BAB 9

Romance Completed 11319

Angin mulus berdesir lembut, mengelus wajahku, terasa dingin. Suasana hari Jumaat yang tenang sekali terasa mendamaikan begitu, sejuk bayu terasa meresap ke kalbu, membelai atma.

Alangkah tenangnya, baru perasaan itu meresap ke dalam jiwaku. Pagi itu aku berfikir sungguh indah ciptaan Allah, dan Allah sangat sayangkan hamba-hambanya.

Segala-galanya punya rahsia di sebalik kejadianNya. Aku terleka melayan perasaanku. Aku tersenyum sendiri, alangkah damainya.

“Hei, kenapa tersengih sorang-sorang ni Aisyah?” sampuk Jannah.

“Aish, kau ni kacau aku tengah feeling,” balasku.

“Kau ni banyak berfikirlah. Kenapa ni?” soal Jannah.

“Entahlah, aku lihat semua ciptaan Allah ni ada rahsia di sebalik kejadian, betulkan? Macam tu jugak dengan masalah hati dan perasaan aku ni, mungkin ada rahsia di sebalik apa yang berlaku, betul tak?” soalku.

“Betul-betul, pandai pun kawan aku ni, dah-dah, aku ada sesuatu ni, kau dengar lagu, mungkin akan lebih tenang sikit kot,” balas Jannah.

“Lagu apa pula ni?” soalku.

“Dengar je lah lepas ni baru tahu,” balas Jannah.

“Ok nanti aku dengar, terima kasih.” Aku melemparkan senyuman.

“Sama-sama.”

Jannah terus beredar dan menyambung kerjanya sebentar tadi. Aku terus mencapai mp3 ku untuk mendengar lagu yang Jannah berikan padaku sebentar tadi.

Sejurus itu air mataku terus mengalir, deras. Tali yang menjerut jiwaku, yang membelit kalbuku selama ini sudah terlerai semuanya, bagaikan gusar dahulu lesap, hilang di telan madah pujangga yang di lafazkan oleh Jannah, lagu yang di berikan sangat mendalam maknanya bagiku.

Seakan-akan memahami masalah yang sedangku lalui. Lagu “Permata Dicari” nyanyian DeHearty mengusap-usap gegendang telingaku.

Hadirnya tanpaku sedari,

Mengamit kasih cinta bersemi

Hadirnya insan padaku ini,

Anugerah kurniaan Illahi,

Lembut tutur bicaranya,

Menarik hatiku untuk mendekatinya,

Kesopanannya memikati hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini,

Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku,

Jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.

Dialah permata yang di cari selama ini baru ku temui

Tapi ku tak pasti rencana Illahi

Apakah dia kan ku miliki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience