BAB 9

Romance Completed 14511

Setahun kemudian,.

Aku kunjungi lagi pusara Solehah buat sekian kalinya. Aku sekarang adalah seorang ahli jawatankuasa masjid. Sesekali aku akan di suruh menjadi muazim dan melaungkan azan. Alhamdulillah!,.selepas pemergian Solehah, aku menjadi seorang lelaki yang benar-benar mengenali diri sendiri. Aku belajar mengenali Allah juga. Aku berusaha untuk khatam Al-Quran dengan berkat sokongan kedua orang ibu bapaku dan keluarga mertuaku. Hubungan kami masih diteruskan walau Solehah telah pergi meninggalkan kami untuk selamanya.

Kawan-kawan karibku yang sama-sama bersuka ria denganku kini juga sudah pergi mengadap Ilahi dalam satu kemalangan ngeri. Kereta mereka meletup dan mayat mereka rentung ke tiganya. Johan, Jafri dan Zubir, rakan-rakan seangkatanku yang sama-sama meneguk arak, melakukan maksiat berzina dan sebagainya. Aku bernasib baik kerana diberi kesempatan untuk berhijrah ke dunia baru sebelum menghembuskan nafasku yang terakhir.

Mimi? Selepas membaca surat yang ditinggalkan Solehah untukku, aku selalu mendoakan Mimi agar segera kembali ke pangkal jalan. Aku juga mendoakan Mimi agar di beri hidayah oleh-Nya. Kawan-kawanku juga ku kirimkan doa yang sama namun doaku tak dimakbulkan kerana mereka mati sebelum sempat mendapat Hidayah dari Allah. Wallah hu alam!

Kini Mimi dah banyak berubah. Kali terakhir aku jumpa Mimi dia sudah berkahwin dengan seorang duda beranak tiga. Lelaki itu juga seangkatan dengan kami dulu, malahan dia penagih tegar dan bertindak kejam ke atas isterinya dan mengakibatkan kematian isterinya dan anak dalam kandungan. Selepas di penjarakan dia menjadi insaf dan bertaubat atas segala kesalahannya. Ajal maut itu di tangan Allah. Walau pun dia yang mungkin bersalah atas tuduhan membunuh tapi dia tetap tidak disabitkan sebagai pembunuh. Keluarga mertuanya yang berhati mulia tidak mahu mendakwanya kerana tidak mahu anak-anak mereka menjadi yatim piatu.

Mimi bertemu dengannya ketika sama-sama menghadiri satu tazkirah di masjid yang bertajuk “Kembali Ke Jalan Benar”,.Apa yang membuatkan aku terpegun bila Mimi yang suatu ketika dulu berpakaian seksi kini sudah berpurdah. Macam mana aku kenal dia? Mimi yang menegur aku terlebih dahulu.

Kami berbual panjang selepas itu. Bukan aku dengan Mimi saja tau, tapi turut serta suami dan anak-anak tirinya. Suaminya sudah bergelar ustaz sekarang. Hidayah itu sesungguhnya milik Allah. Kita takkan tahu ke mana haluan kita sebelum nafas kita berakhir. Kalau kita ni bertudung labuh bagi wanita dan 'kaki' masjid bagi lelaki, janganlah kita memandang rendah kepada mereka yang berpakaian seksi. Berdoalah untuk mereka agar Allah memberi hidayah-NYA dan berdoa juga untuk diri sendiri agar kekal menjadi hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa.

Sebaik apapun yang kita rasa dalam diri, jangan pernah merasa kita sudah baik dan sempurna. Jangan sesekali kita menyangka kita sudah banyak amalan dan akan ditempatkan di Syurga sedangkan kita tidak pernah menjaga lidah kita dari mengumpat dan menghina orang sesuka hati. Jangan pula kita menilai orang yang jahat itu akan jahat selamanya dan kita yang baik ini akan baik selamanya. Allah itu Maha Mengetahui segalanya. DIA akan membolak-balikkan hati kita kalau DIA sudah murka. Berhati-hatilah dengan lidah pemberian_NYA dan jagalah hati kita agar sentiasa bersih dari syak wasangka. Dan ku mohon agar aku tidak tersasar lagi dari landasan dan terus berada dalam pengawasan dan perlindungannya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience