BAB 5

Romance Completed 14511

Aku melepaskan tangis sepuasnya di bilik air. Sakit hati yang aku pendamkan tak dapat lagi dibendung. Aku ibarat halimunan di sisinya. Tergamak Sham melebihkan Mimi berbanding aku isterinya. Setiap teguran aku tak diendahkannya.

Setiap soalan aku tak dijawabnya. Yang paling sakit hati handphone yang abah hadiahkan untuk aku lima tahun lepas berkecai di tangannya. Aku sayang sangat handphone ni. Aku tak pernah menukar handphone baru bukan kerana tiada duit tapi hanphone ini adalah pemberian yang paling berharga untuk aku.

Abah! Maafkan Leha kerana handphone pemberian abah ni sudah tidak boleh digunakan lagi. Entahlah! Apa yang Sham marahkan sangat?

Selepas dia mencampakkan handphone aku tadi, dia langsung tak mahu bersuara. Setiap kata-kataku langsung tak berkesan untuk dirinya. Rasa begitu terhina dengan layanannya terhadapku. Istimewa sangat ke Mimi tu?

Aku mengeluh perlahan. Terasa begitu beratnya beban perasaan yang terpaksa aku tanggung ini. Aku bukan nak menyalahkan takdir. Dalam kemelut dilema perasaan ini adakalanya aku keliru sendiri. Perlukah aku terus bertahan sedangkan Sham tak betah tinggal bersamaku.

Dia membenci aku walau aku melayannya dengan baik. Aku redha menerima Sham sebagai suami. Walau aku tahu Sham banyak melakukan dosa dan kemungkaran. Aku masih mampu bertahan kerana aku percaya Allah akan beri Hidayah pada Sham suatu hari nanti.

TAZKIRAH:

USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat.

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bila mana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

Aku tiba-tiba teringat tentang tazkirah yang aku dengar di corong radio ketika dalam perjalanan ke hospital tadi. Tazkirah yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi. Aku juga pernah membaca sebuah buku motivasi yang bertajuk Jangan Bersedih! Jadilah wanita Yang Paling Bahagia, hasil karya Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

Ya Allah! Ampunkan hamba-MU ini yang terlalai seketika dengan sedikit ujian yang KAU turunkan. Dua puluh lima tahun aku hidup bahagia bersama ibu dan abah, hanya setahun saja ENGKAU menguji aku, sudah ada rasa terbeban di dalam jiwaku ini. Sesungguhnya aku ini hamba-MU yang lemah Ya Allah. Yang sering terlupa dengan anugerah-Mu yang terindah. Suka merintih dan merungut saat diri diuji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience