BAB 2

Romance Completed 14511

Ya Allah! Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah. Ampunkan dosa kedua ibu bapaku. Bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat. Ya Allah berikanlah aku ketenangan hati dan minda. Berikanlah aku ketabahan dan kesabaran menghadapi setiap ujian-Mu Ya Allah. Andai sudah tersurat nasibku begini,aku redha Ya Allah menerima ketentuan-MU. Aku terima jodoh yang kau berikan ini Ya Allah, tapi aku mohon pertolongan-MU Ya Allah,berikanlah Nur-Hidayah-Mu buat suamiku. Hanya kepada-MU aku memohon pertolongan Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Aku meraup mukaku dan aku bertafakur seketika di atas sejadah mengenang nasib diriku. Betapa beratnya ujian-Mu ini Ya Allah. Kenapa Sham tak mahu menerima takdir ini bahawa akulah jodoh yang ditentukan Allah untuknya? Di mana kurangnya aku? Adakah kerana wajah aku? Tubuh aku atau sebaliknya?

Sudah setahun lebih kami berkahwin,Sham langsung tak menyentuh tubuhku. Sesekali ada juga keinginan untuk bermanja dengannya tapi apa yang aku dapat hanyalah herdikan dan penghinaan.

“Jijik sangatkah Leha ni di mata abang?” air mataku mengalir lagi membasahi pipi. Sejak kahwin hatiku mudah benar tersentuh.

Sebelum kahwin aku tinggal dengan keluarga angkat. Aku ditatang bagai minyak yang penuh kerana akulah satu-satunya anak perempuan yang mereka ada. Aku dijodohkan dengan Sham oleh keluarga angkatku yang nak melihat perhubungan persahabatan antara abah dan ayah mertuaku berkekalan. Aku terima Sham kerana aku percaya dialah jodohku dunia dan akhirat.

Aku tak pandai bergaul bebas. Sudah tentu aku juga tak punya teman lelaki. Aku terima Sham dengan seikhlas hati kerana aku menyangka Sham juga sanggup menerima aku seadanya tapi anggapanku itu meleset sama sekali. Sham sudah mula menunjukkan taringnya sejak malam pertama kami lagi.

Sham bergayut sampai ke pagi di depanku dengan seorang perempuan. Hati aku perit mendengar Sham memanggil sayang kepada perempuan lain sedangkan aku ini isterinya yang sah,langsung tak dipandang.

Tadi Sham mengamuk lagi bila aku mengingatkannya tentang solat yang sering diabaikannya.

Sham tak pernah solat, jauh lagi nak berpuasa. Kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah, Sham akan berpura-pura solat di dalam bilik.

Padahal Sham hanya menghampar sejadah dan menunggu di atas sejadah tanpa melakukan solat. Selepas beberapa minit barulah Sham akan keluar dari bilik. Pernah sekali abahku menyuruh Sham menjadi iman dalam solat tapi Sham memberi alasan nak bersolat di masjid, katanya solat berjemaah lebih afdal.

Bila abahku nak mengikut Sham pergi bersamanya ke masjid Sham memberi alasan lain pula. Kata Sham selepas solat dia nak pergi berjumpa dengan kawan-kawannya.

Akhirnya setiap kali ibu dan abahku bertandang ke rumah Sham akan keluar hingga pagi. Ah,.Sham bukan saja ada abah dan ibu, kalau mereka tak ada pun Sham jarang ada di rumah. Kalau balik pun hanya untuk tidur,mandi dan menyalin pakaian. Rumah kami dah macam hotel untuk Sham.

Aku pandang gambar perkahwinan kami yang aku bingkaikan dan aku letakkan di atas meja solek. Bibirku tersenyum tanpa sedar, tapi dalam masa yang sama ada butiran jernih sudah membasahi pipiku.

Perkahwinan adalah rahmat dari Allah. Bila manusia disatukan dalam ijab dan kabul, iblis dan kaum kerabatnya akan menangis,menjerit dan melolong kerana tidak dapat lagi nak mengoda manusia untuk melakukan maksiat.

Dalam perkahwinan kami sebaliknya. Aku diabaikan oleh Sham dari segi zahir dan batin, bahkan Sham keluar membuat maksiat hari-hari.

“Ya Allah! Andai ujian ini untuk menguatkan imanku, aku redha menerima ketentuan-MU. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yang tak berdaya. Tabahkanlah hatiku, kuatkanlah jiwaku untuk mengharungi semua dugaan-MU ini!” aku berdoa di dalam hati dan bangun dari atas sejadah dan mula melipat telekung dan menyidainya di ampaian.

Aku duduk di birai katil dan memandang ke sebelahku. Kosong! Sham tak pulang lagi semalam. Entah di mana Sham tidur? Hatiku mula bimbang kalau Sham berbuat maksiat dengan teman wanitanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience