aku rasa lucu pulak bila melihat wajahnya itu. Aku tahankan rasa lucu itu demi mempertahankan egoku.

“Mana handphone aku?” aku tak ada mood nak jawab pertanyaannya.

Lebih baik aku call Mimi dan minta dia datang melawat aku. Boleh juga bermanja dengan Mimi dan minta dia suapkan aku. Ceh,.yang patah tangan kanan dan kaki kanan pulak. Kenapa bukan tangan kiri? Senang sikit aku nak makan. Takkan aku nak menyuap dengan tangan kiri pulak? Tak biasalah aku!

“Leha tak tahu! Doktor cuma kasi dompet abang ja. Kereta abang remuk teruk. Syukur kepada Allah kerana abang tak cedera parah. Kalau tengok keadaan kereta abang semua orang akan cakap abang tak dapat diselamatkan. Leha sendiri tengok kereta abang, memang dah tak boleh diperbaiki lagi,.” aku mendengus lagi. Lain aku tanya, lain pulak betina ni jawab. Yang sibuk pasal kereta aku tu kenapa?

“Bak sini handphone kau!” aku menghulurkan tangan kiri. Kalut saja dia menyelongkar beg tangannya dan menghulurkan hanphone Nokia kecil padaku. Hatiku berdongkol lagi. Ketinggalan zaman! Orang sekarang dah guna telefon touch, dia masih lagi guna handphone cabuk ni?

Aku cuba mendail nombor Mimi tapi aku tak mampu nak menekan nombor-nombornya. Tangan kanan dah tergantung. Guna tangan kiri nak memegang handphone ni buat aku janggal.

Aku perhatikan isteriku memohon pertolongannya namun isyarat yang aku beri tak diendahkan langsung. Mendidih darahku bila dia langsung tak memahami apa yang ingin aku sampaikan.

“Woi betina! Kau tak nampak ke? Aku kan dah minta tolong kau ni?” aku bersuara kasar. Ah,.peduli apa di mana aku berada sekarang ni. Yang penting Mimi harus segera aku hubungi.

“Errr,.nak tolong apa bang?” tergagap-gagap dia bersuara. Aku mendengus lagi. Bahlol punya betina! Lembab!

“Ambil handphone ni! Tolong aku dail!!” aku hulurkan kembali handphone kepadanya.

Terketar-ketar tangannya menyambut handphone dari tanganku. Sekali lagi timbul rasa lucu dalam hatiku. Seronok betul aku tengok dia takut begitu.

“Nak call mama ke bang?” aku beliakkan mata padanya. Dia menundukkan wajah. Terus kaku. Aku mengambil kesempatan untuk tersenyum. Lucu!

“Call mama buat apa? Jangan kacau mama! Call Mimi! Aku nak kau suruh Mimi datang dan tolong suapkan aku makan. Aku lapar sangat ni,.” tanpa rasa bersalah aku menuturkannya. Sempat aku mengerling isteriku yang mengesatkan air matanya. Aku geleng kepala tanpa sedarku. Menjengkelkan saja!

“Leha,.leha,.tak tahu nombor Mimi!” terketar-ketar suaranya. Matanya merah.

“011-23112424,.” aku lihat dia mula menekan nombor-nombor yang aku sebutkan. Dia menekapkan handphone ke telinganya. Darahku kembali mendidih. Apa betina ni nak buat? Dia nak Mimi putuskan hubungan dengan aku ke? Tak boleh jadi ni!

“Kau nak buat apa tu? Minta handphone tu kat aku!!” aku pantas bersuara. Isteriku menghulurkan handphone sambil menarik muncung. Merajuklah tu! Huh! Tak ada masa aku nak pujuk.

“Tadi suruh orang cakap. Buat ni salah, buat tu salah! Apa yang betulnya?” aku dengar isteriku merungut.

Walau perlahan tapi aku mendengar setiap bait katanya. Aku menekapkan handphone di telinga tanpa mempedulikan rungutannya. Telefon berdering tapi tiada siapa yang mengangkat.

Aku recall kembali namun walau berkali-kali didail masih tiada jawapan hinggalah kali yang entah ke berapa baru terdengar suara garau di hujung talian menyapaku.

“Hello! Siapa ni? Mimi mandi! Kenapa call banyak kali sangat? Memekaklah pagi-pagi buta ni. Orang nak tidur, tahu tak?” suara lelaki. Aku terkejut bukan kepalang. Siapa dia? Haruskah aku bertanya?

“Siapa ni?” akhirnya terkeluar juga soalan itu.

“Kau siapa nak tahu?” suara di hujung talian menyoal aku kembali. Darah aku kembali mendidih.

“Aku suami dia!” aku berkata yakin dan menunggu respon di hujung talian.

“Hahahahaha,.pelacur macam Mimi tu mana layak nikah. Aku ni dah bertahun jadi pelanggan tetap dia tau!” sehabis lelaki tu berkata-kata talian pun terputus.

Aku terkesima. Benarkah apa yang aku dengar ini? Dalam rasa marah yang membuak-buak handphone di tanganku aku baling ke dinding. Berkecai!

“Abanggggg! Handphone Leha tu!” aku tak peduli lagi dengan suara isteriku yang ku rasakan begitu menganggu ketenanganku.

Aku terus tidur dan cuba memejamkan mata. Kalau benar Mimi seorang pelacur, jadi selama ini aku ditipunya hidup-hidup! Adakah ini balasan dari Allah untuk aku?

“Abang! Abang tak nak makan? Tadi abang cakap abang lapar?” dia masih bersuara tanpa jemu. Aku mula diserbu rasa bersalah. Apa yang harus aku buat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience