BAB 6

Romance Completed 11319

Seperti biasa aku membuka akaun Facku untuk ‘berchating’ dengan kawan-kawan lamaku. ‘Cuti semester yang membosankan,’ desusku. Lama aku termenung di depan skrin laptopku untuk memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk mengisi kebosanan semasa cuti ini. Tiba-tiba chatting Facku terdapat mesej from Kau Aku.

“Siapa dia ni?” bisikku sendirian.

Tanpa membuang masa aku membalas mesejnya. Dan terus berkenalan melalui Fac dan dia terus menjadi kawanku di Yahoo Messenger.

Disinilah segalanya tercipta. Aku langsung tidak sedari yang dia telah mengetuk pintu hatiku yang sekian lama tertutup.

Dia adalah seorang mahasiswa dari Universiti Al-Azhar Mesir, yang mengagumkan aku dia adalah seorang pelajar jurusan syariah di salah sebuah universiti tertua di dunia. Bukan calang-calang orang yang boleh memasuki ke universiti ini tanpa mempunyai kecekalan dan ketabahan yang kuat.

Al-Azhar adalah salah sebuah universiti yang tertua di dunia. Ia merupakan universiti kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti Al-Qarawiyin.

Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar.

Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuk pendidikan.

Hari berlalu tanpa ku sedari detik-detiknya berlalu dengan pantas. Pada waktu itu hampir setiap hari kami ‘berchatting’ dan saling bertukar-tukar pendapat mengenai isu semasa. Hatiku terhibur apabila dia begitu petah melayan kerenahku yang masih keanak-anakan ini.

“Aisyah, belajar kat mana?” soalnya.

“Aisyah belajar kat dalam negara je, tak macam Farid pandai,” jawabku.

“Eh, tak adalah semua orang pandai, Farid ni pun rezeki je tuhan nak bagi belajar kat sini,” balasnya.

Keakraban kami semakin utuh, sehingga tidak menyedari yang 2009 hampir melabuhkan tirainya. Kini 2010 hampir menjeguk untuk menaiki takhtanya. Kini usia kami semakin meningkat dia sudah pun memasuki alam 20-an dan aku masih belasan tahun.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa. Aku sering tertanya-tanya kenapa aku boleh menerima dia untuk hadir dalam hidupku sedangkan dia tidak pernah aku kenali. Pada suatu hari tiba-tiba,

“Buzz”

“Uit,” sapaku.

“Busy ke? Farid ada soalan ni?”

“Tak lah, Aisyah xbusy pun, mm ape soalannya?”

“Apa pendapat Aisyah tentang kahwin?”

“Aik? Macam pelik je ayat tu? Farid nak kahwin ye?”

“Eh, tak adalah, Farid nak mintak pendapat Aisyah je?”

“Entahlah, bagi Aisyah kahwin semasa belajar tidak perlu kot, sebab kahwin memang seronok tapi kehidupan selepas kahwin tu banyak lagi cabarannya. Farid kene ingat tu bukan senang nak pikul satu tanggungjawab dan amanah yang besar ni”.

“Wow, panjangnya Aisyah bersyarah, baik ustazah, Farid faham.”

“Tak adalah ini cuma pandangan Aisyah je, orang lain tak tahu macam mana.”

“Ok”

Aku menghabiskan perbualanku di Yahoo Messenger, terus aku sign out messenger dan terus tidur.

Hari demi hari aku tertanya-tanya,

“Farid siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menangung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkan dirimu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di dalam hatiku, sedang cintaku hanya satu. Menjadi suri di hatimu,” desus hatiku.

“Hei, makruh senyum sorang-sorang,” tegur Najihah, bergurau.

“Merepek je kau ni, mana ada hukum kata makruh senyum sorang-sorang. Buku fiqh mana kau belajar ni?”

“Eh, semestinya buku fiqh ciptaan aku,” selorohnya.

Tersedar aku dari lamunanku.

“Sorylah, tadi aku mengelamun sekejap.”

“Mm, dah agak dah, fikirkan siapalah agaknya kawan aku ni, fikir pasal prince tom yam kau ke?”

“Aish, tau-tau je kau ni, bocor sudah rahsia aku.” Aku buat muka.

“Eleh, kau kawan aku la, semua kat fikiran kau aku boleh baca, dah tak payah nak sembunyi-sembunyi lagi dari aku.”

“Oh, yeke kau dah tahu aish, malunya aku,” merah padam mukaku.

“Eleh, habis tu kau fikir apa? Kalau tak fikirkan prince tom yam kau tu?”

“Entahlah Jiha, aku sebenarnya keliru sekarang, satu-satu datang makin tak faham aku, mmm.”

“Oh, yeke mmm, macam nilah aku rasa baik kau tak yah fikir semua tu, kita tenang-tenang dulu ni baru satu masalah yang datang, kalau ada banyak lagi tak kan kau nak selesaikan dengan termenung je?”

“Oklah, terima kasih, ni yang sayang kau lebih ni,” aku melemparkan senyuman kepada Najihah.

“Oh, baru nilah nak sayang aku? Ni yang nak merajuk ni,” Najihah buat muka.

“Hehe, takdelah sebenarnya lama dah sayang kau tapi malu je nak cakap,” aku gelak besar.

“Yela-yela, aku terima. Mmm, ingat satu je pesan aku, sepertimana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat yang bermaksud Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu memikul bebanan itu. So, orang-orang yang terpilih je Allah akan bagi ujian, dan ujian itu sebenarnya mengajar kita hidup dan erti kematangan dalam kehidupan”. Sambung Najihah.

“Baiklah, Jiha aku faham sekarang, aku akan tempuhi ujian ini dengan sabar”.

Aku tersenyum mendengar kata-katanya sebentar tadi, dialah Najihah sahabatku dunia akhirat. Aku suka mendengar kata-katanya, penuh hemah, sarat hikmah. Dialah yang banyak membantuku. Dialah pencetus semangatku. Dialah sahabat yang menerangi jalan yang kelam.

Sebagaimana kata-katanya sebentar tadi, tidak semua orang akan di uji dengan ujian Allah, dan tidak semua orang mampu untuk di uji dengan bebanan sebegitu, tetapi cuma manusia yang terpilih sahaja Allah akan menguji dengan ujian berdasarkan kemampuan hambaNya. Terus aku menjadi tekad dengan pendirian aku, aku mesti bersabar!

Najihah kembali menyambung kerjanya. Aku masih seperti tadi memikir-mikirkan apakah sebenarnya yang berlaku pada diri ini. Aku bagaikan tidak keharuan. ‘Tenanglah wahai hati,’ bisikku dalam hati kecilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience