BAB 3

Romance Completed 11319

Pada hari Khamis, kami bertolak ke Karak untuk mengadakan orientasi sempena pelajar baru.

Perjalanan dari Mafraq ke Karak lebih kurang 5 jam lamanya. Permandangan sepanjang perjalanan sungguh mengujakan dan apa yang terlihat adalah padang pasir yang terbentang luas.

Perasaan saya bercampur aduk, antara gembira dan bangga kerana akhirnya kami berjaya menjejakkan ke bumi Jordan. Pada mulanya bas kami sesat. Tapi Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke Karak juga.

Malam itu bas kami di sambut oleh pelajar mutah. “Ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada ikhwah dan akhwat sekalian, selamat datang ke bumi Jordan, ke bumi Syam, Arduna Ardh Al-Ribath,” kata beliau.

Saya mendengar suara itu dengan teliti, ‘mm rasa mcm pernah dengar je suara ni, tapi kat mana ek?’ monolog diriku sendirian. Dan aku terus berpaling melihat gerangan siapa yang berkata-kata sebentar tadi. ‘Masya Allah! Ni bukan ke Syafiq?’

Muka saya terus merah padam dan sengaja saya menyorok tidak mempamerkan diri. ‘Ya betullah itu Syafiq, tak salah lagi,’ monolog diriku seorang diri lagi.

Lelaki yang sebentar tadi memberi ucapan semasa di dalam bas adalah orang ku kenali.

‘Ya Allah hampir setahun setengah aku terpisah dengannya, mungkin ini semua takdir dalam kehidupan?’

Sungguh tidak percaya kerana perpisahan yang dulu saya tangisi sudah kembali terubat.

Mengimbau kisah silam semasa di Terengganu di salah satu universiti tempatan, waktu itu saya baru sahaja selesai exam Bahasa Inggeris 1.

Ketika keluar dari dewan utama ‘kring…kring’ satu mesej masuk ke dalam inbox ku capai handset yang berada di dalam beg, dan ku buka “kenapa tak call Syafiq semalam?”

Aku pelik setelah membaca mesej yang baru aku terima datangnya dari Syafiq. Tiba-tiba saya teringat pada malam Selasa,

“jangan lupa call Syafiq hari Khamis ni ada hal penting Syafiq nak cakap”.

Aku tersentak, dan pelbagai soalan bermain-main di dalam pemikiranku.

Tanpa membuang masa aku terus menelefon Syafiq untuk mendapatkan kepastian.

“Assalamualaikum, maaf Aisyah tak dapat call Syafiq sebab busy sangat nak exam, kenapa ni apa yang penting sangat?” Tanya diriku ingin kepastian.

“Owh yeke Aisyah exam, takpe la sebenarnya Syafiq dah tak ada kat universiti, Syafiq da kat rumah ni”, jawab Syafiq.

“Syafiq nak pergi mana?” soalku terpinga-pinga.

“Syafiq nak sambung pelajaran ke Jordan minggu depan”.

Berderai air mataku setelah mendengar ungkapan dari Syafiq. Sungguh tidak percaya perkenalan kami hanya seketika sahaja, hadirnya hanya menambahkan sedikit perasaan suka duka dalam kehidupan.

“Uits Aisyah jauh kau termenung dah jom turun orang-orang kat sana dah tunggu kita semua dah tu,” sapa Siti yang berada di sebelahku, tersedar diriku dari lamuan seketika.

“Oklah-oklah jom-jom kita turun aku pun da tak sabar ni.” Kedatangan kami di mutah di sambut dengan meriah sekali oleh pelajar-pelajar mutah. Kami di beri sedikit taklimat oleh senior-senior di masjid Syuhada yang berkisar mengenai air.

“Belajarlah berjimat menggunakan air, kita di Jordan ni kekurangan air. Mandi jika perlu dan ala kadar, tiga empat hari sekali pun tidak mengapa”, kata AJK persatuan.

Haaa! Kami tercengang.

“Sukarnya mengubah tabiat mandi tiga empat kali dalam sehari kepada tiga empat hari dalam seminggu!”

Pelbagai nasihat yang beliau sampaikan, kami mengangguk tanda faham, dan ada juga yang khusyuk dengan dunia sendiri di belakang.

Setelah selesai taklimat kami di bawa pulang ke rumah pelajar-pelajar mutah untuk program tersebut.

‘Mmm penat sungguh rasanya,’ monolog aku sendirian.

Sesudah tibanya di rumah penginapan kami aku terus meletakkan barang di dalam bilik dan duduk berehat bersama senior-senior. Seronok rasanya dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari jamiah yang berbeza-beza. ‘Kring…kring’ tiba-tiba handset aku berbunyi, ku lihat di muka skrin handset rupa-rupanya Syafiq call.

Terlamun aku seketika, semasa aku meninggalkan mesej di inbox Fac, “Salam abang, Aisyah dah sampai Jordan, minggu depan ada orientasi di jamiah mutah, semoga kita dapat jumpa di sana.”

Beberapa hari kemudian aku lihat ada mesej di inbox Facku, “Alhamdulillah akhirnya cita-cita Aisyah untuk ke sini bejaya juga, ni no telefon abang nanti kalau ada apa-apa call je abang.”

Aku baca sambil tersenyum tersipu-sipu sendirian di muka skrin laptopku.

“Aisyah siapa yang telefon tu, kenapa tak angkat lagi telefon tu?” Sampuk Kak Iza.

“Opss terlupa pulak. Ok-ok kita nak angkatla ni,” balasku sambil tersipu-sipu malu.

“Assalamualaikum, ada apa abang telefon Aisyah malam-malam ni?” soalku.

“Abang tak nampak Aisyah pun tadi, sekarang Aisyah tidur di bait mana?”

“Aisyah ada je kat belakang, Aisyah sengaja tak nak bagi abang nampak, sekarang Aisyah tidur di Bait Umaira, ok la abang dah malam ni esok kalau ada rezeki kita jumpa la ye. Assalamualaikum,” aku menghabiskan perbualan.

Malam itu kami tidur dengan lena sekali, tambah-tambahan di selubungi dengan tilam yang empuk. Cuaca pada malam itu agak sejuk kerana musim syita’ sedang merangkak meliputi malam kami.

Kedudukan mutah agak tinggi di atas bukit, di mutah juga hampir setiap tahun akan turun salji. Kadangkala pelajar-pelajar dari jamiah lain akan pulang ke mutah untuk bermain salji. Boleh di ibaratkan mutah seperti kampung halaman kami semasa di Jordan.

Keesokan paginya terdengar kokokan ayam mengejutkan kami untuk bangun subuh dan menjalani program seterusnya.

“Akak, betul-betul macam kat kampung la kak ada bunyi ayam, bestnya,” sampuk aku setelah keluar dari bilik.

“Memanglah kat sini kawasan perkampungan orang Arab, seronok kat sini tenang je suasananya. Dah cepat pergi bersiap-siap sebentar lagi program dah nak bermula, dah lah awak tu bersiap macam pengantin,” seloroh Kak Iza memecah keheningan pagi.

“Baik akak, pengantin nak siaplah ni,” sambungku menambah kenakalan. Pagi itu program berjalan seperti biasa, kami pelajar-pelajar baru di tempatkan di masjid Syuhada sementara menunggu coaster tiba untuk membawa kami ke jamiah.

“Cepat-cepat coaster dah datang,” sahut akak senior di tepi jalan.

Coaster untuk mengangkut penumpang ke jamiah tiba di depan masjid Syuhada dan terus membawa kami ke jamiah mutah. Setibanya di jamiah mutah kami berasa sungguh kagum kerana dengan seni bina yang cantik dan tersusun di atas bukit, sungguh gah berdiri di atas bumi anbiya.

Subhanallah cantiknya jamiah mutah ini, seni rekaannya sungguh takjub bagi sesiapa yang melihatnya.

Terdetik di hati kecilku ‘rasa macam nak belajar kat sini je’. Tapi takdir Allah lebih mengetahui segala-galanya. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, maka aku sebagai seorang hamba perlu bersyukur kerana di tempatkan di bandar Mafraq Jamiah Al-Bayt.

Semasa program itu kami diperkenalkan dengan Exco MPPMJ ketika itu di ketuai oleh Muhammad Syafiq pelajar Mafraq tahun 3.

Antara barisan pimpinan ketika itu adalah Mohd Nabil pelajar Irbid tahun 3, Muhamad Azmudin pelajar Mutah tahun 3 dan ramai lagi. Pelbagai slot penerangan mengenai Jordan di terangkan semasa orientasi. Dan di situ jugalah saya belajar mengenal kari ayam yang di masak dengan susu sebagai penganti kepada santan kelapa.

Seterusnya program bersama BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) pun bermula. Pada ketika ini kami di bahagikan mengikut negeri masing-masing.

‘Kring- kring’ handset aku berbunyi satu mesej masuk ke dalam inboxku.

“Gerangan siapa agaknya yang mengacau aku time-time program ni,” desusku di dalam hati. Aku terus membaca mesej sebentar tadi, ‘dia gadis bertudung merah.’ From Syafiq.

Aku tercari-cari syafiq, rupa-rupanya dia duduk di belakangku sambal memerhatikan tingkah laku ku.

“Aiseh, wei cover aku jap. Ada orang usha la,” beritahuku kepada Siti tanda tidak selesa di perhatikan sebegitu, walaupun jauh aku memang tidak selesa di perhatikan oleh lelaki tambah-tambah orang yang aku kenal.

“Siapa, Aisyah?” terpinga Siti melihat gelagat pelik aku.

“Tolong jela nanti aku bagitahu kat kau”. Setelah selesai program tersebut aku lihat Syafiq sudah tiada di tempat duduknya ‘mungkin dia ada hal lain yang nak di uruskan,’ bisikku di dalam hati.

Setelah selesai solat zohor berjemaah, kami bersiap-siap untuk program seterusnya. Sementara itu sempat Syafiq call aku menanyakan “Aisyah dah makan belum ni?”

Dan pelbagai soalan di acukan kepadaku, mungkin risau agaknya lihat gelagat aku agak tidak selesa sepanjang program.

Begitu prihatin sekali Syafiq menjaga aku, malu juga rasanya kerana perkenalan kami hanya dua bulan sahaja di universiti. Masa yang terlalu singkat dan pelbagai kenangan yang tercoret dengan kesingkatan masa itu.

Masih segar di ingatanku semasa kami terpaksa menolak kereta Kancil yang di sewa, gara-gara terlupa hendak mengisi minyak. Kereta itu berhenti betul-betul di depan lampu traffic light. Malu rasanya menolak kereta ke tepi jalan, itulah pengalaman pertama aku dalam hidup menolak kereta yang kehabisan minyak.

Masa itu aku lihat Syafiq bersungguh-sungguh menahan kereta lain untuk membeli minyak. Kelihatan jelas terpancar kesungguhan dan keikhlasannya untuk menolong kami untuk sampai ke destinasi.

“Siapa yang dapat Syafiq ni untungkan kak,” kataku.

“Kamulah yang untung sebab akak dari tadi perasan dia asyik pandang kamu je, kot-kot dia suka kamu kot,” balas Kak Farhana.

“Eh, ada-ada je akak ni, mana adalah kita rasa dia mesti dah ada orang lain dah. Takkan la dia nak orang macam kita ni. Dah tak yah nak berangan,” desusku.

“Uit Aisyah dah jom program da nak bermula ni,” sapa Kak Iza membangunkan aku dari lamunan. Aku segera bangun menyarungkan kasut dan terus ke dewan masrah untuk program seterusnya.

Petang itu program menara Istana Takasyi pun bermula. Pada mulanya aku blur kenapa namanya Istana Takasyi? Rupa-rupanya program ini berkisar tentang perjuangan para sahabat terdahulu.

Kami di bahagikan kerja mengikut kumpulan untuk menyelesaikan dari checkpoint satu hingga ke checkpoint terakhir. Masa inilah kita dapat menilai kerjasama dalam kumpulan dan dapat melihat sejauh mana kita paham mengenai sejarah terdahulu.

Alhamdulillah akhirnya kami dapat menyelesaikan tugas sehingga ke checkpoint terakhir.

“Memang betul-betul mencabar minda kot,” rungutku.

“A’ah la, tiba-tiba dia suruh cerita pasal gubra mana la aku tahu. Tahu pun sikit-sikit je kalau tersalah fakta habis kita,” sampuk Liza rakan kumpulanku.

Dia juga adalah pelajar mafraq yang datang ke Jordan awal dua bulan sebelumku. Liza datang ke Jordan sendirian semasa musim soifi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience