BAB 8

Romance Completed 14511

Aku menangis semahu-mahunya bila Solehah terkulai layu dipangkuanku. Selepas solat tadi aku menunggu Solehah di bilik namun hampir sejam aku tunggu Solehah tidak muncul-muncul. Bila aku ingin mencari Solehah kedengaran orang memberi salam di muka pintu. Mama dan papaku juga ke dua ibu bapa mertuaku ada di depan rumah. Aku mempelawa mereka masuk dengan ramah.

Sebaik mereka masuk mereka bertanyakan Solehah. Ibu mertuaku memberitahu dia bermimpi sesuatu yang tidak baik tentang Solehah. Hatinya rasa tak tenang selagi tak menemui Solehah. Kami menuju ke bilik air dan bila Solehah keluar dia terus rebah dalam pangkuanku. Solehah menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaanku. Penyesalan datang bertalu-talu. Rasa bersalah menguasai diri. Solehah begitu prihatin menjaga aku yang sakit tapi aku langsung tak prihatin dengan kesihatan Solehah.

Kami bawa jasad Solehah ke hospital. Sebaik beg tangan Solehah aku selongkar aku menjumpai sepucuk surat yang bertulis namaku di sampulnya. Buat Suamiku yang tercinta, Azrul Hisham bin Mahathir. Permata hatiku, penyejuk jiwaku. Air mataku terus bergenang. Rupanya Solehah juga cintakan aku? Permata hati? Penyejuk jiwa? Akukah itu? Tak layak rasanya aku menerima gelaran semulia itu. Aku suami yang kejam! Aku suaminya yang dayus! Aku suaminya yang naif! Ya Allah! Sakitnya hatiku membaca tulisan di luar sampul ini. Sakit hati kerana perbuatan aku sendiri.

Buat Suamiku yang tercinta,

Assalamualaikum abang!,.

Mungkin selepas surat ini sampai ke tangan abang Leha sudah tiada di dunia ini lagi. Maafkan Leha kerana merahsiakan penyakit Leha ni dari abang. Maafkan Leha juga kerana setiap kali Leha membuat kemoterapi Leha memberi seribu alasan kepada abang. Leha tak tahu pun Leha ada kanser tulang. Selalunya bila Leha sakit, Leha hanya membeli ubat di Farmasi. Leha cuma tahu Leha ada kanser tulang bila Leha pengsan di surau hospital ketika Leha menjaga abang dulu.

Abang,.

Usah diungkit lagi masa yang telah berlalu. Leha bersyukur sangat bila hasrat Leha untuk melihat abang berubah dan menjadi suami dan anak yang soleh termakbul. Leha gembira sangat bila abang sudi menerima Leha sebagai isteri abang. Leha sayang abang sebab tu Leha tak mahu abang terus tengelam dalam kancah maksiat. Maafkan Leha abang kerana bila abang kemalangan Leha orang paling gembira bila Leha dapat menemani abang saban waktu. Menyuapkan abang makan dan menguruskan keperluan abang,.

Aku menghentikan bacaanku. Aku tak mampu nak meneruskannya lagi. Aku ingin meraung saat ini tapi cuba ku tahan perasaanku. Tulisan tangan di depanku semakin samar dalam penglihatanku kerana dikaburi oleh air mataku yang lebat mengalir. Aku gagahkan diri untuk terus membaca. Air mataku, aku kesat kasar dengan telapak tangan.

Abang,.

Saat yang terindah dalam hidup Leha bila melihat abang mula sujud kepada Allah. Tenangnya hati Leha bila melihat abang membaca kalimah-kalaimah Allah. Ketika itu tak dapat Leha mengambarkan bagaimana bahagianya Leha. Bila abang memberitahu Leha nak bangun sahur dan mengantikan semua puasa abang Leha melakukan solat sunat sujud syukur. Ya Allah!,.hanya DIA yang tahu betapa terharunya Leha bang.

Abang,.
Di dunia ini kita tak dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai suami dan isteri yang sah. Leha berharap Allah akan temukan kita di Jannah nanti. Kalau abang masih bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran, mana mungkin kita akan ditemukan di sana. Leha tak nak abang terseksa di dalam neraka, sebab itu Leha selalu mengingatkan abang tentang suruhan Allah.

Aku sudah teresak dan tengelam dalam tangisan. Begitu mulianya hatimu isteriku. Sedangkan aku langsung tidak mengambil endah akan perasaanmu. Aku langsung tak perasan kau sedang sakit dalam kau mengubatiku, melayan kerenahku dan setiap permintaanku.

Abang,.
Jangan menyalahkan diri abang atas semua yang telah berlaku. Pencaturan hidup kita ini Allah yang tentukan. Leha percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Abang tak bersalah terhadap apa yang berlaku kepada Leha, sebaliknya Lehalah yang bersalah kerana merahsiakannya dari abang dan semua orang. Maafkan Leha bang. Kerana Leha sayangkan semua orang, jadi Leha tak mahu menyusahkan orang-orang yang Leha sayang.

Abang,.

Leha dapat tahu pun bila penyakit Leha sudah sangat kritikal. Salah Leha kerana terlalu percayakan ubat tahan sakit yang Leha beli di farmasi tanpa mahu membuat pemeriksaan. Walau apa pun Leha redha dengan suratan takdir ini. Doakan Leha ya bang! Semoga abang akan terus menjadi anak yang soleh untuk mama dan papa. Tolong sampaikan salam Leha untuk mama,papa, ibu dan abah Leha ya bang. Bagitau mereka Leha sayang ke semuanya.

Abang,.
Sesungguhnya, syurga seorang isteri itu di telapak kaki suaminya. Tolong redhakan pemergian Leha ini bang. Halalkan segala perbuatan Leha terhadap abang dan halalkan semua makan minum Leha. Abanglah syurga di hati Leha dan Leha nak abang tahu,. abanglah permata hati, penyejuk minda dan penawar duka kerana abanglah suami Leha selamanya!

Yang benar

Siti Solehah Bt Muhammad Khairul

Aku melipat kembali surat Solehah dan memasukkan semula ke dalam sampulnya. Aku kesat lagi air mata yang masih mengalir. Betapa terderanya jiwaku menerima suratan takdir ini. Saat aku ingin berubah dan menjadi seorang suami yang baik dan hamba yang taat pada-NYA aku diuji dengan kehilangan seorang isteri yang begitu taat denganku. Dia isteriku yang bukan saja bernama Solehah tapi dialah isteri Solehah yang sebenar-benarnya. Aku redha dengan pemergiannya walau hatiku perit di dalam menerima dugaan ini. Aku baru belajar untuk menyayanginya namun dia diambil kembali dari sisiku.

Solehah dipinjamkan sementara untukku melihat jalan kebenaran yang tak pernah ku pandang sebelum ini. Aku bukan saja kehilangan seorang isteri solehah, bahkan aku telah kehilangan sebutir permata yang paling berharga yang sebelum ini ku anggap sebagai kaca yang langsung tak bernilai. Ah!,.bukan,aku bukan menganggap Solehah sebagai kaca pun tapi sebaliknya Solehah ku layan bagaikan sampah! Hanya sumpah seranah dan kata penghinaan yang ku hadiahkan untuknya saban hari. Hanya sepak terajang dan tamparan yang aku sedekahkan padanya. Ya Allah! Berdosanya aku kerana tak menghargai pemberian-MU yang begitu berharga untukku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience