BAB 8

Romance Completed 11319

‘Grrrrr…………grrrrrrrrrrr….’ Handsetku bergetar.

“Eh, sapelah yang bagi mesej kat aku petang-petang ni,” berontakku.

“Salam, perjumpaan bersama senior sem 3 petang ini di foyer asrama,” dari Nazirul.

“Aish, kacau betul aku nak rehat petang-petang ni,” rungutku.

Petang itu tanpa membuang masa aku pergi ke foyer asrama untuk perjumpaan bersama senior. Pada mulanya aku tertanya-tanya, “kenapa ada perjumpaan?” soalku. Rupa-rupanya, senior semester 3 hendak mengadakan program sempena perpisahan bersama senior semester 6.

Setelah mendapat persetujuan ramai untuk mengadakan annual dinner bersama senior semester 6, bertemakan hitam merah di hotel beach resort kuala Terengganu.

Pada mulanya kami tidak setuju untuk mengadakan program ini kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti di universiti. Tetapi demi senior kami korbankan juga untuk kali terakhir perjumpaan kami bersama mereka sebelum graduate.

Hari berganti hari, program annual dinner bersama senior yang dinanti-nantikan itu sudah tiba, pada malam itu, sementara hendak bersiap-siap, sempat aku mengusik kawan aku,

“Jiha, awatnya macam berdebar-debar je ni? Macam nak pergi kahwin la pulak,” gurau ku.

“Dah kau tu macam pengantin. Haha,” balasnya.

Tergelak besar kami pada malam itu. Pada malam itu aku mengenakan jubah berwarn hitam merah dan kawan-kawan yang lain ada yang mengenakan baju kurung tradisional.

Setelah sampai ke hotel, kami di sambut dengan penuh meriah. Pada malam itu aktiviti berjalan dengan lancar sekali.

Dan masa yang dinanti-nantikan adalah senior semester 6 untuk membuat persembahan buat kali terakhir mereka sebelum konvo. Tiba-tiba mata ku terpandang kepada sesuatu sudut sambil berkerut-kerut dahiku berfikir.

“Iras siapa muka senior aku ni? Macam pernah jumpa dia, tapi dekat mana ye?” aku keliru.

“Uit, makcik, kenapa muka berkerut-kerut tu?” soal Najihah, sahabatku.

“Terkejut aku, kau ni lain kali bagi salam dulu, aish kacau aku tengah feeling.” Gurauku.

“Eh, sorry-sorry, asal kau ni aku tengok macam hilang suami je?” sampuk Najihah.

“Ceh, macam mana suami aku nak hilang, kahwin pun belum lagi. Haha bukanlah aku jadi macam ni sebab, kau tengok sana tu, pernah nmpak tak mamat tu?” soalku.

“Yang mana satu ni ramai sangat tu,” soal Najihah.

“Yang pakai baju melayu merah ala-ala melayu terakhir tu la, nampak tak? Aku rasa macam pernah nampak dia tapi dekat mana ye?”Balasku.

“Oh, nampak-nampak, sekejap Aisyah, aku tengok pun macam aku pernah nampak dekat mana ek? Mmmmmm… hah! Ni lah yang kita nampak dekat kafe hari tu ingat lagi tak? Yang kau kata mamat ni macam prince tom yam alam maya kau tu?” celoteh Najihah panjang lebar.

“Yeah! Betul-betul, mamat ni la yang kita nampak hari tu kat kafe, aku ingat. Mmm..terkejut aku, punya lah aku fikir lama-lama tadi. Aku ingatkan prince tom yam aku. Tapi tak logic sebab prince tom yam aku dekat Mesir. Tak kan dia nak datang annual dinner kita ni!” balasku.

“Haha, betul-betul, tak ada kena mengena kalau prince tom yam kau nak datang. Majlis ni untuk course kita je,” sampuk Najihah.

“A’ah, ye tak ye jugak, sengal aku ni. Hahaha.”

Kami ketawa terbahak-bahak selepas berbual mengenai isu sebentar tadi. Pening juga aku bila memikirkan kerana muka senior aku ini ada iras-iras Farid yang di gelar prince tom yam alam mayaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience