BAB 4

Romance Completed 11319

Hari ini, hari terakhir program orientasi kami di jamiah mutah pagi-pagi lagi aku bangun untuk menunaikan ibadah wajibku sebagai seorang muslimah, setelah selesai menunaikan solat aku mengemas pakaian untuk di bawa pulang.

Kami pelajar-pelajar mafraq di arahkan membawa barang terus ke jamiah kerana malam itu juga setelah selesai program kami akan terus pulang ke Jamiah Al-Bayt.

Setelah selesai mengemas dan bersiap aku dan rakan serumahku turun ke bawah untuk menunggu coaster yang akan menjemput kami untuk pergi ke jamiah.

“Cepat je kan masa berlalu, malam ni kita dah nak balik mafraq dah, rasa macam tak puas je duduk kat mutah ni,” saya berceloteh.

“Betul-betul sekejap je rasanya, macam tak percaya pulak malam ni nak balik rasa macam baru je sampai semalam,” balas Liza.

‘Pritttttt….prittttttttttt…’ kedengaran bunyi hon di hujung jalan, rupanya coaster yang di tunggu tiba untuk membawa kami ke jamiah mutah.

Ada seorang syabab keluar dan menyebut nama rumah yang akan naik coaster terlebih dahulu. Kedengaran bait busyra di sebut untuk menaiki coaster terlebih dahulu.

Aku dan Liza segara mengangkat barang untuk pergi ke coaster tersebut. Tiba-tiba “Liza, sekejap jangan naik dulu biar lambat-lambat sikit,” beritahuku dengan muka yang merah padam.

“Kenapa kau ni macam nampak hantu je, kau ok tak ni?” balas Liza.

“Eh, aku ok je. Lambat-lambat la sikit naik, jangan la banyak tanya.” Rungutku kepada Liza.

“Ok -ok tuan puteri beta menurut perintah,” seloroh Liza.

Kami orang terakhir masuk ke dalam coaster, pada mulanya Liza mahu duduk di depan tapi aku menghalangnya. Akhirnya kami duduk di bahagian belakang sekali.

Pada waktu itu aku berdebar-debar bagai hendak gugur jantungku ini, kerana syabab yang berada di depan itu adalah Syafiq. Aku cuba mengelak untuk dia tidak dapat menghidu kehadiran aku di dalam coaster ini.

Perjalanan dari bait ke jamiah mengambil masa lebih kurang 10 minit lamanya. Suasana pagi di padang pasir sesungguhnya istimewa tidak terungkap dengan kata-kata.

Tanah bersih tanpa rumput, meluaskan penglihatan dan mudah sekali menerbitkan rasa kekedirlan diri kepada Allah SWT.

“Jangan termenung lama-lama sekejap lagi kita dah nak sampai jamiah ni,” tegur Liza.

Saya tersenyum, memandang sekeliling terlihat wajah kegembiraan di wajah masing-masing kerana program orientasi ini akan berakhir pada petang itu, aku pun bersabar menunggu untuk tiba di jamiah mutah. Pelbagai persoalan bermain di kepala.

‘Adakah dia tahu yang aku ada di dalam coaster ni?’ monologku sendirian. Dan jauh di sudut hatiku mengharapkan Syafiq tidak dapat menghidu kehadiranku di dalam coaster itu.

Setelah sampai ke destinasi untuk kami meneruskan program terakhir kami. Aku terus bergerak pantas menuju ke dewan masrah untuk mengambil tempat duduk, tiba-tiba…

‘kring… kring…’ satu mesej masuk ke dalam inbox.

“Wahai sibiru da sihat ke? Makan ubat tak? Tido lena tak? Sejuk tak?” From Syafiq.

“Fuyoo, banyaknya dia tanya mana satu nak jawab ni,” bisikku dalam hati.

Aku tersenyum sendirian di skrin telefon, rupanya dia dapat menghidu kehadiranku di dalam coaster sebentar tadi. Kalau tidak manakan bisa dia tahu yang aku memakai serba biru pada pagi itu.

“Salam abang, Aisyah sakit kepala.” aku menghantar mesej kepada Syafiq setelah habis program Istana Taksyi pada petang semalam.

Cuaca yang agak tidak menentu menyebabkan aku berasa tidak selesa dan sakit kepala. Mungkin dia risau dengan keadaanku, itulah banyak soalan yang di acukan di dalam mesejnya.

Maklumlah dia bertugas sebagai AJK pengangkutan dan kebajikan. Pelajar-pelajar yang sakit adalah tanggungjawab dia sepanjang program berlangsung.

Aktiviti pagi tu berjalan seperti yang di jadualkan walaupun boring tetapi aku tetap betahan. Biasalah orientasi untuk pelajar universiti mesti input yang di beri dengan pelbagai slot pengenalan Jordan dan berkisar mengenai MSD (Malaysian student department).

Badan inilah yang menjadi perantaraan pelajar menguruskan perihal-perihal pelajar di Jordan untuk berurusan seperti cop pengesahan, pinjaman, pertukaran university dan sebagainya.

Ada pelajar yang khusyuk mendengar dan ramai juga yang syahid di atas kerusi. Biasalah program-program seperti ini, pelajar-pelajar yang kurang prihatin mereka akan pandang mudah sahaja dan tidak mengambil berat tentang isi yang di sampaikan.

Petang itu program kebudayaan di jalankan ada kumpulan yang bernasyid, berpantun, berlakon, bersajak. Kumpulan saya di tugaskan untuk berlakon dengan tajuk kedatangan pelajar baru ke Jordan.

Tidak semena-mena aku terpaksa membawa watak sebagai seorang pelajar dari Sabah datang ke Jordan. Memang merapu Sabahlah masa tu.

“Sabah bah, kamu suruh aku jadi orang Sabah, apa aku nak merapu ni, bahasa Sabah pun aku tak pernah cakap,” rungutku kepada Liza.

“Kau hentam jak, apa yang kamu tahu kamu sebut yak,” seloroh Liza.

Lawak rasanya, memengang watak sebagai orang Sabah. Tapi aku cuba yang terbaik demi kumpulanku. Dan akhirnya kami berjaya berlakon dengan baik dan menghiburkan hati para penonton.

Maka berakhirlah program orentasi 2010/2011 sempena kehadiran pelajar baru ke Jordan. Petang itu kami pelajar Al-Bayt terpaksa pulang ke medan perjuangan untuk meneruskan perjuangan kami yang belum selesai.

Aku sudah terbayang keadaan struktur bangunan jamiahku yang tidak ubah serupa dengan kilang. Segala-segalanya kotak tiada seni langsung seperti di jamiah mutah.

Di Al-Bayt semua bangunan baik dewan kuliah sehinggalah sakan semuanya serupa seperti kilang. Tetapi yang membezakan hanya bangunan baru seperti bani hasyim, majmak quraisy, dan pejabat naib canselor.

Terkenang aku semasa berjalan bersama Hani rakan satu sekolah menengah menuju ke dewan kuliah.

“Kau tau tak masa mula-mula aku datang sini aku ingatkan kilang, rupanya jamiah” rungut Hani kepadaku.

“Kilang kau cakap, tergelak aku dengar, tula aku ingatkan lagi canggih macam kat Malaysia, tapi aku rasa Malaysia la yang terbaik. Tapi perjuangan kita di sini mesti di teruskan biarlah macam kilang sekalipun tetapi ilmu yang di berikan sangat bernilai seperti berlian,” balasku.

‘Kring….kring….’ tersedar aku dari lamunan sebentar tadi.

“Siapa pulak yang call time busy-busy ni?” rungutku. Aku terus memicit butang telefon.

“Assalamualaikum, Aisyah dah habis program ke?” soal Syafiq.

“A’ah dah nak habis kenapa ye?” balasku.

“Abang kat hospital ni hantar pelajar sakit. Rasa macam tak dapat je nak jumpa Aisyah, bas datang pukul berapa?” soalnya lagi.

“Yeke? (nada hampa). Takpe lah kalau abang busy, Aisyah tak kisah pun, Aisyah tahu siapalah Aisyah ni kan (nada merajuk).”

“Eh Aisyah, jangan la cakap macam tu, takpe lah kalau tak de rezeki kali ni, mungkin hari lain, oklah abang ada kerja nak di buat ni.” Syafiq menghabiskan perbualannya.

Akhirnya dengan izin Allah bas kami datang lambat, kami terpaksa solat jama’ maghrib dan isyak di mutah. Tiba-tiba kelihatan seorang syabab berjalan keluar dari dewan masrah dan melemparkan senyuman kepadaku.

Aku tersipu malu dan ingin menyembunyikan senyuman itu kepada kawan-kawanku. Tetapi akhirnya dapat di hidu juga oleh kawan-kawanku yang berada di situ.

“Uits suka nampak, aku nampak siapa yang senyum kat kau tadi,” tegur Siti.

“Siapa tu Pikah? Akak tak kenal pun,” sampuk Kak Laili.

“Makcik, mulut ang senyap-senyap sudah, Kak Laili takde siapa-siapa pun,” aku cuba menyembunyikan.

“Kak Laili dah tahu la aku bagitahu tadi. Hehe,” terang Siti.

“Malu kot, adoi, Kak Laili tu abang kita la takde apa-apa pun.” Balasku dengan perasaan malu.

“Akak ok je yang kau merah padam ni apasal?” sergah Kak Laili.

“Kita malu la dengan akak,” terangku.

“Takde apalah yang nak di malukan, biasalah manusiakan akak faham Aisyah, Aisyah buat-buat biasa je,” balasnya.

Satu senyuman yang di lemparkan kepadaku sudah cukup terubat kerinduan yang sekian lama terpisah dek kerana mengejar cita-cita. Aku berbangga kerana di kurniakan seorang teman seperti dia kerana dia telah banyak mengajar aku erti kehidupan dan kematangan.

Teringat semasa berbual-bual dengannya, ketika itu kami masih menuntut di universiti tempatan di Malaysia.

“Ala abang rilex la, ambil diploma pun ok apa. Nanti umur abang 21 dah boleh ambil degree, lepastu baru boleh kahwin,” saya berceloteh kepadanya.

“Amboi senangnya mulut makcik ni bercakap, Aisyah ingat senang ke? Lepas habis degree tu belum tentu dapat kerja tau, nak bagi makan anak orang apa? Tak kan pasir kot?” Soalnya.

“Betul jugak ek, sorry la gurau-gurau je tadi, tapi kalau dah tu keputusan abang, Aisyah dah tak boleh nak buat apa-apa. Semoga berjaya Aisyah doakan,” balasku.

Pemikirannya agak matang berfikir membuatkan aku terus berfikir. Aku agak takjub dengannya kerana walaupun dia adalah anak bongsu dalam keluarganya namun pemikirannya tidak seperti anak bongsu.

Kebiasaannya anak bongsu terlalu manja dengan ibu bapanya sehinggakan mereka tidak boleh berdikari dengan sendiri selalu mengharap pertolongan dari orang lain walaupun dengan kerja yang senang.

Kini saat yang di tunggu-tunggu pun tiba, masa untuk kami pelajar-pelajar mafraq balik ke medan perjuangan sebenar kami.

Selepas berpelukan dan berjabat tangan dengan rakan-rakan yang baru sahaja kenal di mutah, saya melangkah ke dalam bas dengan tenang.

“Bismillahitawakaltu ala allah, ke medan mafraq aku melangkah.”

Perjalanan pada malam itu sungguh mendamaikan. Namun kelihatan semua pelajar keletihan kerana melakukan pelbagai aktiviti dan berjaya menempuhi keseluruh program itu dengan jayanya.

Perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam lamanya menyebabkan kami ada yang tertidur sepanjang perjalanan.

Mata saya asyik melihat suasana di sekitar jalan raya Jordan. Jordan tidak seperti negara Arab yang saya bayangkan. Tiada pohon tamar, tidak ramai yang berjubah dan lebih menakjubkan saya tiada motosikal!

Kebiasaanya di Malaysia motosikal menjadi pengangkutan utama selepas kereta, tetapi tidak seperti di Jordan, di sini mereka akan memandang aib kepada sesiapa yang membonceng motosikal, lebih-lebih lagi kaum wanita. Motosikal hanya di gunakan oleh syurtah-syurtah di bandar-bandar besar seperti Amman.

Jarang juga melihat wanita memandu kereta di lebuhraya. Mungkin kerana di sini kaum lelaki sangat mengihtiramkan para wanita. Sedangkan wanita yang berbasikal juga akan di pandang aib oleh mereka.

Maka kadar kematian jalan raya adalah berkurangan berbanding di Malaysia kebanyakan para pembonceng motosikal yang di gelar ‘mat rempit’ mati katak di jalanraya.

Kami tiba di mafraq tepat pada pukul 11.20 malam waktu Jordan. Jelas terpancar keletihan di wajah para peserta orientasi.

Pada malam itu aku cuba untuk menghubungi Aiman untuk memberitahu yang kami sudah sampai ke jamiah dengan selamatnya. Tetapi aku tidak berjaya menghubunginya mungkin sibuk agaknya.

“Oh, baruku teringat dia terpaksa menghadiri program hari raya yang di sambut untuk pelajar-pelajar mutah malam ni,” bisikku dalam hati.

Saya meletakkan barang ke dalam bilik dan mengeluarkan baju-baju kotor untuk di rendam. Aku mengenakan pakaian tidur dan bersiap-siap untuk tidur. Tiba-tiba..

‘kring…kring….’ handsetku berbunyi, menandakan ada satu panggilan masuk, lalu ku picit butang telefon.

“Assalamualaikum Aisyah, maaf abang ada program tadi, Aisyah dah sampai mafraq ke?” soalnya.

“Waalaikumussalam, owh yeke takpela, aah Aisyah dah sampai mafraq,” balasku.

Kami berbual agak lama pada malam itu, dan pelbagai soalan di acukan kepadaku.

Salah satunya adalah “kenapa Aisyah pilih Al-Bayt, tak mutah?” soalnya.

“Susahnya Aisyah nak jawab soalan tu, mungkin belum tiba masanya untuk Aisyah jawab kot,” balasku.

Mungkin persoalan yang di tujukan ini akan terjawab bila tiba masa dan ketikanya. Untuk saat dan detik ini aku masih tidak boleh menjawab persoalan yang di acukan kepadaku.

“Okla Aisyah, abang tunggu jawapan dari Aisyah je, abang dah nak tidur ni, jaga diri elok-elok assalamualaikum.” Syafiq menghabiskan perbualan.

“Insya Allah kalau Aisyah dah sedia, abang pun jaga diri elok-elok. Waalaikumussalam.” Balasku di akhir perbualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience