BAB 9

Crime Completed 11219

Jam menunjukkan jam 11.30 minit malam. Sebuah kereta Honda City bewarna hitam terparkir di hadapan asrama puteri yang mana menempatkan Alisya di situ. Memandangkan peperiksaan akhir semester bakal berakhir tidak lama lagi ramai pelajar-pelajar yang sudah pulang kekampung. Hanya beberapa pelajar yang masih mempunyai peperiksaan sahaja yang masih ada di Asrama tersebut.

Hujan renyai mulai turun, suasana sejuk mencengkam tulang rusuk. Bunyi salakan anjing kedengaran sayup dari kejauhan. Jam kini sudah menunjukkan jam 11.45 minit malam. Lelaki yang berada dalam kereta tersebut keluar dari keretanya dan melangkah menuju kearah anak tangga asrama perempuan. Langkah diatur dengan berhati. Riau kalau-kalau masih ada pelajar perempuan yang berkeliaran diluar.

Setelah tiba di aras dua. Suasana begitu hening. Hanya kedengaran bunyi ungas. Lelaki itu terus melangkah membelok kearah kanan dan mecari bilik yang tertera nama Nur Alisya. Gadis itu kini terancam keselamatannya.

Lelaki ini seakan mempunyai niat jahat kerana dari segi pakaiannya memang dia punyai niat untuk mengancam nyawa Alisya. Pisau ditangannya seakan dahagakan darah. Tepat jam 12.00 malam lelaki itu berhenti disebuah bilik yang tertera nama Nur Alisya.

Dengan menggunakan dawai dia cuba membuka kunci tombol pintu bilik itu. Setelah berjaya dia pun masuk dan melangkah perlahan-lahan kearah Alisya. Tidak dihiraunya jeritan dan rayuan Alisya saat itu.

“Aku tahu kau tahu apa yang berlaku malam itu Alisya. Bagaimana kau tahu Alisya?”

Suara lelaki itu membentak Alisya. Alisya menangis ketakutan, bibirnya bergetar.

“Aku tahu itu kau Zaidi. Sudah lah Zaidi, serah diri pada polis dan bertaubatlah, jangan kau mahu jadikan aku mangsa seterusnya. Kau mahu tahu bagaimana aku tahu? Malam itu aku mengekori kau hingga ke jalan puaka itu. Aku lihat apa yang berlaku. Aku lihat kau tanam Adinda. Ya! Video itu video bukti pembunuhan Adinda. Sudahlah Zaidi, serah diri sahaja.”

Alisya memberanikan diri menceritakan segalanya.

“Dasar perempuan tak guna!!! Apa kau sangka aku mahu mati seperti Izati dan Adinda? Dan juga mungkin kau? Tidak mungkin!”

Zaidi semakin berang. Dia bertindak untuk menikam Alisya. Namun belum sempat dia menikam Alisya satu das tembakan ditembak kearah tangan Zaidi. Pisau yang dipegangnya terlepas.

“Jangan bergerak, kami polis.”

Kata salah seorang ahli pasukan polis tersebut. Darah berlumuran ditangan Zaidi. Dia meraung kesakitan. Pihak polis segera mendapatkan Zaidi dan dibawa pergi. Alisya menangis sepuas puasnya. Dendam Adinda akhirnya terbalas. Dia bersyukur kini orang yang perlu bertanggungjawab sudah tertangkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience