BAB 11

Romance Completed 11319

‘Kenapalah aku menyukai orang yang langsung tidak pernahku kenali?’

Aku tertanya-tanya kepada diriku sendiri. Haruskah aku berbuat demikian, tanpa dia sedari yang aku mula menyintainya. Ya Allah dugaan apa kali ini, mampukah aku untuk laluinya.

‘Farid kenapa engkau selalu hadir di kala aku perlukan seorang teman untuk berkongsi cerita? Mengapa engkau hadir di kala aku bermurung kesedihan? Mengapa engkau hadir di kala aku memerlukan seorang untuk mendampingiku? Engkau terlalu baik denganku, sehingga aku kelemasan menangung rindu yang penuh sarat, kerana berbicara tanpa wajahmu. Engkau selalu ada untukku.¬

Syafiq, terlalu banyak nasihat yang engkau telah berikan kepadaku, engkau telah banyak mengajarku erti kematangan dalam hidupku. Walaupun perkenalan kita hanyalah sementara, tetapi hadirmu jua membuatkan hidupku ceria dan bahagia.’

Ya Allah apa harusku lakukan untuk menepis segala rasa cinta dan sayang ini, aku tidak mampu untuk menangungnya sendiri. Andai ini satu ujian bagiku, aku redha dengan segala-galanya. Mungkin ujian ini akan mengajarku erti kematangan hidup. Walaupun aku keliru untuk memilih, kerana kedua-duanya adalah baik dan tidak layak bagiku untuk memiliki hati suci seorang lelaki yang baik seperti mereka berdua.

Kata kata pujangga,

Cinta letaknya di hati,

Meskipun tersembunyi namun getarannya nampak sekali,

Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus memberi kesan kepada tindakan,

Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,

Debu beralih emas,

Keruh menjadi bening,

Sakit menjadi sembuh,

Penjara menjadi telaga,

Derita menjadi nikmat dan,

Kemarahan menjadi rahmat,

Cinta mampu melembutkan besi,

Menghancurkan batu karang,

Membangkitkan yang mati dan,

Meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin.

Inilah dahsyatnya cinta!

- (Jalaluddin Rumi)

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.

“Sungguh menyakitkan mencintai sseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.”

Hati . . . sungguh sinonim dengan cinta. Aku punya cinta, begitu juga engkau dan dia. Masing-masing dikurniakan rasa cinta dan kasih dihati. Cintailah sesiapa pun namun jangan sesekali membelakangkan Si Pemilik Cinta itu sendiri. Hanya Dia pemilik cinta dan hanya Dia yang berkuasa meniup dan menarik semula nikmat cinta itu.

Jawapan kenapa aku memilih Jamiah Al-Bayt tidak memilih Jamiah Mutah kerana mungkin aku manusia biasa yang mempunyai perasaan yang tertarik kepada lelaki, dan sesungguhnya Allah menjadikan manusia itu berjantina iaitu lelaki dan perempuan, dan Allah juga menjadikan lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan juga akan tertarik kepada lelaki.

Aku cuba menyembunyikan perasaan ini kerana ku khuatiri akan bergelumang dengan hawa nafsu syaitan yang tidak pernah berhenti memujuk dan mengoda manusia yang lemah sepertiku.

Dan aku juga tidak mahu perasaan yang sedikit ini akan bertukar menjadi maksiat hati kerana seringkali mengingatinya sekaligus melemahkan imanku. Ya muqallib qulub sabith qulubana ‘ala dinika, amin. Mungkin dengan cara ini aku boleh untuk melupakannya buat seketika.

Aku redha dengan ketentuan dari Allah. Dan aku juga tahu yang aku sebenarnya tidak layak untuk memiliki hati seorang lelaki yang cukup sempurna dan baik bagiku. Mungkin dia lebih layak bersama permaisuri pilihan hatinya.

Hikmah Allah adalah luas, mungkin ada sesuatu yang tidak di duga akan berlaku, aku redha di setiap ketentuan.

Jika memang tercatat namanya dan namaku di luh mahfuz mungkin kami akan di satukan, dan jika dia bukan di takdirkan untukku aku redha dan berserah mungkin ada yang lebih terbaik allah jadikan untukku.

Ke bumi mafraq aku melangkah. Perjuanganku masih belum selesai. Akan ku tinggalkan segala perasaan ini sementara. Kerana ku tahu jika aku menurutkan juga maka akan ku tumpas di medan ini. Maka perjuangan ini tiada maknya lagi bagiku.

Tetapi jika perasaan ini ku tepis serta bersemangatkan dengan semangat yang betul, maka di medan ini aku tidak gentar untuk bertarung dengan ilmu-ilmu yang mendatang.

Sesungguhnya aku di hantar di sini untuk menyelamatkan anak-anak bangsa yang berada di luar sana. Ayuh! Bangun dari lamunan, tinggalkan kesemua kejahilan maka Islam sebenar akan muncul semula. Jihad di jalan Allah adalah sebenar-benar jihad.

Aku sering memikirkan sesuatu yang terbaik untuk diriku dan aku harap ia sebaik-baiknya untuk aku ke jalan Allah. Jika keputusan ku mengejar cita-cita ini membuatmu semakin menjauh.

Maafkan aku dan aku maafkan dirimu. Ketahuilah aku takkan pernah habis mendoakan kebaikan dan kesejahteraanmu. Hanya Tuhan yang tahu segala isi hatiku, dan hanya Dia yang maha bijaksana mengatur segalanya untuk kita.

AKU SENTIASA MEMIKIRKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU. DAN JIKA KEPUTUSAN INI MEMBUATKAN DIRIMU SEMAKIN MENJAUH DARIKU MAAFKAN AKU. MUNGKIN AKAN KUKUBURKAN HASRAT HATI NI UNTUK SELAMANYA JIKA BUKAN TAKDIR KITA UNTUK BELAJAR BERSAMA MUNGKIN IANYA HANYALAH SATU ANGAN-ANGAN SEORANG HAMBA SEPERTIKU YANG MUNGKIN TIDAK LAYAK BAGIMU. AKU REDHA DGN SEGALANYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience