BAB 2

Romance Completed 11319

Tanggal 16 September 2010 adalah masa yang di tunggu-tuggu. Berdebar rasanya untuk berpisah jauh dengan famili tercinta selama ini cuma beberapa bulan je, tapi kali ini mungkin perpisahan yang agak lama.

Masa bersama famili begitu cepat sekali, sukar bagiku untuk percaya rasa bagai kehidupan ini kurang bersama keluarga.

Maklumlah hidup remaja di habiskan di asrama. Masih tergiang-ngiang suara ustaz Razali semasa berceramah di musolla selepas maghrib semasa aku di alam persekolahan, “perasan tak kamu semua sebenarnya masa remaja kamu habis di asrama?” Aku pun terfikir sendirian betul juga kata-kata ustaz ni, masa dengan famili dalam setahun boleh dikira.

Tapi walaubagaimanapun aku bersyukur kerana di hantar ke sekolah berasrama kerana di situlah tempat aku berdikari dan mengenal erti kehidupan. Bak kata pepatah, “alah bisa tegal binasa” maka pengorbanan itu sebenarnya banyak mengajar kita kematangan di dalam kehidupan.

Malam sebelum terbang ke Jordan parent saya mengadakan sedikit kenduri doa selamat. Pada mulanya majlis ini memang tidak di rancang kerana masalah kewangan, almaklumlah baru sahaja selesai hari raya Aidilfitri.

Abah juga risau sangat apabila memikirkan soal duit biasalah Jordan bukan calang-calang negara. Jordan adalah satu-satunya negara yang menggunakan dinar iaitu perantaran emas sebagai matawang di negara mereka. Saya berasa sedih kerana telalu menyusahkan mama dan abah.

Tapi jauh di sudut hati mama dan abah mereka gembira kerana anaknya ada yang berjaya melanjutkan pelajaran di oversea.

Terngiang kata-kata abah pada malam itu “duit boleh di cari, angah tak payah nak risau-risau pasal duit yang penting angah belajar sungguh-sungguh”.

Aku menundukkan kepala sambil berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.

Pada pukul 6.30 pagi bersamaaan 16 September 2010 adalah saat terakhir aku di bumi Malaysia. Pada pagi itu setelah selesai solat subuh saya terus bersiap-siap untuk ke KLIA.

“Angah barang-barang semua dah ok ke? Jangan ada yang tertinggal,” pesan mama pagi itu sebelum bertolak ke KLIA.

Sepanjang perjalanan saya sengaja menghiburkan hati dan sengaja menyembunyikan perasaan sedih kerana terpaksa berpisah bersama famili dalam tempoh yang lama.

Empat tahun bukan tempoh masa yang sekejap bagiku pada saat itu mungkin pada masa itu aku masih tidak boleh terima kerana terpaksa berpisah dengan famili tercinta, tapi apakan daya perjuanganku masih belum selesai medan perjuanganku di bumi Jordan sedang marak memanggil-manggilku untuk ke sana.

Tepat pukul 10.30 pagi kami terpaksa pergi ke balai berlepas untuk menaiki kapal terbang. Setelah memakai tag nama travel kami di beri taklimat sedikit sebelum berlepas dan membaca doa yang di ketuai ustaz Ramli pegawai JAIS. Pada waktu itu hanya terlintas di fikiranku adalah keluargaku. Abah selalu pesan,

“ingat jaga solat lima waktu jangan lewat-lewatkan solat.”

Masih segar di ingatanku pesanan abah itu, pasti akan ku sematkan di dalam diri ini Insya Allah. Dan doa abah dan mama adalah bekalan untuku berjuang di bumi anbiya nanti.

Pesawat Gulf Air yang membawa kami dari KLIA ke Bahrain dan seterusnya ke Amman pada 16 September 2010. Sepanjang perjalanan saya terasa hari siang kerana waktu di setiap negara berbeza, dan terasa agak letih even menaiki kapal terbang.

Rombongan kami transit di Bahrain selama 5 jam. Setelah selesai solat zuhur di Bahrain, kami pelajar-pelajar di beri pilihan untuk melakukan apa sahaja selama 5 jam sebelum pesawat ke Jordan tiba.

Masa inilah kesemua pelajar ada yang pergi makan, ada yang pergi online dan saya dan kawan-kawan yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar di airport Bahrain.

Setelah habis waktu transit kami, ustaz ketua rombongan kami menyuruh kami berkumpul untuk menaiki pesawat seterusnya untuk ke Jordan.

“Ahlan wah sahlana wa marhaban bikum” Setibanya di Amman, kami di sambut oleh pelajar senior universiti masing- masing.

Tapi malangnya senior dari Universiti Al-Bayt telah pulang terlebih dulu kerana flight kami lewat 5 jam lamanya. Maka terpaksalah kami tidur di Irbid Universiti Yarmuok semalaman.

Malam itu saya rasa sungguh bertuah kerana pertama kalinya dapat menghirup udara di bumi anbiya. Sepanjang perjalanan ke Irbid yang ku nantikan adalah bantal dan tilam kerana terlalu letih seharian di dalam kapal terbang. Malam itu cuaca agak sejuk, dan keadaan sekeliling agak sunyi dan tenang.

Keadaan jalan raya di Jordan tidak terlalu sesak seperti di bandaraya Kuala Lumpur. Sepanjang berada di Universiti Yarmuok tempat transit untuk seketika saya rasa sungguh seronok kerana akhirnya aku sudah dapat menjejakkan kaki di bumi Jordan.

Petangnya barulah ada pelajar senior Universiti Al-Bayt iaitu ustaz Hisyamudin menjemput kami di Irbid dan pergi ke Mafraq, medan perjuangan sebenar kami.

Masa inilah terasa takut sangat mungkin hendak pergi ke medan perjuangan yang sebenar. Dan kita juga tidak tahu apa ujian yang akan di uji seterusnya. Perjalanan ke Mafraq kali ini sungguh berbeza sekali sepanjang perjalanan adalah padang pasir.

Di tepi-tepi jalan cuma ada pengembala kambing dan unta. Tiada langsung pembangunan seperti perumahan dan bangunan di situ, adapun cuma satu, dua rumah sahaja di atas bukit.

Saya terkesima, “uisy semua padang pasir, mana rumah?”.

“Kat sini ke tempat kita belajar nanti?” sampuk Kak Iza.

Sepi seketika. Masing-masing asyik melihat pemandangan sekitar Mafraq di tepi tingkap pick up.

Kali pertama kami di beri makan roti Kubus oleh driver pick up. Pada mulanya saya blur “roti apa ni? Takkan nak makan macam tu je?” soalku.

“Entahlah makan jela dah orang Arab ni bagi”, jawab Atikah semasa di dalam pick up.

Dan setibanya kami melalui satu tempat ustaz Hisyamuddin menyuruh kami berdoa kerana di tempat itu mustajab berdoa. Lalu saya terus berdoa di dalam hati.

Dan jauh di sudut hati aku terasa rindu kampung halaman, tapi demi semangat juang akanku teruskan kehidupan pencarian ilmu ini walaupun sukar sekalipun.

Setelah tiba di Jamiah Al Bayt, kami di sambut oleh akak-akak senior yang belajar di situ. Kami di sambut dengan penuh kegembiraan oleh pelajar-pelajar Mafraq.

Pada mula-mulanya aku di bumi Jordan, perkara pertama yang aku rindukan adalah famili. Sedih sangat sehingga hampir setiap malam saya menangis teringatkan famili di Malaysia, rasa down sangat pada mulanya, entah kemanakah agaknya hilang semangatku masa itu?

Musykil sungguh, mungkin saya juga merindui kawan rapatku, Farhah Najihah yang berada di Terengganu terasa janggal apabila tiada dia di sisi.

‘Tak tau la macam mana nak teruskan kehidupan dan perjuangan kat sini’ monolog aku sendirian. Kadangkala saya rasa down kadangkala saya rasa ok. Maybe masih baru di sini, Insya Allah semoga lama kelamaan saya akan selesa berada di sini.

Teringat kata-kata abang sahabatku sewaktu kenduri doa selamat di rumahku, “mula-mula hidup kat sana memang sedih asyik teringat kat famili, tapi nanti lama- lama okla,” ujarnya.

Memang betul kata-kata abang Kirin. Sekarang saya baru terasa sedih kerana terlalu jauh dengan famili. Tapi dengan semangat perjuanganku sentiasa berdoa kepada Ilahi untuk meredakan kesedihan ini, “ya Allah kau pimpinlah daku berilah kekuatan kepadaku untuk hadapi semua ini. Amin.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience