BAB 7

Romance Completed 11319

Aku hanya seorang insan biasa, cukuplah di kenali sebagai Aisyah. Aku bukanlah berasal dari keluarga yang punya latar belakang yang alim dan warak. Bahkan aku juga tidak berperwatakan seperti orang yang alim.

Tetapi aku bersyukur kerana di kurniakan keluarga yang masih menjaga amalan kami sebagai seorang Muslim. Dan aku juga bersyukur kerana di kurniakan ibu bapa yang masih ingin mendalami dan ingin menyelami ilmu-ilmu syariah Islam.

“Terima kasih Allah,” bisikku.

“Aisyah! Cepatlah kita dah lambat ni,” jerit Najihah.

“Ye, sekejap dah nak siap dah ni,” laungku.

Aku terkocoh-kocoh mengenakan tudung berwarna putih sementara kakiku cepat menyarung stoking. Terus aku keluar dari bilik melangkah untuk pergi ke kuliah.

Pagi itu aku kelewatan kerana keletihan di sebabkan program-program di universiti. Hampir setiap hari aku mengunci alarm di handsetku, entah mengapa tiba-tiba hari ini aku langsung tidak mendengar alarmku berbunyi.

Kami terus berjalan kaki menuju ke kelas untuk kuliah hari ini. Setibanya di kelas aku terkejut kerana tiada sesipa pun yang datang cuma sekumpulan kecil pelajar sahaja yang hadir.

“Mana yang lain?” soalku.

“Tak sampai lagi la,” balasnya.

Aku melihat jam tangan di tangan kananku dan terus berkata, “dahsyat betul, aku ingat aku orang terakhir tadi yang datang ke kelas, rupanya ada lagi yang lambat”.

“Mmmm, biasalah tu, sama ada bangun lambat atau bersolek lambat” balas Jiha.

Tepat pukul 8 pagi kelas berjalan seperti biasa, ruang yang kosong sudah di penuhi dengan pelajar-pelajar yang baru sahaja hadir. Pensyarah memulakan kelas dan mula bersyarah mengenai subjek Usul Fiqh pada hari itu.

Walaupun agak sukar pada mulanya untukku memahami subjek ini. Namun lama kelamaan aku jadi jatuh cinta dengan subjek Usul Fiqh disebabkan banyaknya hokum-hakam yang belum aku ketahui.

“Wei, kelas dah habis jom pergi makan aku dah lapar sangat ni,” soal Anis sahabatku.

“Mmm, jomlah aku pun sama lapar ni,” balas Jannah.

“Oklah kalau macam tu korang-korang semua laparkan? Jom kita pergi kafe. Kafe mana nak pergi ni?” soalku.

“Kafe baru jelah, kau ni macam tak biasa,” balas Jiha.

“Baik, boss,” selorohku.

Kami berenam iaitu aku, Najihah, syahirah, Anis, Amalina, Jannah pergi ke kafe untuk mengisi perut kerana kelaparan.

Pada hari itu aku memilih nasi ayam sebagai makanan tengah hariku, lalu menyelok saku mencari wang kertas RM5.

Tangan kananku menghulur wang kepada seorang lelaki yang bertubuh tinggi. Selepas baki duit bertukar tangan, aku terus beredar dari situ. Rimas dengan pelajar-pelajar yang ramai ingin membeli makanan.

Tiba-tiba mata kecilku terlihat pada satu sudut.

“Uit, Jiha macam ada iras-iras Farid kan?” soalku.

“Yang mana satu? Kau ni kemana saja Farid,” desus Najihah.

“Takdelah cuba kau tengok betul-betul,” balasku.

“Mmm, a’ah adalah sikit-sikit iras prince tom yam kau tu.”

“Hah, kan aku dah cakap, ingat aku mabuk sangat ke dengan prince tom yam tu,” selorohku.

“Ok-ok aku yang salah,” ketawa Najihah kecil.

Tiba – tiba….

“Jiha, Aisyah copeklah hah eden dah lapar ni,” laung Lin.

“Yola – yola, den datang ni,” balas Jiha.

Kami pun beredar dari situ dan terus pergi ke meja untuk menikmati makanan tengah hari iaitu nasi ayam dan sahabat-sahabtku yang lain memilih pelbagai makanan yang ada di jual di kafe itu.

Keakraban persahabatan kami makin akrab walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun semua itu tidak kami persoalkan dalam menjalinkan persahabatan.

Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang banyak membantuku dalam menghadapi ujian yang mendatang. Merekalah yang selalu mendampingku di kala aku bersedih, di kala aku kesusahan.

Teringatku semasa Syafiq pergi jauh meninggalkanku. Kawan-kawanku yang banyak memberi semangat untukku meneruskan kehidupan ini.

Walaupun aku hanya kenali Syafiq cuma beberapa bulan namun kesannya cukup mendalam, dia banyak memberi nasihat untukku supaya berubah menjadi wanita yang solehah.

Namun setelah Syafiq pergi jauh, cuma beberapa kali sahaja dia menanyakan khabarku di email. ‘Mungkin dia sibuk kot,’ desusku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience