BAB 10

Crime Completed 11219

Malam itu Alisya telah nekad untuk mengekori kemana Zaidi ingin membawa Alisya kerana dia telah mendengar perbualan Yasmin dengan Zaidi ketika Yasmin menyerahkan pita rakaman kepada Zaidi. Namun wlaaupun dia mengekori Adinda dia tidak dapat menghalang Zaidi dari membunuh Adinda kerana dia sendiri merasa takut. Hendak dihubungi polis dia seakan terpaku dan tidak tahu berbuat apa-apa. Setelah Zaidi membawa mayat Adinda untuk ditanam Alisya menceroboh kereta Zaidi untuk mendapatkan pita rakaman tersebut. Mujurlah ketika itu kereta zaidi tidak berkunci.

Setelah berjaya mendapatkan pita tersebut dia cuba menjejaki kemana Zaidi membawa mayat Adinda. Dia merakam detik-detik Adinda disemadikan oleh Zaidi. Namun berbulan lamanya dia menyimpan rahsia tersebut kerana dia trauma. Sahabat baiknya mati dihadapan matanya tidak mungkin dia mampu untuk berlagak seperti biasa.

Selepas kejadian Zaidi datang menemuinya petang itu, dia nekad untuk terus ke balai polis membuat laporan megenai kematian Adinda dan juga Izati. Kerana dia dapat merasakan bahawa nyawanya sudahpun terancam. Zaidi sudah tahu mengenai bahan bukti yang dia ada. Oleh kerana itu pihak polis mula mengekori Zaidi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience