BAB 3

Romance Completed 14511

“Selamat pagi Puan!” seorang lelaki berpakaian seragam polis berdiri di hadapanku. Aku tertanya-tanya apa tujuan kedatangannya ke rumah kami. Mindaku berlegar-legar dengan perbagai persoalan.

“Selamat pagi encik. Encik nak cari siapa?” aku bertanya ragu. Adakah polis ini hanya sekadar nak bertanya jalan? Atau memang dia sedang mencari seseorang? Dia cari Shamkah? Apa pula yang Sham dah buat ni? Aku jadi cemas bila memikirkan perbagai kebarangkalian.

“Puan ni isteri Azrul Hisham bin Mahathir?” aku hanya mengangguk. Tak berdaya lagi nak bersuara. Hanya menunggu apa yang ingin disampaikan seterusnya.

“Begini puan. Suami puan encik Azrul Hisham kemalangan jalan raya dan sedang dirawat dihospital sekarang. Kami tak dapat hubungi nombor telefon puan, melalui kad pengenalan kami datang ke sini.” aku menarik nafas dalam-dalam.

Ya Allah! Dugaan apa lagi ni? Sham kemalangan? Bolehkah aku melawat dia? Eh! Apa yang aku cakap ni? Diakan suami aku? Aku berdialog dalam hati tanpa sedar polis di hadapanku sedang memerhatikan riak wajahku. Terus terang aku cakap, aku tak tahu bagaimana nak menerima berita ini. Sedihkah aku? Gembirakah aku?

“Terima kasih encik!” aku berkata selamba kepada polis itu.

Sebelum polis itu berlalu aku sempat bertanya di hospital mana Sham sedang dirawat. Aku tak mahu lagi menghubungi kedua orang tuaku. Ibu bapa mertuaku pun aku belum hubungi.

Aku akan hubungi mereka selepas aku pergi melawat Sham dan melihat keadaannya terlebih dahulu. Aku tak perlu mengelabah melalui situasi ini. Inikan ujian dari Allah untuk aku dan Sham? Bersabarlah! Pasti ada hikmahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience