BAB 5

Crime Completed 11228

Lamunan Adinda terhenti apabila terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Yasmin rakan sebiliknya baru sahaja pulang. Adinda cepat-cepat menyimpan pita rakaman tersebut. Rakaman tersebut adalah bukti untuk dakwaannya nanti. Jika ada yang mengambilnya pasti susah untuk dia menntut keadilan terhadap kematian adik kembarnya itu.

Yasmin memandang Adinda dengan wajah yang cemberut. Aneh gadis itu malam ini. Biarpun sudah lama tinggal satu bilik bersama Yasmin. Namun Adinda tidak pernah tahu mengenai Yasmin secara terperinci kerana gadis itu seringkali tiada di bilik dan selalu pulang lewat malam. Entah kemana dia pergi tidak pernah pula Adinda ambil pusing. Lagi pula Yasmin tidak selalu benar bertegur dengannya.

Adinda megambil keputusan untuk masuk tidur. Lagipula perutnya terasa lapar dek kerana tidak sempat makan apa-apa petang tadi. Semuanya gara-gara Zaidi yang datang mematahkan seleranya. Adinda cuba melelapkan matanya sementara Yasmin telahpun keluar semula untuk mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience