BAB 1

Romance Completed 11319

Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Seperti apa yang berlaku pada aku kini. Siapalah yang pernah menyangka aku akan berada di sini.

Pada mulanya agak mustahil untuk aku percaya kerana selama ini memang impian aku teringin untuk melanjutkan pelajaran di Jordan. Dan akhirnya cita-cita dan impianku selama ini menjadi kenyataan.

Pada mulanya agak sukar untuk aku menguruskan segala urusan seperti tiket flight, visa, dan sebagainya. Dengan semangat yang kental aku harungi pelbagai dugaan itu dengan gigih dan kesabaran yang tinggi.

Aku bermonolog sendirian, ‘biasalah hidup mana yang tiada masalah betul tak?’ Dan ini impianku serta keputusanku untuk pergi ke tanah anbiya meneruskan perjuangan di medan ini.

Tatkala terkenang aku dengan soalan abah selepas aku pulang dari BTN, “apa kerja yang angah boleh dapat lepas graduate nanti?” Aku cuma tersenyum dan segera menjawab, “soal kerja dan rezeki tu semuanya di tangan Allah, takkanlah balik-balik je dari Jordan terus dapat kerjakan. Kita mesti mula dari bawah dulu seperti ustazah dan jurusan agama tidak hanya memokuskan kepada ustazah sahaja sebenarnya banyak je cabang yang kita boleh ceburi.” Aku cuba untuk menyakinkan abah. Abah pun mengangguk tanda setuju.

Aku pandang ke cermin sisi kereta ayahku sambil tersenyum. Kereta Serena biru yang di pandu oleh ayahku terus laju menyusuri jalan.

Begitulah pengalaman dalam kehidupan. Mungkin bagi aku ianya adalah satu cabaran dalam kehidupan dan satu persatu aku tempuhi dengan sabar dan akhirnya Alhamdulillah kerana segalanya di permudahkan oleh Allah. Aku bersyukur ke atas Ilahi kerana segala urusan ku selama ini di permudahkanNya. Mungkin Allah telah mentakdirkan aku untuk melanjutkan pelajaran di bumi bertuah iaitu Jordan. Alhamdulillah bersyukur ke atasNya.

Masih segar lagi di ingatanku tatkala kami pelajar-pelajar ke Timur Tengah menanti surat tawaran dari KPT. Surat tawaran pada tahun ini agak lambat di keluarkan aku pun tidak tahu apa masalah yang di hadapi oleh pihak atasan. Apabila call KPT mereka kata pihak Jordan lambat bagi respond. So kami tak boleh bagi sebarang keputusan kepada pelajar-pelajar yang ingin ke Timur Tengah pada sesi 2010/2011.

Sebelum itu aku masih lagi menuntut di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia di dalam program Diploma Pentadbiran. Ketika itu aku masih sembunyikan hasrat hatiku ke Timur Tengah even kawan rapat aku sendiri iaitu Farhah. Sehinggalah aku mendapat panggilan dari KPT mengarahkan aku untuk ke BTN di KLIA. Pada mulanya aku tidak mahu pergi kerana terpaksa ponteng kuliah selama 3 hari. Dan setelah berbincang dengan parents, mereka suruh pulang dan pergi ke BTN.

“Mm.. macam mana aku nak buat alasan kat Farhah ni, Jannah? Aku kena balik!” terpinga-pinga Jannah bila aku cakap yang aku terpaksa balik.

“Kenapa pulak kau kena balik mana ada cuti?” balas Jannah.

“Sebenarnya aku kena pergi BTN untuk pelajar-pelajar ke Timur Tengah.”

Sambil tersenyum Jannah berkata, “betul ke, Fara? Ya Allah syukur Alhamdulillah. Ia dah tu kan cita-cita kau dari zaman sekolah lagi, mm oklah tak payah risaulah pasal Farhah biar aku yang uruskan.”

“Betul ni?” soalku menginginkan kepastian. Jannah tersenyum sambil berkata

“Insya Allah, nanti bila dah dapat surat tawaran jangan lupa bagitahu aku sudah la.”

“Insya Allah aku tak lupa punyalah.” Tersenyum lebar aku apabila Jannah menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah yang sedang aku hadapi.

Masa berlalu begitu pantas sehingga aku tidak terasa yang Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.

‘Pejam celik pejam celik dah habis puasa, persiapan ke Jordan tak settle-settle lagi ni macam mana ni? Takkanlah aku nak pergi tanpa persiapan. Aisyah jangan lengah- lengah lagi, nak pergi empat tahun bukan empat hari. Wake up,’ monologku sendirian.

Maka operasi persiapan untuk ke Jordan mesti di uruskan dengan segera supaya tiada masalah lagi. Satu persatu aku susun supaya tiada yang tertinggal masa hari nak berlepas nanti.

Seingat aku seminggu sebelum raya Aidilfitri aku turun naik ke Shah Alam untuk settlekan tiket flight. Biasalah seminggu sebelum raya mana ada pejabat nak layan, masing-masing sibuk untuk persiapan raya, aku je yang semangat time-time bulan puasa pergi ke Shah Alam.

Dan akhirnya segala urusan itu aku dapat selesaikan sehari sebelum terbang. Alhamdulillah.

Teringatku semasa di Shah Alam, aku pergi ke sana seorang diri orang lain sibuk-sibuk raya, aku awal-awal pagi dah tercacak di stesen KTMB Nilai untuk ke Shah Alam.

Dengan suasana di stesen KTMB yang sesak itu aku redah jua demi perjuanganku ke Jordan. Setibanya di Shah Alam, aku di jemput oleh Siti untuk terus ke pejabat JAIS.

Setibanya di pejabat JAIS, aku pergi berurusan dengan kerani yang berada di situ, tetapi nasib tidak menyebelahi aku kerana ustaz yang bertugas pada hari itu sedang bermesyuarat, so terpaksalah aku tunggu untuk menyelesaikan urusan ini sehingga jam tempat menunjukkan pukul 1 petang, semasa aku melangkah untuk pulang aku di sapa oleh sepasang suami isteri,

“adik buat apa kat sini?” soal makcik itu kepadaku.

“Saya tengah uruskan tiket ke Jordan, makcik pulak buat urusan apa?” balasku.

“Samalah makcik pun tengah buat urusan tiket bayaran balik untuk anak mak cik”, terang makcik itu.

“Oh yeke, anak mak cik nak sambung belajar kat mana?” soalku kepada makcik itu.

“Insya Allah kat Universiti Zagaziq Mesir bidang medic.”

“Bagusnya, ambil kos medic, Alhamdulillah semoga jadi doktor Islam yang berjaya”, aku melemparkan senyuman kepada mereka berdua.

“Adik datang sini seorang diri je ke?” soal pakcik tu pula.

“A’ah saya datang sendiri sebab ayah busy sikit nak buat persiapan doa selamat sikit kat rumah sebab esok pagi-pagi lagi saya dah nak bertolak ke KLIA,” balasku kepada pakcik itu.

“Esok ke adik nak pergi? Bagusnya pakcik kagum dengan adik, pakcik rasa memang pelajar-pelajar yang nak pergi ke oversea ni memang ada semangat jati yang tinggi dalam diri, tengoklah adik sendiri esok dah nak pergi hari ni sanggup pergi uruskan semua ni sendiri,” sahut pakcik itu.

“Hehe, sebenarnya nak settlekan sebelum raya hari tu, tp time tu diaorang busy yelakan sape nak layan time-time nak raya. Okla pakcik, makcik saya terpaksa pulang dulu ada urusan lain yang saya perlu selesaikan, sampaikan salam saya pada anak makcik ye,” aku menghabiskan hujah-hujahku.

“Baiklah, pakcik dan makcik mendoakan kejayaan adik di bumi Jordan itu Insya Allah”.

Aku tersenyum dan terus beredar, memandangkan masa terlalu mencemburui aku untuk beramah mesra dengan mereka berdua.

Aku terus ke stesen KTMB Shah Alam dan segera pulang ke rumah dengan segara kerana ingin menghabiskan mengemas saki baki barang-barang yang perlu di bawa, risau kalau-kalau ada yang tertinggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience